Semalam, kitorang pergi ke Karnival Karangkraf 2012. Punyalah ramai umat manusia sampai rata-rata parking atas divider jalan tu.Seb baik kitorang jumpa parking kat depan kilang Toyota tu. Menapak lah jugak ke situ tapi ok lagi la.Ni first time kami kesana.Nasihat me, silalah pakai selipar flat supaya korang boleh menapak dengan lebih selesa dan aim buku yang korang nak ajer nanti rambang mata ;p Nak membayar pun beratur lagi.
Banyak jugak personaliti TV yang kitorang jumpa tapi buat-buat tak nampak sudah. Sebab tujuan utama adalah nak beli novel dan majalah ajer pun.Psstt..Jumpa peserta masterchef, Imelda, Mastura dan Azlina tapi Masterchef Ezani tak kelihatan kalau tak harus kena amik gambar. Jumpa Ustazah Mashitah, Fadzley dan Ustaz Don (hubby jumpa :p)
Tapi ada satu ajer yang terjuga nak amik gambar, Upin & Ipin. My Nuha siap meraung bagai sebab tak dapat salam dengan Upin & Ipin kesayangannya sebab ramai orang bersesak campur dengan hari nak hujan. Takut maskot basah gitu kekdahnya so cepat ajer Upin & Ipin dibawak masuk.My Nuha sejak dah masuk taska ni, teruja dapat buku mewarna Upin & Ipin, sampai dalam kereta pun mewarna gitu :)
Jom la tengok hasil belian semalam yang berbaloi-baloi. 40 % gitu diskaun dan ada yang lebih murah dari tu tau !
Ni lah novel Ombak Rindu yang me beli tu. RM13.90. RM 19.90 harga asal.Memang banyak gila novel tapi kenapa ntah blur habis tak tahu nak beli novel apa. hahaha. Sorang-sorang amik novel sampai ratus-ratus maklumlah voucher buku tu diterima kat karnival ni. Jelez me nengok ;p
Yang ni cuma RM5 yang ada 130 resepi. Dalam plastik lagi. Dah la kertas dia berkualiti. RM19.90 harga asal.Sampaikan cashier dia pun tak percaya :p
Beli majalah kegilaan terbaru me. Keluarga. Since RM6 sahaja bagi yang baru (Febuari) dan yang terpakai RM5 boleh dapat cabutan bertuah.
Dah register Milkadeal? Promosi sehingga potongan 90% Klik sini untuk Register PERCUMA !!!
Ni lah hadiah cabutan bertuah.
Kelakar pun ada. Semestinya Adabi my Nuha cakap :p Macam tau-tau ajer memang selalu beli ni.
Ni free gift yang dapat semalam jugak.
Korang pernah pergi ker Karnival Karangkraf ??