Thursday, January 05, 2012

Pekena Nasi Arab Dalam Dulang @ D'Arab Cafe

Bertemu lagi dalam episod JJCM di elissmie. Ini cerita sebelum my parent balik Terengganu hari tu. Dah berjanji dengan Ngah nak bawak dia sekeluarga makan Nasi Arab.Malam tu semua penat sebab seharian duk membeli belah barang Danish nak masuk Tahun 1 tu kan. So, kitorang bawak mereka pekena Nasi Arab berdekatan dengan rumah me ajer lah. Tapi kami lagi suka sebenarnya makan Nasi Arab di food court Seksyen 7 belakang Unisel tu. Tapi tak kenal maka tak tahu kan :) Lagipun, lebih kurang 5 minit ajer sampai sini.


Malam tu kitorang amik set atas ni yang boleh makan 4/5 orang (RM59.50) .Ada roasted chicken, lamb kabshah dan chicken kabshah, Arabic Tea & Apple Juice (Kotak) .Kalau sesiapa yang rasa tak habis makan sorang sepinggan set Nasi Arab mereka, set ni memang terbaik la. Tapi me dan hubby, sepinggan sorang boleh habis ;p


Setiap cawangan D'Arab Cafe, harga menu mereka adalah berbeza. Setakat ni yang paling murah me rasa kat food court Seksyen 7, Shah Alam tuh la. Shawarma mereka pun paling sedap antara ketiga-tiga cawangan yang pernah me rasa iaitu Bandar Bukit Raja(BBR) & Giant Seksyen 7, Shah Alam.

Shawarma is thinly sliced cuts of meat, like chicken, beef, goat, lamb, and sometimes turkey, rolled into a large piece of flatbread or pita that has been steamed or heated. Inside the pita, foods like hummus, tahini, pickles, vegetables, and even french fries are added. Think of shawarma as a taco or burrito Middle Eastern style.
Overall, rasa nasi masih sama dan sangat sedap disetiap cawangan .Tapi Shawarma memang berbeza sebab yang tu disediakan oleh setiap outlet sendiri. Menurut owner di BBR yang me makan malam tu, kadang-kadang pun diorang masak sendiri jugak nasi Arab dan lauk pauk tu.


 Kaunter air yang menarik di  D'Arab Cafe BBR


Deko dalamnya..




Senarai menu for combo meal.

Pic Credit to : here . here

Untuk cawangan yang me makan ni, bolehlah terjahi :-



D'Arab Cafe:
No 24 Jalan Zapin 1A,
Bandar Bukit Raja,
42100 Klang Selangor.
En Zamri 0192826865
FB: http://www.facebook.com/pages/D-ARAB-CAFE/130469123643321
Website: http://nasiarab.com/
Cawangan lain : klik sini

Korang suka ker makan nasi Arab ? Nasi Arab di Saba', Cyberjaya, tetap nombor satu dihatiku :)




 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)