Bertemu lagi dalam deko bersama elissmie .Hari ni me nak tayang hasil deko terbaru rumah kecik me tu.Almaklumlah kecik, so dalam kepala asyik duk fikirkan macam mana nak besarkan ajer lah. Bukan renovate untuk besarkan tapi menggunakan cermin.Ilusi gitu kan kekdahnya.So, akhirnya me telah rembat satu cermin kat kedai perabot. Memandangkan warna kerusi meja makan tu hitam, so me cari bingkai yang warnanya hitam untuk matchingkan dia.
Jom layan gambar sebelum dan selepas deko di ruang makan rumah me.
Sebelum
Selepas
p/s:
Lebar cermin ni dalam 6 kaki.RM500
p/s:
Dinding belah kanan menggunakan cat Nippon Paint - Creeping Willow 882 , dinding utama Drama Red 271.
Teringin jugak nak beli cermin FIGGJO IKEA ni :) Harga RM99.
p/s:
Ada orang boleh tolong beli tak kat IKEA Damansara ;p
Tip Menjaga Cermin Hiasan
- Bagi memastikan cermin hiasan sentiasa bersih dan bersinar-sinar, permukaannya perlu dilap setiap hari atau sekurang-kurangnya seminggu sekali.
- Cuci cermin menggunakan cecair pencuci atau cuka.
- Jangan lupa, cermin antara perhiasan pertama yang dilihat dan ditatap tetamu.
- Bagi cermin hiasan berwarna tidak boleh dicuci seminggu selepas pemasangan, sebaliknya lap menggunakan kain lembut dan pencuci tingkap biasa atau penyapu bulu ayam untuk cucian harian.
- Cermin hiasan berbingkai atau bercorak perlu lebih teliti penjagaannya kerana proses penjagaan bukan hanya pada cermin malah merangkumi bingkainya sekali.
- Meletakkan cermin hiasan di atas meja tidak digalakkan sekiranya anda mempunyai anak kecil.
- Dari konsep dekorasi, elakkan menggantung cermin hiasan berhampiran aksesori hiasan dinding lain kerana ia boleh menghilangkan seri penataan ruang yang ditampilkan.
credit : sumber
p/s:
Kabinet TV dah dapat quotation. Nanti me tunjuk next week dalam episod seterusnya deko bersama elissmie :)