Thursday, November 10, 2011

Korang pernah cuba ke Tutti Frutti Frozen Yogurt?

Macam fenomena pulak gitu Tutti Frutti ni kan? Kali ni JJCM di elissmie menapak ke Tutti Frutti. Me dah masuk Tutti Frutti dua kali. Pertama kali masuk, me masuk dengan my hubby, my Nuha, my Long dan kak long.Masa tu Kak Long yang belanja :) Tapi my Nuha paling banyak makan dan tak nak share pun dengan kitorang akhir-akhir tu sebab mungkin dia terasa kelazatan frozen yogurt (froyo) tu.Nak dengki, kitorang suh dia pandang ke lain, dan curi-curi makan.hehehe :p



Salah satu wall feature dalam Tutti Frutti. Ayat Eric Leong ;p

Mula-mula masuk memang jakun habis la. Biasalah first timer.Korang ikut ajer step yang diorang dah provide ni. Buat-buat pro ajer lah. Mesin dia macam mesin Slurpee kat 7Eleven tu ;p


 

Anak-anak, step pertama, amik dulu bekas yang disediakan. Kalau rasa tamak haloba, pilih bekas yang paling besar. Tapi me pilih yang sedang-sedang sahaja.Lepas tu pilih la perasa  yang mana korang berkenan. Me dah cuba perasa coklat (paling best kot sebab me penggemar coklat) , kiwi (masam gila) , vanila dan strawberry. Tambah topping (ni yang memberatkan lagi korang punya froyo tu :p) Kalo nak save, bawak topping siap-siap dari rumah.hahaha. Lepas tu bayar lah ! Kalo ada kad pelajar, dapat lagi diskaun 10%. Jom Niza :p Ajak student pergi bersama-sama lagi afdhal :p



Kali Pertama, 2 mangkuk RM30++

My Nuha with My Long

Muka kontrol ayu ;p

Muka tak puas hati :p

Kali kedua, pergi dengan Isabelle. Giliran me pulak belanja dia :) Haruslah camwhore dalam tu kan.Layan jer la gambar kami yang sebesar talam katanya :p Entry Isabelle kat sini.




Mula-mula tadak background, macam tak feel Tutti Frutti pulak kan?



Amik gambar belakang mesin Tutti Frutti plak , jadi lah :p

Kali kedua, 2 mangkuk RM20++



Ini Isabelle yang punya !


Me punya ! 

Siapa yang mengalami masalah kolestrol tinggi macam me, boleh la makan banyak kali kat sini :p hahaha. Diorang kata ok bukan me :)


Address : No.19G, Ground Floor, Jalan Plumbum 7R/R, Pusat Komersial Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
p/s:

Lot kedai Tutti Frutti ni sebelah Jakel , satu deret dengan kedai Mayfair, Subway,  Ayam Penyet Ap, JM Beriani & Rasa Mas tu..

Outlet lain : boleh rujuk sini. 

Korang pernah ker cuba Tutti Frutti Frozen Yogurt ni?? 



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)