Friday, November 04, 2011

Padahnya beli perabot rumah tanpa ukur bilik dahulu

Padahnya beli perabot rumah tanpa ukur bilik dibadan sendiri dahulu. Ok, sila menyesal sekarang.Me lah mangsa keadaan itu. Hari ni ingat nak pergi bincang-bincang jampi-jampi kat dengan mamat bangla yang jual perabot tu untuk dia tukarkan wardrobe me dari 8 kaki ke 6 kaki.Sekali dia cuti pulak. huhuhu. Tengah hari ni harus la me kena terjah kesana kejap lepas dah settle beli tudung Ariani dambaan bonda terchenta tu.



Inilah set perabot yang me tempah tu (gambar kat katalog jer ni) .

Dah la me mintak dia tukarkan kepada katil king sebab kami punya tilam sedia ada tu adalah saiz king. Katil tu muat lah nak masuk dalam master bedroom kami tu tapi tang wardrobe dia tu, kalo 8 kaki, kena plak kat tempat suis kipas dan lampu tu.

Suis tu semua kalau pindah perlu ke sampai memecahkan dinding? Siapa technician electric kat sini sila jawab. Nak menyesal pun tak guna dah ni. Lagi satu penyelesaian, pasang wardrobe tu kat bilik sebelah dan cari wardrobe 6 kaki yang sama scheme colour dengan set tu untuk bilik tidur me. Tapi nak kena cat sebelum 12hb ni la pulak bilik yang kedua tu.Dah la nak balik raya ni. Macam mana pendapatan korang? 


Korang pernah mengalami situasi serupa?


 p/s:

Terus rasa nak tumbuk-tumbuk dada lalings dan ajak pekena Tutti Frutti lagi sekali ;p

Sapa mau join angkat tangan???



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)