Wednesday, October 19, 2011

Kehamilan Luar Rahim , ramai yang tak ambil peduli ?

Rata- rata kawan-kawan yang me jumpa tidak pernah tahu pasal Kehamilan Luar Rahim.Hari ni me terpanggil nak berkongsi dengan korang tentang bahayanya Kehamilan Luar Rahim. Sebenarnya me pun memang tak pernah ambil peduli pasal Kehamilan Luar Rahim sebelum ini sehingga ianya terjadi pada diri sendiri dan membuatkan me rasa sedikit kecewa tidak tahu mengenainya terlebih awal.

Kandungan luar rahim atau kehamilan ektopia (bahasa Inggeris: ectopic pregnancy) terjadi apabila hasil persenyawaan, atau zigot, tertanam di kawasan luar rahim seperti di tiub Fallopio, ovari ataupun di dalam ruang abdomen. Zigot yang tertanam di pangkal rahim (serviks) juga dikira sebagai kandungan luar rahim. source : here




Tanda-tanda Kehamilan Luar Rahim sebenarnya agak sama dengan kehamilan biasa menyebabkan ramai wanita tidak begitu ambil peduli dan menganggap ia sesuatu yang remeh. Tanda-tandanya ialah:
  • Haid yang lambat
  • Pendarahan kecil selalunya berwarna coklat.
  • Ujian kehamilan positif
  • Pening-pening
  • Sakit pada bahagian bawah perut
  • Sakit pada bahu
  • Sakit yang tajam menikam adalah tanda serius yang boleh menunjukkan yang anda mengalami kandungan luar rahim.
    Sekiranya gejala begini berlaku, korang kena cepat-cepat berjumpa dengan doktor secepat mungkin sebab Kehamilan Luar Rahim boleh menyebabkan kehilangan nyawa jika tidak dirawat dengan kadar segera.

    Sumber :Sini


    Antara risiko dan penyebab mengandung luar rahim ialah :-

    1. Jangkitan di sekitar pelvis oleh kuman-kuman seperti gonorrheoa atau Chlamydia. Kuman ini akan menyebabkan kerosakan pada dinding tiub fallopia yang menyebabkan parut. Ini juga menyebabkan dinding fallopia menghadapi kerosakan dan kehilangan CILIA.

    2. Pembedahan sebelum ini pada kawasan tiub fallopia seperti pembedahan rekonstruktif tiub atau "ikat tiub" boleh merosakkan struktur tiub fallopia.

    3. Pernah mengalami mengandung luar rahim sebelum ini. Terdapat kajian yang menyatakan risiko mengandung luar rahim semula adalah 15% sekiranya berulang kali pertama dan 30% untuk kali kedua.

    4. Pemakaian Alat Dalam Rahim atau IUD mempunyai risiko untuk mengandung luar rahim. Walaupun begitu jumlah kes keseluruhannya adalah sangat rendah, kerana fungsi alat ini yang menghalang kehamilan.

    5. Kecacatan tiub fallopia sejak lahir.

    6. Kajian juga menunjukkan, MEROKOK ketika persenyawaan berlaku mempunyai kaitan utama untuk mengandung di luar rahim.

    7. Ketumbuhan dan penyakit seperti tumor atau endometriosis boleh mengganggu pergerakan embrio dan menyebabkan masalah ini berlaku.

    Sumber : Sini

    Kat bawah ni me cerita mengikut pengalaman me pulak.

    Sebenarnya me lambat tahu me pregnant dan memang masa tu tengah berusaha dengan gigih untuk mendapatkan zuriat yang kedua .Pada minggu ke 6 baru me positif mengandung iaitu minggu kita semua sibuk nak balik beraya. Hari sabtu me gerak balik terengganu dan sepanjang di terengganu me sudah rasa sakit bahu dan sakit belakang seperti nak period tu .Ingatkan sebab me travel terlalu lama dan jauh yang menyebabkan me sakit macam tu. Selepas habis beraya, me pulang ke terengganu sehari awal dari hari bekerja. Pada malam sebelum me kena admit kat wad, me rasa sakit perut macam nak buang air besar, tapi tak pun. Sakit dia memulas-mulas macam kita nak beranak tu. Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya. Doktor mula-mula suspek appendiks. Bagi yang pernah kena appendiks, korang tahu la macam mana sakit dia.Hari ketiga di hospital keluar sedikit pendarahan, memang sket sangat lah. Lepas me discharge, esoknya me dapat tanda berikut yang sebenarnya tiub fallopio me dah pecah :-
    • Pitam
    • Pening kepala
    • Denyutan nadi yang laju
    • Tekanan darah yang rendah
    • Sakit pada bahagian bahu (kerana pendarahan di dalam abdomen mengganggu saraf phrenic yang terletak pada diafragma)
    Tiub fallopio me akhirnya telah dibuang disebelah kanan setelah menjalani pembedahan selama 4 jam dan kehilangan darah sehingga 1800 ml. Kalaulah me lambat tiba dihospital, mungkin me sudah tidak dapat peluang lagi untuk menulis dan berkongsi pengalaman dengan korang semua. Innalillahiwainnailaihirojiun....



    Pesanan buat rakan-rakan yang sedang berusaha mendapatkan baby, bila ajer korang buat ujian air kencing dan disahkan positif hamil, plz plz plz cepat-cepat jumpa pakar sakit puan untuk sahkan kandungan korang samada diluar atau didalam rahim.

    Rawatan

    Sekiranya dikesan peringkat awal, rawatan adalah mudah. Ubat yang dinamakan methotrexate akan disuntik ke dalam karung untuk mencairkannya dan membiarkan badan menyerap kandungan tersebut secara semulajadi. Tapi sekiranya kandungan sudah terlalu besar, pembedahan membuang kandungan ini akan dilakukan. Amat penting adalah wanita perlu mendapatkan rawatan serta-merta kerana sekiranya tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kematian.



     

    Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)