Monday, October 03, 2011

Tips Pindah Rumah, korang share la pengalaman korang disini..

Insya Allah, dalam masa 2 minggu lebih lagi (karenah birokrasi) , me akan dapat kunci rumah untuk harta pertama me dan hubby . Semalam, dah pergi tengok lagi rumah tu, penyewa dah pindah dah pun.Nak jer mintak kunci awal :p Tapi kang nampak plak gelojohnya...hehehehe So me dalam proses bersabar lah ni. Harap-harapnya dapat duduk sebelum hari raya haji lah kan.


Skang tengah pening dengan hubby tentang design kitchen kabinet, nak cat rumah kaler apa dan yang paling me pening nak memindah barang-barang dari rumah sewa ke rumah baru. Korang ada tips tak ? Dulu masa duk rumah sewa ni, memang dah ckp dgn hubby jangan beli barang banyak2, tapi setelah hampir 4 tahun menyewa, banyak pulak barang yang dah dibeli :p

Ni antara tips yang me google , me copy paste dan kredit kepada empunya blog untuk perkongsian semua.

TIPS PINDAH RUMAH - credit to http://www.ciklaili.com/2010/06/tips-pindah-rumah-baru.html

1. Mengemas

- Sebaiknya tidak mencampurkan barang dalam satu tempat serupa bagi mengelak menjadi semak dan berserabut. Elok jika buku diletakkan di dalam kotak buku, serta baju juga dikhususkan untuk kotak baju.
- Jangan sesekali lupa untuk menandakan kotak dengan kandungan barang di dalamnya untuk mengelakkan kekeliruan dan kerosakan barang ketika diangkat.
- Barangan kaca perlu dibungkus dengan kertas bagi mengelakkan daripada pecah dan terpelanting di dalam kotak.
- Seeloknya, barangan berharga dan kaca dibawa sendiri dengan kereta bagi memastikan keselamatan dan menghindari daripada kerosakan.
- Sebaiknya, peruntukkan masa lebih lama untuk mengemas barang jika merancang untuk berpindah. Tindakan lebih awal dapat mengelak daripada kesuntukan masa dan penat. Buang atau beri kepada yang memerlukan barangan yang tidak diperlukan dan hanya bawa barangan yang dirasakan perlu untuk di kediaman baru.

2. Asingkan barangan

- Pisahkan setiap barangan mengikut kategori bersesuaian seperti barangan di dapur, ruang tamu, bilik tidur dan barangan elektrik.
- Jika barangan perabot boleh diceraikan lebih elok berbuat demikian untuk memudahkan proses mengangkat dan penghantaran.
- Lebih baik anda melakukan sendiri proses membuka barangan seperti perabot dan barangan elektrik untuk memastikan tidak rosak jika dilakukan orang lain.
- Kategori barangan mengikut ruang yang bakal menempatkan sesuatu barang seperti lampu perhiasan di ruang tamu dan kipas di bilik tidur.

3. Keselamatan perabot

- Bagi memastikan perabot seperti sofa tidak rosak atau kotor, bungkus dengan kain atau sarungkan dengan plastik.


TIPS PINDAH RUMAH CARA ISLAM - credit to http://islam-jalan-hakiki.blogspot.com/2010/01/tips-pindah-rumahpejabat-mengikut-islam.html

1. AZAN
- para ulama berpandangan adalah baik bagi kita melaungkan azan ketika pertama kali memasuki rumah/premis baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Ada yang berpendapat tempoh kosong yang dimaksudkan ialah lebih daripada 40 hari dan ada pula yang berpandangan lebih daripada 15 hari.
- dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w pernah memberitahu sekiranya sesebuah bangunan itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yang dikenali sebagai Al-‘Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. MEMBACA SURAH AL-BAQARAH

- sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya ; “Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.”

3. BANYAKKAN SOLAT DAN MEMBACA AL-QURAN

- dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud; “Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran”(hadis riwayat Al-Baihaqi).

4. BACA SURAH YASSIN, AL-FATIHAH DAN AL-IKHLAS

- amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan berkenaan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak 1 kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi 7 kali, ayat kursi 1 kali (tetapi ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali).

5. PAGAR RUMAH SECARA ISLAM

- perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam.
- bagaimanapun, ada cara memagar rumah yang dibolehkan dan digalakkan. Caranya ialah dengan ‘memagar rumah’ dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah. Ikut panduan berikut:

i) ambil air secawan
· baca surah Al-Fatihah
· baca ayat Kursi
· baca 3 Qul (Al-Ikhlas, Al-Falaq & Al-Nas)

ii) tiup ke dalam cawan tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas.
iii) kemudian jirus ke setiap penjuru rumah dengan air tersebut. Mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya mengikut arah berlawanan jam.



Korang ada tips pindah rumah yang lain untuk dikongsikan ???



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)