Akhirnya movie pertama yang me tonton kat rumah adalah Hantu Bonceng. Seb baik ada Astro First, merasalah orang pantang nak tengok wayang kan. hehehe. Memang mudah dan jimat la boleh tengok wayang kat rumah ni sebab ianya serendah RM15 untuk 48 Jam.Dah berapa kali duk tengok ni :p Maklumlah ada peminat cerita hantu tegar kat rumah ni (My Nuha la :) Senang sket nak buat kerja...hahaha. Pagi ni ajer dah 2 kali dia tengok :p
Me bagi 5/5 bintang lah untuk Hantu Bonceng.
Bagi yang masih tidak tahu membuat pembelian movie di Astro First, boleh ikut langkah berikut. Credit to Astro First
1. Sila ke Saluran 480 Astro First untuk melihat senarai filem terkini dan tekan butang Biru di alat kawalan jauh Astro untuk membuat tempahan. Lihat pemilihan bahasa (melalui butang I-II) dan tonton saluran promosi Astro First (melalui butang Hijau).
2.Tekan butang "OK" untuk menempah filem pilihan.
3.Tekan butang Biru sekali lagi untuk mengesahkan tempahan.
4.Anda akan melihat kod 16 digit di kaca TV. SMS kod berkenaan ke 32999 dan anda akan menerima balasan SMS untuk pengesahan tempahan. Filem pilihan anda akan muncul dalam tempoh 5 minit selepas itu. Mudah sangat!
5.Untuk menonton filem pilihan anda itu, tekan butang Kuning. Jika anda belum membuat tempahan, anda akan melihat ini diskrin. Namun, jika anda sudah menempah, anda akan melihat judul filem pilihan anda di 'Filem-Filem Saya' dalam tempoh 5 minit. Selain itu, anda juga boleh menonton filem pilihan anda di saluran 482 hingga 485.