Thursday, August 25, 2011

Korang dah beli Pos Insurans Raya ? | Berbaloikah ?

Memandangkan aku memang tak pernah ada insurans pun kecuali khairat kematian dan insurans family plan ofiz hubby so semalam aku dah beli Pos Insurans Raya untuk Pelan Keluarga.Tapi rugi lah seringgit sebabnya family aku 3 orang ajer :p iaitu sebanyak RM 25.00. Jika plan individu cuma RM 8 iaitu lebih kurang 30 ¢ sehari. Korang agak-agak berbaloi tak ?

POS Insurans Raya adalah satu skim perlindungan kemalangan diri yang diperkenalkan khas untuk pelanggan POS. Pelan ini memberi 24 jam perlindungan sehari terhadap semua jenis kemalangan sepanjang masa perlindungan yang ditetapkan sempena Hari Raya Aidilfitri. Tempoh perlindungan bermula dari 15hb Ogos 2011 hingga 15hb September 2011. (Keseluruahan 32 hari). Pelanggan POS boleh memilih Pelan Individu atau Pelan Keluarga sebagai perlindungan. . sumber : here

No Manfaat Indidvidu(RM) Keluarga(RM)
1 Kematian Kemalangan 20,000 20,000 setiap Orang Yang Diinsuranskan
(Mak. 100,000)
2 Hilang Upaya Kekal 20,000 20,000 setiap Orang Yang Diinsuranskan
(Mak. 100,000)
3 Kehilangan Dokumen akibat Ragutan 100 100 setiap Orang Yang Diinsuranskan
(Mak. 500)
4 Pendapatan Hospital Harian akibat Kemalangan 30 30 setiap Orang Yang Diinsuranskan
(Mak. 30 hari)
5 Perbelanjaan Pengkebumian
(akibat kematian kemalangan sahaja)
500 500 setiap Orang Yang Diinsuranskan
(Mak. 2,500)

Keluarga adalah bermaksud pasangan sah kepada Orang Yang Diinsuranskan dan anak-anak yang berumur 30 hari - 18 tahun yang belum berkhawin / bekerja atau sehingga 23 tahun bagi pelajar sepenuh masa kepada Orang Yang Diinsuranskan termasuk anak angkat sah.

Lingkungan Perlindungan : Dalam Malaysia


Tak sangka berpeluang untuk memenangi iPad2 atau wang tunai RM100 :p Harap ada rezeki :)



  • Jikalau berlaku sebarang tuntutan, korang boleh menghubungi :-


    Malaysian Assurance Alliance Berhad,
    Menara MAA, Tingkat 11,
    12 Jalan Dewan Bahasa,
    50460, Kuala Lumpur.
    Tel: 1-300-888-622, 603-2146 9999 Fax: 603-2144 9622
    E-mel: MAACallCentre@maa.com.my



  • Maklumat lanjut : http://www.pos.com.my/pos_bm/about_us/update/update1.aspx



     

    Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)