Semalam, dah berjaya tukar duit raya. So anak-anak buah sila beratur depan Mak Su dan Pak Su sekarang.hehehehe :p Amaun tahun ni dengan tahun lepas sama ajer . Tiada peningkatan dan pengurangan :p
Ni la tempat me tukar duit raya tu...
Siap ada deko hari raya lagi...
tapi tak nyala la pelita tu, kang mau terbakor bank ni :p
Tengok. Semua sekali RM900.00 tapi bukan semua duit me la :) Bagi yang tak de akaun, terpaksa la menumpang kasih kat me kan untuk dapatkan duit raya jugak. Patut kena dapat komisyen duit raya untuk me sekali kan ? :p lalalalariksss
Tapi yang hazab tu, hampir 2 jam kena tunggu giliran. Patutnya lagi lama, tapi ada ofiz mate me dia tak jadi ker haper tak sempat nak tanya, bagi nombor dia kat me. Sambil-sambil tu, seb baik line wireless ofiz dapat. So boleh lah update status facebook untuk menghilangkan kebosanan.Kalo kat ofiz, memang jarang ngadap FB ni.
Dapat lagi sampul duit raya. Dari bank tersebut itu....
Akhirnya , dapat jugak sampul raya ofiz me :)
p/s:
Kad raya pertama.
Terima Kasih Dato' VC atas kad raya :)
Tapi me balas secara virtual la, seperti disini...hehehe