Korang dah dengar ke berita semalam? Akhirnya, setelah warga Felda dapat Bonus,(ayah dan ayah mertuaku ) kini giliran kami pulak merasa bonus raya. Kiranya ni yang paling tinggi la bonusnya sejak aku menjadi penjawat awam bermula tahun 2007 dulu.Sabar jer la.
Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada 1.27 juta penjawat awam Persekutuan bulan ini.sumber : sini
Kalo sebut ramadhan ni, mesti semua orang berfikir tentang DUIT. Yer la, mana nak beli baju raya, kasut raya, kelengkapan raya malah belanja sehari-hari rasanya lebih banyak pada bulan Ramadhan walhal kita berpuasa pada siang hari.Sinonim sungguh DUIT dan RAMADHAN kan ?? Mari kita berfikir sejenak...
Bulan RAMADHAN ni siapa yang paling banyak dapat DUIT korang rasa ?
Sudah tentunya Tukang jahit...
Tak sempat masuk Ramadhan lagi, tempahan baju kurung atau baju melayu sudah tak boleh ditempah. Untunglah bagi yang pandai jahit baju kan sebab tak perlu keluar banyak belanja baju raya. Baju kurung siap pun dah ada, boleh main tunjuk-tunjuk jugak, sediakan duit sahaja.Kalo malas nak bersesak ditempat awam, boleh shopping di hujung jari contohnya di Adorable Muslimah
pic credit to : here
Sudah tentunya Peniaga Pasar Ramadhan ..Ada jugak sesetengah orang siap amik cuti sebulan dari majikan sebab nak meniaga punya pasal di bulan penuh barakah ni.
Korang cuba la meniaga apa pun , sure laku punya. Sampaikan Ikan Perkasam yang dah siap goreng pun ada dijual korang tahu kat Pasar Ramadhan Seksyen 18 tu .Punyalah nak mudah ajer sampai lupa pahala yang banyak bagi yang orang yang menyediakan juadah berbuka tu kan.
pic : credit to :here
Bulan RAMADHAN ni siapa yang paling banyak dapat DUIT korang rasa ?
Sudah tentunya tauke biskut raya dan tauke kek lapis :)
Tester kuih sebelum Ramadhan lagi dah berkoyan koyan masuk dalam perut ni. Yang ni malas dengan rajin ajer sebenarnya.
Buat duit, buat duit jugak. Apa lagi yang sinonim dengan DUIT pada bulan RAMADHAN ni ? Yer, Zakat Fitrah. Sudahkah korang bayar zakat fitrah yang menjadi tuntutan di bulan Ramadhan yang mulia ni ?
Alhamdulillah, my hubby dah berzakat untuk kami sekeluarga...
Kalo malas-malas, boleh bayar melalui SMS ajer , boleh rujuk sini ..
atau pun di kaunter zakat yang disediakan, boleh rujuk sini
atau pun di kaunter zakat yang disediakan, boleh rujuk sini
Kadar Zakat Fitrah 2011/1432H
Negeri | Kadar Zakat Fitrah 2011 (RM) |
Perlis | 6.00 |
Kedah | 7.00 |
Pulau Pinang | 7.30 |
Perak | 7.00 |
Selangor | 7.00 |
Negeri Sembilan | 6.50 |
Melaka | 6.30 |
7.00 / 5.00 | 6.50 |
Pahang | 7.30 |
Terengganu | 6.00 / 7.00 / 8.00* |
Kelantan | 7.60 |
Sarawak | 6.20 |
Sabah | 7.70 |
Wilayah Persekutuan | 7.00 |
Tiada alasan lagi kan untuk tidak membayar zakat kan?
Pesan Abah pada aku - Walaupun kita tak pernah makan beras mahal, bila bayar fitrah tu, bayarlah dengan beras yang paling mahal.Tapi di Selangor , kadar rata bah, tak macam Terengganu, ada 3 kadar yang tak rata :p
“Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh neyra shazeyra & Lennymoriza dan ditaja oleh Adorable Muslimah“