Friday, July 22, 2011

Master bedroom rumah korang warna apa ?

Pagi-pagi dah buang tebiat tanya warna master bedroom rumah korang kan :p Terlebih dahulu, ku panjat syukur pada Ilahi, sebabnya permohonan perumahan yang aku submit hari tu dah diluluskan dalam masa 12 hari macam tu :) Terima kasih kepada staf JPPH Klang dan Bahagian Perumahan yang cekap dan efisyen. Siapa kata gomen lambat buat kerja ? Alhamdulillah, penilaian luluskan harga rumah yang aku beli tu :) So, tak perlu tambah apa-apa :)


Ni nak berkongsi satu program oleh Jotun untuk korang main-main cat rumah korang. Boleh klik sini laju-laju.Yang penting percuma tu :) Daftar pun percuma :)


Jotun Colour Advisor nama program ni.

* Mula-mula korang register dulu, then korang boleh la cat dinding rumah korang secara maya :)

Mari kita tengok hasilnya :) Ni aku amik gambar master bedroom rumah baru aku :)




Gambar sebelum


Jom tengok hasilnya :) Gambar selepas .Tak tahu pulak yang mana cantik. Ni aku main belasah ajer mengikut sedap mata aku memandang..hehehehe.



Kuning lembut..


Warna tanah gitu...



Ni kaler blog aku :p

Ni kaler UiTM Dihatiku namanya :p

Korang pernah cuba guna program ni ?Mudah kan ? Master bedroom korang warna apa ?



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)