Masih ingat terjahan kali pertama aku ke Restoren Windmill hari tu ? Ni kali kedua , aku terjahi dengan mengharapkan servis yang terbaik dan makanan yang sedap saat pertama kujejaki tempoh hari. Kecewa ! Servis kurang memuaskan dan kualiti makanan berkurangan. Mungkin kekurangan staf dibahagian dapur. Maklumlah kami datang seramai 20 orang .
Venue : Restoren Windmill
Motto : Fine Quality Western Cuisine
Plaza Shah Alam (Massalam) , Seksyen 9
Yang diraikan. Kak Ani yang bakal menamatkan perkhidmatan di UiTM.
Boz bagi hadiah untuk Kak Ani dari kitorang.
Juga yang diraikan sempena kelahiran ahli kelab kopi kitorang untuk bulan Jun & July.
Encik Zul, Niza, Kak Aishah. Happy belated bday :)
p/s:
Ramaikan paparazzi ?? :p
Kek yang tempting :) nom nom nom :)
Aku order pun macam hari tu.
Sup pembuka selera. Rasa masih sama :p
Agak mengecewakan sket sebab daging kambing sedikit liat :p
Lamb shoulder with black pepper sauce served with fresh seasonal vegetable and butter rice @RM16.90
Antara menu lain yang diorder oleh ahli kelab yang lain :-
BBQ chicken with fresh seasonal vegetables and French fries @ RM 14.90
Lemon Chicken Chop with fresh vegetables and French fries @ RM 14.90
Last sekali , dessert - Puding Kelapa yang sedikit tengik bau dia :p
* Setiap menu yang aku tayang ni didatangkan dengan soup, dessert dan juga FREE refill air ice lemon tea.
Gambar tanpa motif :p
Ahli yang lain :)
Wajah tuan belog harus ada :p
Ni beg sapa yang menumpang kasih kat purse hook aku ni :p Purse hook yang banyak berjasa :)
Kak Ani bagi ucapan perpisahan. Sayonara Kak Ani...
Dah siap makan tu tak reti-reti nak bayar ? ;p Lalalarikss..
Total : RM355 ++
Trademark dia sudah mari... Kincir angin, sempena nama kedai ni, Restoren windmill :)
Olive oil HALAL pun ada dijual :) Ker tayang jer erk? :p lupa nak tanya..hehehe
Manager yang mesra pelanggan . Segala aduan berkenaan servis, niza dah laporkan kat dia :)
Semoga dapat memperbaiki mutu servis dan kualiti makanan seperti kali pertama kami jejak dulu :)
Entry terdahulu - Lunch sambil menikmati pemandangan Kincir Angin?