Wednesday, July 20, 2011

Birthday party planner diperlukan, segera :)

Birthday siapa yer ? Sudah semestinya birthday anakanda terchenta  yang akan menjelang tiba pada 2 Ogos ini. Tak sangka dah nak masuk angka 3 dah usia anakanda , dan usia perchentaan dibawah pohon cemara dengan my hubby menginjak lagi setahun menjadi 8 tahun. Birthday my nuha secara kebetulan sama dengan tarikh kami declare chenta dulu :p

Birthday my Nuha jatuh pada bulan puasa, so majlis mungkin akan berlangsung lepas raya sekaligus dengan rumah terbuka hari raya (belum apa-apa lagi dah fikir pasal hari raya :p)

WEEK TWO AFTER RAYA : MARK YOUR CALENDAR!!! Insya Allah :)

Masa 1st birthday my Nuha dulu, buat kecil-kecilan (sesuai dengan rumah yang kecil ) , 2nd birthday pulak, celebrate dengan my family kat rumah long aku.3rd birthday ni, ingat nak celebrate besar sket tu pun kalo dah dapat duduk rumah baru dalam masa terdekat .Tapi kalo tak dapat naik rumah lagi, makanya kecil-kecilan jugak la ataupun sambut outdoor since my Nuha dah kenal kek happy birthday to you :p

Siapa kat sini pernah jadi Birthday party planner ? Mungkin kurang leceh sket berbanding dengan wedding planner kan ? Apa yang perlu difikirkan untuk menjadi seorang birthday party planner ? Ni mengikut pandangan aku lah kan.Korang boleh nak tambah apa-apa jika aku ada tertinggal :)

1)Budget - Ni perkara utama lah yang harus dikenalpasti kan. Sebab ada duit semua jalan :p Semua setuju ?

2)Jemputan - Kalo nak buat kad jemputan online pun rasanya ok jugak dan medium paling senang skang ni invite guna facebook. Kalo tadak facebook nasib la, memang tak kena jemput.hahahaha. Dan kalo ada kad jemputan bertema pun syok jugak kan :) Ramai ke sket jemputan tu bergantung kepada perkara 1.


pic credit to : here

3)Tempat - Bagi yang ada perkara (1) yang tinggi, boleh sambut dekat fast food restaurant (KFC, MCD, Pizza) Tinggal bawa diri dan ahli jemputan ajer kan :) Aku pulak teringin jugak nak buat outdoor birthday party ni since Shah Alam ada banyak tempat lapang :p Free pulak tu.hehehe


pic credit to : here

4) Tema - Macam-macam tema yang menarik untuk difikirkan. Mungkin bergantung kepada minat anak-anak kita kan . Since my Nuha minat kepada Upin dan Ipin dan Barbie, aku ingat nak buat tema salah satu dari tu.Tapi gegirl macam sesuai ajer dengan konsep barbie tu kan? 



 p/s: 

Rasa nak jahit crown felt sendiri untuk birthday my nuha nanti :) pic - credit to : here

5) Food - Yang ni pun bergantung kepada perkara 1 lah jugak kan, budget. Kalo jemputan tak ramai, boleh la nak masak sendiri. Kalo ramai, nak masak kena la hire helper :p Kak Long ai book you erk.hahahaha. Tapi jalan pintas adalah katering. Mamak, nasi beriani kambing seperiuk :p Yang penting mesti ada kek kan :) Yang paling ditunggu oleh my Nuha la.Kek birthday toyol (Read : birthday to you ;p )


pic credit to : here

6) Goodies bag - Yang ni untuk anak-anak yang datang bertandang kan. Macam-macam idea dalam kepala aku ni.Kalo boleh nak mengikut tema jugak :p Paperbag mengikut tema princess ker :) Cuppies ker.


pic credit to : here

7) Photographer - Kalo dapat hire photographer senang sket kerja tuan rumah kan ? Semua momen yang indah dapat diambil, nak-nak jenis tuan rumah yang suka berkecah macam aku ni. Kejap-kejap pergi dapur, kejap-kejap layan orang makan, kejap-kejap anak nak susu, kejap-kejap*  pengsan :p  Am, aku book ko erk.ini seriyes :)


Korang pernah jadi birthday party planner ? Kongsi laa pengalaman korang kat sini...Cer citer..cer citer...



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)