Wednesday, July 13, 2011

Alhamdulillah, sudah submit permohonan perumahan ....

Masih ingat lagi entry Tips Membeli Rumah Second hand bagi Penjawat Awam/ Kakitangan Kerajaan ? Setelah hampir beberapa bulan menunggu, akhirnya minggu lepas 7/7/2011, aku dah submit borang permohonan perumahan ke Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta Klang dan Bahagian Perumahan Putrajaya.


Tempoh untuk penilaian dijangkakan 10 hari dan Bahagian Perumahan Putrajaya 3/4 hari selepas mendapat penilaian dari JPPH Klang.Memang sesat barat jugak kami nak jumpa 2 tempat nak submit borang tu. JPPH Klang terletak kat depan Kamdar Klang. Kalo ada GPS, better search Kamdar Klang instead of JPPH Klang sebab hari tu, GPS bawak kitorang ke Pejabat Tanah Klang. Hampagas.

Peta Lokasi : http://www.jpph.gov.my/V1/download_lokasi.php?versi=2&kodc=30&kodb=35


 JPPH KLANG  First Tower, Tingkat 7,
Jalan Meru,
41050 Klang,
Selangor Darul Ehsan
 03 - 3344 1270 / 03 - 3344 1272 / 03 - 3344 1263 / 03 - 3344 1264


 Wajah empunya belog mana-mana pun nak enterframe :p


 Tingkat 7 yer kawan-kawan...

 Setelah selesai di JPPH Klang ( lebih kurang 10 minit dan dokumen lengkap ) , kami meneruskan perjalanan ke Putrajaya pulak ke Bahagian Pinjaman Perumahan. Ia terletak kat hujung MOF. Ada tempat letak kereta atas padang kat tepi tu. Memang agak konfius jugak la, sempat tanya orang kat tepi-tepi tu.

Peta Lokasi -> http://bpp.treasury.gov.my/web/images/web_image/petalokasibpp.jpg


Akhirnya sampai jugak di Bahagian Pinjaman Perumahan Putrajaya. 


Amik nombor dulu mengikut kategori yang ada. Memang tak ramai orang, lepas tekan nombor terus nombor aku. Pegawai yang menerima borang pun mesra pelanggan . Dia check borang whether lengkap ker tak kan.Yang mana tak perlu dia bagi aku balik. Lebih kurang 10 minit la.

 

Patutlah diorang manis dengan senyuman. Terpampang banner "Senyuman Menjalinkan Persahabatan Mengeratkan Perhubungan" kat pintu masuk.

 My Nuha yang teruja sangat nak pergi Putrajaya. 
Apa lah agaknya dia fikir pasal Putrajaya ni sebab lepas ajer balik, dia tanya bila nak pergi Putrajaya...hahahaha

Harus bergambar bawah Jambatan Putra,  bukti kami ke Putrajaya :p


Pertanyaan Penilaian Hartanah klik sini ->  Pinjaman Perumahan (Pegawai Kerajaan Sahaja) 
Semakan Status Permohonan Perbendaharaan klik sini --> Semakan Status Permohonan 

Doakan urusan pembelian dan permohonan pinjaman perumahan kami berjalan lancar yer kawan-kawan...Harap boleh buat open house RAYA nanti...Insya Allah :)


p/s: 

Tengah hari kami lunch di Saba' Restaurant, pekena Nasi Arab daaa...Nantikan episod JJCM esok !!

p/s:


Tq Liya sebab bagi brooch masa kita jumpa hari tu..Alaa..lupa nak amik gambar dengan ko...
p/s:


Tq Aida, sebab bagi ole-ole dari Bandung.. Bila aku nak ke Bandung Free jugak ni..
Setakat ni minum air bandung ajer :p


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)