Monday, June 27, 2011

Pengalaman Pertama Di Spa | Tini's Spa Shah Alam

Korang pernah pergi spa ? Aku dulu masa sebelum kawen memang teringin nak pergi spa nak memanjakan diri kononnya nak naikkan seri pengantin gitu :p Tapi sampai ke sudah tak pergi sebab kekangan waktu dan duit masa tu, tak jadi lah nak memanjakan diri. Apabila ada Milkadeal pasal spa tu, terus tak lepaskan peluang. Tq pada Niza yang inform pasal tawaran hebat ini. Korang dah register Milkadel ? Rugi tak register sebab free dan tawaran pun hebat . Cepat-cepat klik sini untuk register....Rugi tau tak register, nanti terlepas peluang tawaran yang menarik macam aku ni..

Tawaran yang aku beli :

RM48 instead of RM384 for: Dermalogica Facial + Aromatherapy Massage + Body Toning + Foot Soak & Light refreshments at Tini's Spa, 2 Locations [88% OFF]

Jumaat lepas, aku dan Ad pun pergi kesana. Tu pun Niza yang bookingkan tapi dia tak join pulak kitorang.Jom la layan, apa yang aku  dan Ad buat kat sana :)


Simple sungguh deko dalam tu...

Tini's Spa Shah Alam, 27A, Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor. 
Tel: +603 5512 5388 / +6013 227 5859

'Nothing’s tiny in Tini’s Spa, especially the service!’
 

Produk yang dijual di Tini's Spa



Facebook : Tini's Spa

Memula sampai tu, kami ditanya macam-macam soalan la berkaitan dengan kesihatan kitorang .Mesti nak elakkan kes-kes yang tidak diingini pada kami kan. Mana tau ada penyakit serius dan tak sesuai untuk dapatkan rawatan kat spa tu. Setelah lulus semua , barulah diberikan rawatan...

Deko dalam bilik Foot Soak..


Mula-mula aku diberikan rawatan Foot Soak selama 5 minit untuk melancarkan aliran darah gitu kekdahnya..Maklumlah, kaki pun letih jugak kan. Nak -nak yang pakai kasut 13 inci :p lalalariksss...


Kemudian, aku kena masuk tukar baju dulu dalam Changing Room dengan memakai kain batik...

 
Tu dia, baju sudah hilang...

Sorry...lepas tu, memang tak boleh amik gambar dah laa..Gila kau ! Aku berkemban mana boleh tengok..hehehe :p So, sila bayangkan seperti gambar-gambar dibawah, sebab aku cilok dari website Tini's Spa..

 inside2

First sekali, diorang amik ukuran badan aku dan suh baring atas katil dalam bilik macam ni... Kain semua kena cabut dah..Seb baik dia tutup dengan kain lain pulak :p 
Aku rasa gambar ni cawangan lain punya, sebab lain sket deko ni..Ni mungkin Ampang la kot :p



inside3 
 Urut- urut muka dulu bagi relax. Masa ni buat serentak Dermalogica Facial dan Body Toning dengan special padded machine selama 30 minit. Aku pilih perut lah..Lihat perutku, tak buncit kan :p Turun la 1 inchi lepas rawatan tu..Rasa macam nak tercabut perut aku, maklumlah sama dengan sit up 2000 kali kau !! 

Korang pernah ker sit up sampai 2000 kali ??? Tak der kan?? Tak der kan?? hahahaha.




Mula-mula aku diberikan Dermalogica Facial iaitu 
termasuk - cuci muka, letak toner, letak moisturizer, buang whitehead 
dan blackhead, mask, stim muka. Yang ni RM98 biasa.



Produk yang digunakan adalah Dermalogica.Kalo berminat memang boleh beli la produk tu kat situ.

http://cdn.milkadeal.com/storage/32000/523/2ffc4707b60300e2fb06566073134c0a.jpg

Ni bilik untuk buat Aromatherapy Massage tu...

Lepas abes treatment, memang badan rasa bertenaga dan cergas - ok tipu.. Rasa macam nak balik tidur..hahaha. Dah la aku punya last treatment tu, Aromatherapy Massage, memang dibuai-buai betul la dengan aroma lilin wangi dan suasana gelap tu...Bukan macam gambar lah kan. Lampu yang ada adalah cahaya lilin ajer..Memang betul-betul sesuaiiii sangat untuk tidur weh...Lepas tu minum pulak teh bunga melur..

Terima Kasih kepada Fara & Anna atas servis yang terbaik dan mesra pelanggan !! Lepas ni , nak pergi mandi susu pulak secara PERCUMA jugak :) Best sungguh !!

Korang pernah pergi Spa untuk memanjakan diri ???


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)