Thursday, June 16, 2011

Kisah jurujual yang sengal ..Ke aku yang sengal ?

Hari ni aku nak citer kisah sengal aku ngan jurujual last week. Kejadian berlaku pada hari yang sama.

Kisah 1

Di pasaraya Gi*ant sambil membelek-belek pelbagai jenis durian termasuk Musang King, Udang Merah dan durian tidak bernama . Yang aku nak beli ni Udang Merah, sebab dah lama cari kan .

Aku : Berapa sepaket ni ?

Jurujual :RM 15. Kalo beli dua paket dapat free sepaket.

Aku : Mak aih..Banyak pulak. Amik satu jer lah, kang kalo beli dua dapat 3, banyak pulak.

Jurujual : Yer jugak ...

Aku : Sengal .Ko jual lah dua kat aku RM10.Tak ker sama jer tu? Aku dapat 2 paket ko dapat duit  :p (Tapi dalam hati jer laaaa ) hahahaha



Akhirnya Udang Merah itu milik aku :p Tapi sepaket lah...2 ulas utk my hubby dan 2 ulas utk aku. Tinggal seulas lagi, malam kelmarin dah siap masuk dalam budu.Kasi adil..hahaha Kira budu termahal la kitorang makan sebab seulas dah RM3 kan. Sama pulak harga dengan sebotol budu :p


Kisah 2

Kisah ni berlaku kat Guardian pulak.Kesana untuk mencari mandian my nuha yang sama dia dapat kat DEMC. Hari tu lupa nak mintak 2 terus, senang bagi umah pengasuh satu.So terpaksa lah pegi beli sendiri kan.Lari budget mak. Since my nuha tak boleh mandi ngan sabun, so kena cari yang soap free. So Cetaphil ni yang direkomenkan oleh pakar kulit tu.


Aku : Kat sini ada Cetaphil tak?

Jurujual :Apa tu kak?

Aku : Mandian.

Jurujual : Oh kat sini tak der jual kak jenama tu.

Aku : Eh, saya tengok website guardian ada.

Jurujual : Oh, sini tak der..

Tiba-tiba aku ternampak Cetaphil ni terselit kat mandian yang ada kat situ.

Aku : Hah, ni ada ni...

Jurujual : Oh, Cetaphil...

Aku : ???? (Sengal..Confident jer jawab tadi apa hal..Tanya la dulu pharmasist kalo tak tahu. Bak kata Usop Wilcha "Nampak beno menipu :p "

 RM 47 seketul.. Pengsan !

Apa korang rasa? Aku ker jurujual yang sengal ?? 
Korang pernah berhadapan dengan situasi jurujual yang sengal tak??




p/s:

Alhamdulillah. Akhirnya berjaya sudah cashout churpchurp kali pertama :)


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)