Sejak dua menjak ni asyik makan itik ajer. Kali ni, nak tayang makan Gulai Itik pulak kat Restoren Anis Puteri Pantai Dalam. Restoren kegilaan Ngah aku :p Kalo datang KL, for sure akan datang sini makan tengah hari, mentang-mentang ada bau bacang dengan istri dia :p
Yang bestnya restoren ini adalah restoren selera Melayu Kelantan gitu.Sesuai lah dengan anak tekak kami ni :) Antara yang menarik, ikan percik, Gulai Kawah, Gulai Itik, pelbagai jenis kerabu dan macam -macam ada lah..Terbaik kata kau ! Kalo lewat pergi alamatnya makan kuah lerrrr :p
Dekat ajer dengan Komuter Pantai Dalam.3° 5′ 42″ N, 101° 40′ 11″ E
No. 4, Jalan Pantai Dalam, Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur
Tel: (+60) 19-282-6908
Jom laa layan kami jamu mata :) Lunch hari tu ditaja oleh my hubby. Maklumlah dah dapat bonus dan increement gaji...Jelez mak :p
Ni aku punya...pun Gulai Itik..hehehehe
Ulam-ulaman wajib ada. Dan budu ! Pergi mana pun cari budu. Kalo ada lah kan. Kalo takder, tak kan bawak sendiri kot :p
My fav ulam that day- nangka rebus cicah budu :p
Menu yang orang lain punya tak sempat nak snap. Masing-masing dah tak sabar nak menjamu selera katakan...
Long dan My hubby..Masa ni kak long dan sepupu dia tengah amik makanan :)
My nuha tengah mintak kepala ikan dengan Abah dia.
Menjerit mintak kepala sebab nak korek mata ikan :p
Deko dia pulak konsep ala-ala kampung gitu...
Yang pakai cap merah tu owner dia :p
Semua sekali 5 orang makan lebih kurang RM60 siap dapat percuma tapai sebungkus :)
Korang suka makan Gulai Itik tak??