Thursday, March 10, 2011

Skim Rumah Pertama, untuk sektor swasta sahaja rupanya...

Korang dah tahu ker Skim Rumah Pertama tu apa?

Skim ini untuk golongan muda (bawah 35 tahun) untukmendapat pembiayaan sehingga 100% daripada bank-bank yang terlibat untuk membeli rumah pertama mereka yang berpendapatan kasar peminjam/pelanggan perseorangan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan


Baru nak berangan nak beli rumah guna Skim Rumah Pertama tu :p Maklumlah belum lepas beli Rumah Pertama lagi ni memandangkan kelayakan aku sekarang adalah RM205K tapi melalui Skim Rumah Pertama, kelayakan tu sampai RM220K. Banyak sket pilihan kalo kelayakan sampai banyak tu :p
Dan aku telah membuat pengiraan melalui Home Loan Calculator Maybank dengan jumlah yang paling maksimum(RM220K) dan tempoh bayaran balik maksimum jugak (30 tahun) dan hasilnya adalah begini :-




Bulanan kena bayar RM1,361 paling maksimum lah..Kalo sorang ajer yang bekerja swasta, memang tak boleh lah nak apply skim ni sehingga harga maksimum sebabnya pembayaran balik bulanan pembiayaan berkenaan tidak lebih dari 1/3 pendapatan kasar orang tu iaitu RM1000. So, kena beli rumah yang harga RM200K ajerlah. Kalo nak aply suami isteri, kena dua-dua kerja dalam sektor swasta dan pendapatan kasar pasangan adalah RM3,300.

Agak-agak cukup ke nak makan erkkk dengan kehidupan yang serba mahal kat KL & sekitarnya ni :p Kalo kat kampung boleh lagi tahan-tahan kan.Aduhai...

Begitulah yang aku faham melalui Skim Rumah Pertama tu(correct me if i'm wrong :p) . Untuk maklumat lanjut korang boleh layari  Info Skim Rumah Pertamaku atau http://srp.com.my/





pic credit to : here





Korang dah beli ker Rumah Pertama ?
 
p/s:
 
Selagi belum rumah ni, selagi tu ada cerita pasal rumah dalam blog aku ni kan :p
 




 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)