Monday, March 07, 2011

Family Day 2011 buat aku hilang suara lah pulak...

Hari ni badan pun rasa letih lagi sebab cuti rasa macam tak cukup gitu.Memang rasa tak nak datang ofiz jer hari ni, tapi sebab sayang cuti, rela jugak gigih datang ofiz.Lagipun sedang berpuasa ganti, kalo duk rumah pun bosan jugak kan tak boleh buat apa..

Sekali bila datang ofiz, ramai betul yang EL hari ni termasuk boz :p Aku dah la bawak kek yang dibaking sendiri dengan penuh kasih sayang tu :p Itu entry lain..

Ok, nak cerita pasal family day sabtu lepas.Kami bertolak dari UiTM dengan bas lebih kurang jam 8.My hubby tak join sebab kerja.So, aku pergi berdua dengan my Nuha.Seb baik tak banyak ragam :p


Ni budak yang tak sabar-sabar naik bas...

Kul 9 lebih dah sampai di Impian Rimba Resort, Hulu banat..Eh,Hulu Langat..Disambut dengan kicauan burung dan alunan deruan sungai yang mengalir.Tipu :p Sampai-sampai, register dulu then breakfast.



Ucapan pembukaan oleh Pengarah ofiz aku lah..

My Nuha tak sabar nak mandi dah ni.Tapi ada acara sukan dulu kan, baru boleh mandi.


My Nuha aku sumbat masuk acara Lari Bawa Bola Ping Pong Dalam Sudu tapi dibantainya bawak sudu dan bola secara berasingan.Satu lagi lari kepit bola, tapi dia lari bawak bola..hehehe.Masa ni suara aku ada lagi, tapi dah start sakit tekak dah.Sekali esoknya, dah takder suara terus sampai hari ni.Gara-gara ,sokongan moral buat My Nuha.


Berbaloi, dapat hadiah jugak :p


 Ni satu-satu gambar aku dari camera aku !


Aku memang tak join apa-apa aktiviti..Malas :p Lagipun, nanti kalut pulak dengan my Nuha. Antara aktiviti sukaneka untuk dewasa ialah lari kaki tiga, isi air dalam betung dan tarik tali..


Tarikkk..Jangan tak tarik !!

 Lari jangan sampai tersungkur yer...



 Isi air dalam betung sampai lencun :)




Last sekali, aktiviti cabutan bertuah..Bertuah jugak hari tu..Itupun sebab memang semua orang dapat hadiah :p


Acara bebas adalah berendam dalam sungai lah pulak !! My nuha memang berendam tak hengat dunia siap tak nak naik tu :p Aku rasa dekat 1 jam lebih  jugak lah berendam dalam tu sampai kecut kaki tangan ..Gambar kami dalam air memang tadak, sebab tak der orang nak amik gambar.Mungkin dalam kamera orang lain :p


Bagi yang nak tidur kat situ pun boleh, ada kemudahan chalet disediakan..RM150-180 semalam. Ofiz aku sewa 2 chalet kat situ untuk kemudahan kami salin baju dan solat. Surau pun ada, luas lagi ...Memang best lah kat sini..

Overall, memang Family Day kali ni best sangat !! Rugi korang tak pergi...Dah la orang sponsor, of coz free kan.. (sepatutnya RM55 sekepala bagi dewasa dan RM33 bagi kanak-kanak (6-12tahun) Makan pun banyak kali, bfast, lunch dan siap ada BBQ gitu..


Untuk maklumat lanjut : http://impianrimba.com/main.htm


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)