Ni kisah masa CNY hari tu yang tak sempat aku nak update sebab kesibukan melanda minggu lepas. Busy lah sangat konon-konon tu :p Idea BBQ ni sebenarnya Long aku cadangkan memandangkan ramai yang hari lahir jatuh bulan Januari & Febuari, kira celebrate sekali la.Bukan dengan kek, tapi dengan BBQ :p
Memperkenalkan barisan chef of the day, kaum lelaki...
Chef in action pulak :p
Menu of the day... Ikan bakar Talapia Putih, Talapia Hitam dan Siakap, Udang bakar, Sotong bakar, Sosej bakar, nasi goreng by me(nak jugak kredit :p ) , lala masak merah by Longs
p/s:
semua pakat lapar, ada 2 kerat ajer gambar makanan yang berjaya disnap..hehehe :p
Kos : Lebih kurang RM180 untuk semua orang diatas makan :)
p/s:
Bukan senang nak amik gambar seluruh ahli keluarga aku macam ni. Hari raya pun belum tentu derrr...
Kat kampung aku senang, sebab ikan boleh dibeli secara fresh gitu.Walaupun ikan dalam sangkar tapi sedap sebab dia letak kat sungai jugak sangkar tu... Udang dan Sotong kami beli kat TMC (Giant) kat Mesra Mall Kerteh .
Kalo berminat boleh la call nombor telefon tu untuk tempahan yer :)
p/s:
Tu hubby ai , bukan tokey ikan yer.Model sambilan :p
Hari Isnin , memang keji kalo dimulakan dengan entry berbau masakan..hehehehehe :p