Terima Kasih Mama Yatiey, sebab bagi tiket Damping Malam secara percuma.Semalam baru tau , tiketnya dah berkurun sampai. huhuhu. Patutnya last week dah boleh pergi tengok. Hari ni check website TGV [http://www.tgv.com.my/, yang ada tayangan Damping Malam cuma ada satu lokasi ajer yang boleh pergi tengok :( iaitu 1 Utama. Ingat boleh nak tengok kat TGV ker KLCC kan.
Ada sesiapa nak tak ?? Staf UiTM Shah Alam sahaja, senang aku nak bagi terus.Siapa yang betul-betul berminat, sila tulis kat bahagian komen.
Cinema | Showing Time | |
Sinopsis Filem Damping Malam
Filem Damping Malam mengisahkan WADI dengan isterinya KU KHALIRA yang sudah 14 tahun mendirikan rumahtangga. Mereka dikurniakan seorang saja anak perempuan kini berusia 13 tahun bernama NURAIZA. Hidup mereka serba moden. Cara hidup mereka agak terbuka dan bebas. NURAIZA pula anak yang ceria, bijak, walaupun anak tunggal tetapi dia nampak matang dalam dunianya. Disebabkan ibu dan ayahnya hidup lebih mengutamakan duniawi, maka landas agama mereka agak kurang. NURAIZA diasuh oleh ibu saudara KU KHALIRA yang tinggal bersama mereka yang dipanggil UMI SIAH oleh NURAIZA. UMI SIAH seorang yang serius tetapi nampak tenang. Seakan ada rahsia disimpan sendiri-sendiri. UMI SIAH sangat menjaga NURAIZA kerana dia tahu keistimewaan yang NURAIDA ada. KU KHALIRA sentiasa menjadi bualan kegemaran para wanita yang mengenalinya kerana begitu pandai menjaga rumahtangga. KU KHALIRA dan WADI selalu melakukan yang rasional dalam apa jua hal, tidak mempercayai hal mistik, tidak membimbing keluarga ke arah agama.
p/s:
My nuha suka sangat cerita hantu. Hantu hilang ajer dari tv dia marah sebab nak tengok hantu.Aduhai..Anak Oh Anak! Anak korang suka tak tengok cerita hantu???
p/s:
Suka buat muka macam ni,konon2 dia hantu la, bila nak usik hantu kat orang, macam orang takut ;p