Hari Jumaat biasalah, hari untuk bersuka-ria sebab rehat yang panjang bagi pekerja gomen .Maka, aku ngan Niza pun berjalan beriringan berpegangan tangan menuruni ribuan anak tangga turun ke kafe yang terletak kat ofiz aku ni. Last 2 weeks, pergi dah dengan Mak Buyung Suraya, siap pergi dengan kereta lagi sebab dia tak sanggup nak menapak naik on the way balik kang dengan perut yang penuh didada. Gembiralah kami sebab tak perlu menapak walaupun ada risiko kereta bakal tercalar dan mencalar kereta orang lain :p
Dah laa membebel. Mari jamu mata Ayam Kejung. Nama ajer kejung, tapi sebenarnya, memang lumayan pak!!!
Sedap, hingga licin sepinggan kami bedal...Bolehlah tahan dari tadak kan , tapi aku kurang faham kenapa ada wedges dan fries disitu...letak lah jagung rebus ker seketul kasi kaler-kaler sket kan..Tak mesra mata btol :p
Nama Asal : Grilled Chicken Cajun
Harga : RM 8 ++ tak silap
Venue : Warung Pendeta, UiTM Shah Alam
Aku minum oren sunquick ajer, Niza minum ribena untuk menjadi kanak-kanak riang :p
Aksi seorang blogger tegar bila bertemu suspek :p iaitu seketul ayam kejung..hehehe
p/s:
KancilBiru pun buat posting psl Ayam Kejung ni : http://www.kancilbiru.com/2011/01/lunch-tadi-kami-makan-ayam.htmlp/s:
Hari ni melayan perasaan sebab Niza dan Ad tadak..Niza pergi sibuk kat konvo adik dia, Ad pulak sedang berpantang..Oh Duniaaaaaa !! Lihat lah aku !!
p/s:
Apsal asal nak dekat tengah hari ajer aku posting pasal makanan...Ampunkan aku penghuni gua ! Ampunkan aku penghuni gua !! Yang mana-mana terliur tu sila angkat keyboard, keyboard yang aku nampak ajer aku belanja..meh meh...Mentang-mentang hari ni dah gaji kata ko .... :p