Entry hari ni adalah entry yang serius jugak weh. Jarang aku serius kan :p Sebenarnya,aku bukan sedang berjinak-jinak untuk menjadi agen hartanah walaupun pulangannya lumayan beb . 3% dari harga rumah tu dapat kat agen hartanah tak silap aku lah.Sesiapa yang memang agen hartanah boleh betulkan aku jika aku salah :p
- Kakitangan Kerajaan berjawatan tetap
- Telah berkhidmat sekurang-kurang 1 tahun
- Telah disahkan dalam jawatan
- Borang permohonan dikemukakan 6 bulan sebelum bersara/tamat perkhidmatan
- Bukan seorang bangkrap @ siberhutang hukuman @ pemakan gaji tidak berkemampuan @ sedang dalam tindakan tatatertib
1) Dapatkan khidmat nasihat di bahagian perumahan di tempat korang bekerja, kalo di UiTM Shah Alam, korang pergi ajer ke Bahagian Saraan & Perkhidmatan. Staf kat situ boleh bantu korang untuk mengetahui flow pembelian rumah second hand secara terperinci.
2) Contact Pegawai Penilai di kawasan yang korang nak beli rumah tu untuk nilaikan harga rumah secara kasar di kawasan tersebut. Boleh tengok contact diorang disini bagi rumah di sekitar Selangor di sini http://www.jpph.gov.my/V2/indexcawpapar_staf.php?versi=2&kodc=30&kodb=31
Negeri lain boleh rujuk sini http://www.jpph.gov.my
Bagi tujuan pinjaman perumahan perbendaharaan,pembelian ke atas rumah yang terdapat tambahan bangunan perlu disertakan dengan dokumen kelulusan PBT. Jika tiada, nilaian hanya mengambilkira bangunan asas sahaja (tanpa tambahan). - Sumber : Pegawai Penilai Shah Alam
3) Tengok keadaan rumah, jiran-jiran dan kemudahan yang ada dikawasan tersebut. Lagi dekat dengan ofiz lagi bagus kan.Satu lagi aku prefer dekat dengan masjid sebab Ayah aku kalo datang rumah aku mesti nak pergi masjid .Lepas tu korang rasa berbaloi tak apa yang korang dapat dengan apa yang korang beli tu.Kalo agak-agak kena tambah banyak RMK lagi untuk baiki rumah tu, better cari rumah lain kot :p Aku kalo kena tambah RM10K lagi pun dah tak sanggup.
Korang nak tahu, Jika penilaian lebih rendah dari harga rumah yang ditawarkan, korang perlu menambah baki harga rumah itu sendiri.Contohnya harga rumah 170K,tapi penilaian adalah RM130K, maka korang perlu menambah RM40K sendiri .Kiranya pinjaman diluluskan berdasarkan penilaian atau pinjaman mengikut mana yang terendah.
4) Status rumah. Kalo aku kira bayaran balik,rumah berstatus leasehold (pajakan 100 tahun) mahal sket bayarannya dari rumah berstatus freehold (pegangan bebas).So better kalo cari yang freehold tapi kalo tadak, leasehold pun boleh lah. Tapi lepas 100 tahun kena renew dengan Pejabat Tanah.Agak-agak aku dapat hidup lagi ke sampai seratus tahun ? :p
Kadar pengiraan bayaran balik : http://bpp.treasury.gov.my/web/index.php/pengiraan-kelayakan-anggaran-bayaran-balik-pinjaman-pertama
5) Bolehlah hantar borang permohonan yang lengkap di bahagian perumahan di tempat korang bekerja untuk semakan, lepas tu boleh lah proceed untuk hantar ke Bahagian Penilaian Negeri dan Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia, Putrajaya.Boleh hantar serentak.Penilaian dari Bahagian Penilaian Negeri akan terus di hantar ke Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia, Putrajaya.
Link-link yang penting untuk dikongsi :-
Kelayakan pinjaman : http://bpp.treasury.gov.my/web/index.php/kelayakan-pinjaman
Borang permohonan pinjaman perumahan : http://bpp.treasury.gov.my/web/index.php/borang-permohonan
Pertanyaan status kes penilaian perumahan http://www.jpph.gov.my/V2/index3VISPerumahan.php?versi=2
Cara pengiraan duti setem bagi pindah milik harta tanah: http://www.jpph.gov.my/V2/kira_dutisetem.php?versi=2
Semalam, tengok rumah baru , tiba-tiba rasa nak beli rumah baru :p
p/s:
Lagi senang beli rumah baru sebab kadang-kadang pemaju bagi S & P percuma, rebet 10K,khidmat guaman dan duti setem percuma .
Kemaskini terakhir : 8 Ogos 2014