Tetiba teringat cicak putih bawah peti dapur rumah aku. Gila besar punya cicak .Kalo my nuha degil sangat, aku cakap, nanti lizard geget :p Dia takut sebab dia pernah terserempak dengan cicak tu sebab dia selalu angkut periuk dan bekas kat dapur buat main masak-masak kat ruang tamu.
Petang semalam, my hubby beli perangkap cicak kat tesco.Sebab hari tu beli Ridsect Lizard Repellent tapi cicak makin berleluasa.Tak nak pulak dia larik.Hangen aku satu badan :p Moga-moga teknik yang kedua lebih berkesan walaupun sedikit kejam tapi ustaz aku cakap bunuh cicak dapat pahala wooo :p
Daripada Sanibah Maulah al-Fakih ibn al-Mughairah yang menemui Aisyah r.a di dalam rumahnya lalu beliau melihat di dalam rumah Aisyah r.a ada lembing, lalu ditanya tentangnya: Wahai umm al-mukminin, apa yang anda lakukan dengan lembing ini? Jawab Aisyah r.a “Kami gunakannya untuk membunuh cicak-cicak, kerana Rasulullah s.a.w menceritakan kepada kami, Nabi Ibrahim dicampakkan ke dalam api, tiada binatang melata di muka bumi semuanya berusaha untuk memadamkannya melainkan cicak, ia meniup (memarakkan api) ke atas Nabi Ibrahim, lalu Rasulullah s.a.w menyuruh kami membunuhnya.” Riwayat Ibnu Majah.
Ridsect Lizard Repellent- Untuk menghalau cicak..
Perangkap lipas dan cicak - untuk membunuh terus ni :p Ada kotak yang bergam dan umpan .
Info Produk : Harga : RM 6.80
Lipas pun sama, selalu makan bawang aku :p
p/s:
Keputusan Teka Harga Yong Tau Foo akan diumumkan petang ini . Sudah ada yang meneka dengan tepat dan mini contest sudah tamat yer :p