2 minggu lepas, aku ternampak gerai yang jual Spring Potato kat pasar malam area umah aku.Aku bab-bab makanan baru ni, serah kat aku lah kan.Boleh jadi food tester gitu :p
Inilah rupa spring potato bagi yang belum pernah tengok yer.Sos dia mayonis dan perasa kita boleh pilih.Samada Black pepper, bbq, sweet corn dan cheese.Harga dia standard, RM2.50 (kentang kecil) RM3.00 (kentang besar).
Ada mesin khas yang diorang guna untuk jadikan kentang ni berspring gituh.
Kalo korang berminat nak meniaga Spring Potato ni, korang boleh tengok kat website ni http://www.springpotato.com.my/pakej.htm
Kalo korang yang kat Kedah nak try, boleh dapatkannya kat sini.Adik ipar Long aku punya ni:-
- Pasar Malam Taman Nuri Alor Setar (Jumaat)
- Pasar Tani Kuala Nerang (Sabtu)
- Pasar Petang Taman Othman Arop Jitra Kedah (Sabtu)
- Pasar Malam Stesyen Bas Jitra (belakang P.J. Plaza) (Ahad)
Lokasi lain, boleh rujuk kat sini
Korang dah pernah try ker Spring potato ni ? Sedap kan? Hingga menjilat jari :) Beli satu, nak satu lagi :p Hahaha...Mula-mula beli kecik, lepas tu hubby cakap aku makan macam tak cukup, minggu berikutnya dia belikan aku large punya pulak :p