Korang dah pernah makan kat JM Beriani? JM Beriani baru jer ada kat Shah Alam.Semalam baru berkesempatan nak makan kat sana since my hubby balik lambat dan aku terpaksa melangut mengular buat kerja kat ofiz sampai 6 lebih. Lagipun semalam kan gaji.Alasan yang kukuh untuk mendapat cuti memasak malam tadi :p
Servis memang terbaik. Kitorang memang tapau jer since dah maghrib.Tak sampai sepuluh minit dah dapat pun makanannya.Terbaik kan? Kan? Deko dia simple dan menarik jugak la.Yang penting air-cond lah.Kalo makan beriani kan badan rasa macam panas-panas :p
Deko yang simple dan cantik.
Ruang dapur yang terbuka.
Ok, cerita pasal makanan pulak!
Ni my hubby punya.Kambing dengan dia memang tak boleh berpisah :p
Harga : RM 14.00
Ni aku punya.Kat tepi tu hiasan ajer semata.Aku tak makan mana acar buah :p
Harga : RM 12.00 (lupa.. tak silap lah)
Overall, aku rasa so-so ajer..Nasi dia pun sket berbanding tempat lain. Aku bagi rate 6/10 ajer.Mungkin aku dapat bahagian ayam yang aku tak berapa gemar.Kalo dapat peha mungkin rate naik kot..hahahaha :p
Map Ke JM Beriani. Situ pun ada Ayamas & Ayam Penyet Ap.
Nuha yang gigih nak buat peace dalam JM Beriani ! Siap pegang tangan tu :p
Korang try dah ?Apa pandangan korang pulak?