Thursday, August 19, 2010

Cara melatih anak berpuasa?

Korang rasa umur berapa yang ideal atau sesuai untuk melatih anak korang berpuasa? Macam mana teknik yang sesuai untuk melatih anak berpuasa? Dibawah ni aku nyatakan teknik yang digunakan oleh mak dan abah aku untuk melatih aku berpuasa.



5 Tahun

Mengikut pengalaman aku, aku dah diajar berpuasa masa aku berusia 5 tahun. Masa tu , tiada siapa pun paksa-paksa aku berpuasa.Tapi sebab aku tengok semua orang berpuasa, so aku pun teringin jugak nak puasa ! So, sahur mak aku kejut jugak sekali.Tapi biasalah budak-budak, mana lalu nak sahur tapi gigih jugak habiskan nasi.Hari pertama , mak aku suruh aku puasa separuh hari dulu.Pukul 12 tengah hari macam tu , dia suruh aku berbuka. Lepas tu, mak aku suh aku tambah sejam- sejam macam tu lah sampai lah habis bulan puasa.So, sampai akhir tu, adalah 2-3 hari ke baper hari aku tak ingat, yang puasa penuh satu hari.

6 Tahun

Menginjak usia aku 6 tahun, aku dah boleh berpuasa penuh selama 30 hari.Sebab apa? Sebab abah aku cakap, kalo puasa penuh nanti dia bagi duit raya ! Sebab masa tu kan aku budak-budak, so bila dapat ganjaran tu rasa excited ma, so terus berpuasa dengan gigih selama 30 hari.[mata $ ringgit malaysia  jugak aku rupanya]


pic credit to here

p/s: 

Tak salah rasanya niat tu tak betul lagi sebab masa tu tak mumayyiz lagi kan..Tapi bila dah besar ni, betulkan lah niat tu :p Ganjaran yang lebih besar, diakhirat tuh nanti .Tapi skang ni,ibu bapa sedih bila anak tak pass exam ker haper, tapi anak tak solat tak puasa , ada aku kesah ! Tak mo tak mo macam tu yer....sekadar renungan.." melentur buluh, biarlah dari rebungnya " kalo tak, jadikannya meriam buluh atau buat lemang..hahahahahaha :p



Antara panduan yang boleh diikuti untuk melatih anak berpuasa ialah:



  • Elakkan menonton rancangan televisyen yang akan menggugat puasa mereka apabila mereka melihat iklan makanan yang begitu menyelerakan. - betul-betul ! Dulu selalu terliur dengan iklan air kat tv.tengok plak gelas yang meleleh ais kat luar tu...haihhh! goyang iman sekejap :p satu lagi, rancangan masak-masak kat tv...dari budak lagi tau aku suka tengok rancangan masak-masak :p



  • Jangan lupa melatih anak niat berpuasa. Amalkan membaca niat berpuasa bersama keluarga selepas makan malam, dengan cara ini anak akan lebih seronok. - Ni abah aku yang selalu bacakan untuk aku dan adik aku tanpa jemu :)





  • Jangan biarkan mereka terlalu aktif bermain. Buat aktiviti misalnya dengan membacakan buku cerita atau menonton cakera padat video berfaedah setiap hari.- Nak main memang tak larat lah aku





  • Sediakan menu makanan berbuka dan sahur untuk anak sama sahaja dengan menu orang dewasa.
    Jika boleh dan berkemampuan, hidangkan makanan kegemaran mereka supaya mereka bersemangat berpuasa sehingga tiba waktu berbuka.-Ma Abah aku suka buat ayam percik, bubur lambuk, selera gitu nak berbuka :)





  • Pada malam hari, ada baiknya anak diberi makan lagi sebelum tidur atau pada saat senggang pada waktu malam.- sahur ajer aku makan banyak-banyak..hehehehe






  • Contoh hidangan yang boleh diberikan kepada anak anda ketika berbuka puasa dan bersahur. 

    * Bagi setiap kumpulan anda boleh memilih satu menu.

    Menu utama

    > Karbohidrat:
    · Satu senduk nasi putih
    · Dua cawan bubur nasi
    · Enam keping biskut berkrim
    · Dua keping roti putih

    > Protein :
    · Separuh ikan kembung
    · Sebiji telur
    · Satu sudu kacang panjang
    · Satu paha ayam

    > Vitamin:
    · Sepotong tembikai
    · Sepotong betik
    · Dua potong nanas
    · Setengah biji belimbing

    > Hidangan sayur-sayuran:
    · Secawan sayur campur
    · Dua hiris tomato

    > Minuman:
    · Segelas susu, sekeping keju atau segelas dadih.

    Sumber [harian metro] - Beri semangat anak puasa

     

    Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)