Monday, August 09, 2010

Siapa dah shopping baju raya?

Siapa dah shopping baju raya angkat tangan? Aku pun dah shopping baju raya jugak tapi bukan baju raya aku pun , tapi baju raya anak. Pencapaian didahulukan, anak diutamakan. Gitu kekdahnya motto aku untuk raya tahun ni.hahahaha. [Ok,bagi yang angkat tangan tadi, turun tangan.] Pencapaian yang didahulukan, awal-awal lagi aku dah tak boleh berpuasa :( Dulu, masa kecik-kecik, mak aku cakap, siapa yang tak puasa tak boleh raya.So, no baju raya for me lah eh? :p 

Sket punya ramai manusia kat SOGO semalam.Macam nak pitam aku lihat ramai nau orang .Agaknya kalo puasa mcm ni gaya lautan orang, mahu ada yang pengsan masa tengah shopping.Mungkin semua orang mengambil kesempatan hujung minggu terakhir yang tak puasa untuk bershopping.Kan?




Sogo tengah sale 24 July - 16 Sept 2010


Hasil rembatan for lil Nuha.Punya lah ramai orang, nak bayar pun makan berejam..Tq for my hubby yang sanggup queue :)

psst :

Kalo nak shopping kat SOGO,kena kuat fizikal dan mental :p Nak senang, parking dekat Maju Junction Mall tapi kena menapak lah sket ke SOGO tapi janji senang parking :)


Ni tak tahu lah jaket sempena raya ker aper :) 
Sayang, eliss tak mampu nak beli motor besar untuk sayang, tapi terimalah jaket ni untuk buat naik motor besar nanti.Motor beli sendiri yer..Muahahaha

Korang dah shopping raya ker??

pssst :  

Famous Amos ada kat Maju Junction Mall tau !


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)