Semua alert tak bila kita nak start berpuasa?Tapi aku rasa, tarikh hari raya mesti korang alert punya kan?Tapi kalo tak alert tu, memang tak tahulah kan.Tarikh dijangka kita start berpuasa adalah pada 11 Ogos 2010.Dan dijangka raya pada 10 September 2010. Ini hanya tarikh tidak rasmi. Untuk tarikh rasmi kena la dengar pengumuman di tv nanti :)
p/s:
Birthday aku 6 September 2010.[sempat lagi tuh, apa kaitan?]
1) Semua Gigih Ganti Puasa - Ni biasanya perempuan lah kan.Rata-rata aku tengok kat belog, duk gigih ganti puasa.Macam aku last year, 25 hari kau kena ganti puasa. Silap budget haribulan buat anak :) hehehehe.Korang dah ganti ker puasa?
2) Jualan Pra -Ramadhan - Ni aku tengok kain rentang masa otw balik kerja hari tu sebesar-besar alam kat depan kedai kain tersohor di shah Alam [psst : jakel ]
3) Sampel kuih raya mula diedarkan - Last week, ada dapat sampel kuih muih untuk ditempah sempena raya.Kalo diorang edarkan masa bulan puasa, tak boleh lah nak try kan? So, kalo nak jual kuih kat aku, bak sampel kuih raya sebelum 11 Ogos yer...muahahahaha
4) Lagu-lagu raya standby untuk didownloadkan - Biasanya kat ofiz aku ni, masuk ajer bulan puasa, mulalah lagu-lagu raya dikeudarakan oleh DJ-DJ tak bertauliah :) Semangat nak raya tu lebih sket bila dengar lagu raya.Mulalah malas-malas nak buat kerja sebab asyik fikir nak balik kampung ajer.Bak orang kata - "Badan ajer bekerja tapi hati dah sampai rumah nak raya ". Paling terkesan dihati lagu -Pulanglah dari Aishah :P Teringat masa zaman-zaman berchenta ngan my hubby dulu :P
Sayang
Di hari yang mulia ini
Ku pohon keampunan
Hanya satu yang ku pinta
Pulanglah...
5) Training dalam bidang IT sempena Ramadhan - Ni aku dapat invitation kat email semalam. Semua nak ambil kesempatan bulan yang penuh berkat ni kan? hehehe.Tapi tak best pergi training dalam bulan Ramadhan sebab tak dapat makan.muahahaha.Tapi kalo siap dengan majlis buka puasa, aku join.Sungguh keji kan?
6) Browsing kuih-kuih raya kat internet - bagi yang tak berkesempatan nak beli secara terus, online adalah jalan yang paling mudah lah untuk tempahan kuih raya.kelas gitu!Ada orang nak promote belog-belog kuih raya korang tak? Bak mai kat aku, rm 3/mth ajer untuk iklan dalam belog aku.murah kan? Mana nak carik..muahahaha
7) Tempahan Baju Raya dah dibuka - Ni paling laju ni. Silap-silap kalo korang pi hantar skang, tailor dah tak boleh terima.Ni tak tahu lagi sempat ker tak abes puasa ni.Biasa kaum kita lah kan.Muahahaha.
psst : baju raya aku dah ada 2 pasang..tengok! tengok! muahahahahahahahahahahahaha.
psst : aku dapat kain pasang satu lagi dari sepupu aku :) 3 pasang lah kiranya ko! muahahaha.
Apa lagi tanda-tanda awal ramadhan yang korang rasa???