Thursday, July 08, 2010

Kesalahan Biasa Dalam Menulis Belog ?

Hari ni, aku sibuk dengan persiapan untuk bengkel sistem baru nak guna.Tu pasal lambat update belog.Hari ni aku nak kongsikan kesalahan biasa dalam menulis belog.Bukan interface.Tu citer lain kali. Ni aku kutip dari sumber -sumber yang boleh dipercayai dan diguna pakai lah.Tak salah kita saling tegur menegur yer dak?

credit to http://blogs.worldbank.org/governance/blogs/alfredo

1) Entry yang panjang meleret - leret

Ini selalu aku buat , last- last tak der orang komen apa pun pada post tu. Orang bosan nak baca atau cara penyampaian yang tak sampai? Aku akan kurangkan entry yang panjang meleret-leret tu dan dihiasi dengan gambar makanan..hahahahahaha.

2) Short form yang susah orang nak faham

Ini memang aku avoidkan.Dan kalo nak tulis , aku rasa guna lah bahasa yang betul.Bahasa cerminan bangsa kan..hehehe. Contohnya, ak = aku . Aduhai! Better taip aku dari ak.beza satu huruf ajer lagipun blogger kan FREE bukan bayar untuk tulis panjang-panjang kan? No heart feeling erk!

3) Tulisan yang SeKeJaP BeSaR SeKeJaP KeciL.

Ini pun menjadi kepantangan mata aku. Mana yang aku dah friendly tu, aku sound direct ajer..Tapi lepas aku sound tu, ko buat dek ajer, lantak ko lah kan. Lepas tu mula fikir, apasal lah orang tak komen kat belog aku dah? Lu fikir lah sendiri yer...

4) Publish entry sekali sahaja dalam sehari bukan setiap jam publish entry

Jangan kejar kuantiti tapi kualiti dalam menulis belog .Ni ada sesetengah blog tu update sekali, seratus entry sehari tapi isi haprak, semata-mata nak mengejar hits untuk orang ke belog kita.Kesian lah kami sebagai pembaca,klik-klik nak tengok entry terbaru tapi tiada apa yang boleh dibaca atau entry syok sendiri semata-mata..huhuhu

5) Tulisan penuh warna -warni mengalahkan PELANGI

Ni pun ada jugak.Konon-konon nak stylo tapi pedihkan mata orang nak baca lagi ada.Kalo boleh elak, elakkan.Guna warna hitam ajer.Atau pun warna yang senang orang nak baca.Diorang bukan nak baca warna, tapi isi yang boleh mendatangkan manafaat dan hiburan di kala kebosanan.hehehehe.

6)Sumber ke pautan asal bila cilok entry orang tiada

Tak salah rasanya bagi kredit kat empunya belog jika kita copy entry dia.Ada jugak hits ke belog empunya badan tu.Tapi nak lebih afdal, ckp kat empunya belog tu nak copy entry dia.


Korang selalu ke buat kesalahan yang aku tulis ni ? Ke ada nak tambah apa-apa?? No heart feeling ok. Ini pendapat umum sahaja dan tidak berniat menghentam mana-mana blog ! Jangan terasa yer..Kalo terasa, aku hulurkan sepuluh jari mohon maaf :) Aku cumalah blogger picisan....Peace ! No War ! 


AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free

 
1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)