Monday, May 03, 2010

Semua cakap pasal I-City, best sangat ker?

 Korang dah pernah sampai I-City?I-City, hub teknologi pintar berstatus MSC yang terbaru untuk syarikat berstatus MSC .Kota keriangan baru warga Shah Alam lah senang citer dalam bahasa kunonya.Aku rasa, orang dari luar Shah Alam pun dah jejak.Tinggal aku ajer yang belom jejak-jejak.Setiap kali nak pergi mesti tak jadi pergi punya.Jalan jam adalah salah satu faktornya.

Hari sabtu lepas, cubaan pertama ke I-City, cadangnya nak pusing-pusing lah, sekali hujan rintik-rintik pulak dan maghrib makin hampir.Tapi, kereta yang masuk aku nampak makin banyak menuju I-City [Boleh sembahyang maghrib ke di I-City?Tak nampak surau pun!wallahualam].Just amik gambar permandangan sekitar I-City di dalam kereta dan kereta sedang bergerak.


 Ini lah hasilnya..hampeh bukan?

Esoknya, hari Ahad, kami pergi awal sket dari Sabtu.Kul 6 lebih.Lampu pun banyak lagi tak nyala.Permandangan pun terang lagi.Layan gambar ajer lah..Warning : banyak gambar lucah:p


Ada pokok pain..

Rusa pun ada..Tapi tak bleh naik.Patutnya tak leh masuk pun area ni tapi ramai ajer masuk.
Tengok notice tu, denda RM500. :p


Aku tumpang sekaki..Seb baik tadak orang saman.


Pokok pain dan pokok buluh pun ada.Siap ada tanglung.

my Nuha ingat tu bear dia agaknya..hehehe
cantik kan?


angsa ni tak nyala lagi LED nya.


Banyak lagi sebenarnya buleh bergambar tapi masa tu ini aja yang menyala LEDnya.Lain kali nak pergi lagi tempat-tempat yang tak amik gambar lagi tu.Masa untuk pulang!!

 Map ke I-City.Klik untuk pembesaran ganda 23.
p/s:

Hari ni, aku puasa, tiada gambar makanan disini hari ini.My hubby cakap tak larat nak ganti puasa aku, so baik aku ganti cepat-cepat sebelum terlambat.[Sebenarnya ada tapi aku takut aku tergoda plak.Hahaha]

p/s: 

Esok aku kena pegi Melaka, untuk demo sistem yang diorang request.Tak masuk ofiz lah.Jangan rindu sama aku :p [Macam lah ada orang rindu kan..]

WAIT ! WAIT ! WAIT!


Kalau nak tengok koleksi-koleksi hangat dan sensasi di dalam toilet a.k.a jamban boleh tengok kat SINI. 
Kalo nak resepi masakan dan info semasa boleh tengok kat SINI
Kalo nak jadi menantu aku,pastikan cukup umur dulu yer,  tengok kat SINI.


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)