Thursday, April 22, 2010

Tips Untuk Suami Yang Selalu Ditinggalkan Isteri Bagi Yang Ada Anak Kecik

Tajuk hari ni, kira atas permintaan ramai la lepas Entry Tips Untuk Isteri Yang Selalu Ditinggalkan Suami Bagi Yang Ada Anak Kecik. Kejadian sebaliknya ini memang pernah lah berlaku pada my hubby sebab sekali sekala kerja aku ni memerlukan user requirement dari cawangan lain dan untuk buat nampak kita buat kerja , biasa boz [selain boleh berpoya-poya dan shopping atau naik kapal terbang] akan suruh kita ke cawangan lah


Ini antara tips nya berdasarkan permasalahan yang aku buleh fikir lah :-

1. Saya tidak tahu masak . Ini paling mudah la aku rasa, beli sahaja di kedai.Pastikan ada tanda 'A' tahap kebersihan pada kedailah kalo nak makanan yang dibeli itu sama kualiti dengan rumah kan.

2. Selalunya isteri saya yang siapkan anak saya. Bagi memudahkan kerja suami, anda hendaklah menyusun barang-barang keperluan anak seperti :-
 a) Baju - asingkan siap-siap, mana baju pakai siang dan malam.Kalo dak, mesti ikut suka pandai suami korang la pakaikan baju anak korang.
b)Botol susu - siap basuh semua botol yang ada, takut suami ada penyakit M dalam diri kan.
c) Susu - ajar macam mana nak sukat, mungkin sebelum ni tak pernah bancuh susu untuk anak kan.

d)Lampin Pakai Buang.Bagi yang menggunakan CD (cloth diaper)- agak-agak suami korang sanggup ker nak membasuhnya? kalo tak sanggup, pastikan ada stok lampin pakai buang sepanjang ketiadaan anda.

3. Saya memang tak reti langsung jaga anak saya. Kalo situasi macam ni, suami kena lah hantar anak anda ker rumah pengasuh.Amik anak anda, beberapa jam sebelum isteri pulang dari outstation lah macam my hubby selalu buat.hahaha.Ops.

4. Saya memang lemah nak menidurkan anak saya. Korang bagi dia main sampai lebam.Confirm lepas tu , dia mengantuk dan tido tak bangun sepanjang malam.Tak pun korang sama-sama berjaga lah dengan anak sampai pagi.hahaha.

5. Saya mandi lama. Korang kena had masa untuk mandi tu, takkan nak sama dengan isteri ada.Alamak, melalak la anak korang kat luar tu.Tak pun, mandi ajer lepas anak tidur.Dan yang paling sukses, mandi sekali dengan anak macam my hubby duk buat.hahahaha.mudah kan?

6.Anak saya menangis tak berhenti. Cuba check kot-kot kembung ke demam ker atau lapar.Tawarkan permainan atau pun bawa jalan-jalan.Kalo kembung, sapukan minyak telon pada perut, tapak kaki dan betis.

Tu jer la tips yang aku mampu fikir berdasarkan permasalahan yang menimpa suami bila kena tinggal kat isteri.Ada tambahan? Wahai suami yang membaca entry ini, macam mana korang handle toddler kalo ditinggalkan isteri sebelum ini?? Kalau ada tambahan, korang boleh laa tambah yer diruangan komen.Mungkin boleh membantu para suami yang lain kan.


WAIT ! WAIT ! WAIT!


Kalau nak tengok orang bergambar dalam toilet boleh tengok kat SINI. 
Kalo nak resepi masakan dan info semasa boleh tengok kat SINI
Kalo nak jadi menantu aku, tengok kat SINI.

1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)