Hari ni sudah bersiaran dari Shah Alam.Tak sempat nak update sangat masa kat KB.Lagipun tak bawak laptop kesana.Tu pun sempat tulis masa training peserta..Orang dah biasa mengular, sekejap pun nak mengular jugak.hahahaha.Ops..
Maaf.Entri harini sarat.Sarat dengan gambar.Hari ni aku nak kongsi pengalaman The Return Of Bila Si Jakun Naik Kapal Terbang.Korang pernah naik kapal terbang?Kalo pernah tak perlah.Hahahaha.
Naik Air Asia pun ok lah .Tapi kapal terbang jenama ni kami tak buleh naik.UiTM buleh naik MAS sahaja :P
Hari ni aku nak ajar Cara-cara nak naik kapal terbang untuk first timer dari KLIA :)
1)Mula-mula mestilah ada nombor eTicket untuk self in check in :) Korang nampak tak Kaunter Daftar Masuk tu.Kat depan tu ada mesin untuk self check in :) Korang follow jer instruction pada mesin tu, buleh pilih bahasa yang anda suka.Dan pilih tempat duduk mana yang kosong.
2) Lepas tu collect la tiket yang keluar tuh.Dan telek details yang ada pada ticket tuh.Kang salah time naya pulak. Dan yang perlu dilihat adalah Pintu/Gate.
3)Lepas tu korang masuk pintu Pelepasan Dalam Negeri kalo untuk destinasi cikai dalam negeri, kalo nak gi oversea pintu masuk Pelepasan Luar Negera lah.Masa sampai kat situ anda dikehendaki memasukkan beg dan segala barang yang ada ke dalam mesin scan tu kot-kot terbawa barang berbahaya contohnya dadah ker [kes yang ni terus masuk jel , tak sempat naik kapal terbang lah..hahaha]
4) Lepas tu cari gate yang tertera pada tiket anda.Aku punya gate hari tu adalah B5.So ikut jer lah anak panahnya.Walaupun panah tu keatas,tu bukan naik atas tapi terus jer.hahaha :)
5)Lepas tu, bila dah jumpa tempatnya, korang tunggu sampai ada pengumuman untuk check in atau ada orang kat kaunter masuk kat Gate yang tertera pada tiket tuh.
Pastikan anda bawa IC, kang tak leh masuk..hehehe
Boleh baca arahan/amaran kat sini berkenaan dengan apa yang boleh dan tak boleh buat/bawak.
6) Lepas tu, tunggu lah dalam tu jap, hingga ada pengumuman suh anda masuk dalam kapal terbang.Kalo delayed dorang akan cakaplah.
7) Bila masuk dalam kapal terbang, gunakan flight mode pada handphone anda.So bolehlah amik gambar :) Tq pada Niza yang cakap kat aku.Kalo dak, sampai sudah aku tak tau hp aku ni ada flight mode , semua fungsi telefon disable tapi kamera boleh guna :) Dulu punya jakun, habis hp aku off.hahahaha
Sekali sekala jadi jakun tak per, bukan selalu dapat naik kapal terbang kan Niza?hahahaha.larikss..
Ini sayap kapal terbang membelah awan :) Niza tolong aku amikkan :) Tq Niza
Dan penampilan istimewa , pemilik belog...hahahaha.
Seriyes, dah tak takut sangat kali ni bila naik kapal terbang.hahaha.
8) Bagi yang bawa hand luggage, boleh disimpan kat atas tempat duduk tuh.Alah, macam bas ekspres lah jugak :P
9)Lepas tu dengar panduan keselamatan yang diberikan oleh ketua pramugari dan didemostrasi oleh pramugari /pramugara :) So kena laa pakai tali pinggang keselamatan bila dorang suruh pakai :)
10) Kalo tak jelas,panduan keselamatan ada diselitkan di depan tempat duduk.Bagi yang mabuk, beg Mabuk Udara jugak disediakan .
Baca sampai lebam :)
11) Untuk penerbangan singkat, anda akan dihidangkan dengan kordial buah-buahan dan kacang.Motif bagi Kacang tu untuk kurangkan rasa berdengung dalam telinga tu :)
Air Jambu Batu..
Sepaket kacang jer? :p
12) Akhirnya, kami selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra , Kelantan...Lepas tu, tak reti-reti nak turun?hahahaha
Nantikan episod 2 esok untuk makanan yang lazat yang berjaya kami santap sepanjang berada di KB.hahahaha.
p/s:
Muka kami keluar lagi kat Majalah Mingguan Wanita (bil 1370, 19-25th February 2010) :)
credit to : here
p/s:
Belog my nuha, keluar dalam Majalah inTrend Mac 2010 dalam ruangan 50 Blog Terbaik Malaysia Pilihan InTrend . Boleh check kat SINI, kot-kot belog korang pun ada :)
credit to : here
1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam: