Friday, February 12, 2010

Inilah duit hasil nuffnang ku...

Ok, tipu...hahahaha.Larikss..


Kat sistem cakap dah sent cek nuffnangnya tapi sampai skang tak dapat lagi ni.Tak sabar dah ni :) Duit diatas adalah untuk servis kereta.3K ko!Buleh beli emas besar lengan seketul aku rasa.Huhuhu.So jangan jadi macam kami, cepat2 lah tukar timing belt walaupun tak sampai limit yang ditetapkan.Kerana tak tukar timing belt yang berharga +-RM200 kami rugi 3K.Nasib badan.Hari ni merempit lagi.Insya Allah, petang ni keluar lah Cinta Bersulam Rinduku dari bengkel.


Bila sepatutnya kena tukar timing belt?
Bergantung kepada jenis kenderaan.Biasa kalo pergi servis dia tahu la.Ada yang kena tukar apabila dah cecah 80K atau 60K.Servis lah sekarang yer kawan-kawan!!
*Ada jugak kereta yang guna timing chain bukan timing belt.

Timing belt-a toothed belt made of rubber and fiber used in some engines to match the timing of the valves to the motion of the pistons. -source-here

 Tapi yang penting, lepas ini kami boleh buat drift dengan itu Cinta Bersulam Rinduku..Hahahahaha.Matik mak kena keji .Bawak macam siput ada hati nak drift.Parking pun tak lepas.hahahaha.

Tapi tak per, disebabkan hari ini adalah hari jumaat. Aku nak jamu korang semua dengan hidangan berbuka puasa aku malam tadi. Jamu mata jer la yer :) Sebab dah licin pun semua makanan tu aku makan.Ini edisi balas dendam lah sebab semalam aku blogwalking, pergghh, ramai tayang makanan.hahaha

Kita mulakan dengan makanan yang manis-manis dulu.

Ini adalah akok- memang akok terengganu yang dikirim oleh FIL aku time abang Long aku balik trg last week :) Adalah sangat heaven makan panas-panas :)

 Semalam adalah mengidam nak makan nasi beriani da*wood :)Biasalah orang puasa, memang bernafsu!!

Ini adalah lauknya..Ayam madu..Pergh..melekat ko!

Info Produk : Nasi Beriani RM 6 :)
Akok seketul : 60 ¢ ker 50¢ , aku pun lupa!hahaha


Keji bukan?Ada aku kesah?hahahaha.Larikss...

p / s :

Hari sabtu adalah balik terengganu!! Yahoo! Sampai rabu ko!Kalah Yap Ah Loy!hahahaha.Kepada NG dan seluruh staf RR*SB yang berbangsa cina, Xinnian Kuaile :)新年快樂  (Selamat Tahun Baru la maksud dia :)

 Ada sesaper nak kirim keropok?Kalo kirim dengan air liur, anda cuma dapat air liur sahaja lah.Untuk warga PSMB sahaja yer :) Atau warga UiTM yang sama dengan aku lah.Self pick up only you!email me :- elissmie [at] gmail [dot] com

[updated]
* Niza kirim keropok lekor RM10 dan sos keropok 1 botol! [ senang aku nak refer bila dah ada kat kampung nanti]

Kak Faz kirim keropok keping tamban RM30,RM20 kerepok lekor pjg, sos keropok 1 botol

Kak Ray kirim keropok lekor RM20

Sharina kirim keropok lekor RM10 sos keropok satu botol

cik nor kirim keropok keping tamban rm20

Mamazana ?

* kalo rajin, aku update live from terengganu.kalo rajin laa.Biasa malas.

p / s :

Kat ofiz aku tidak boleh Facebook bermula pukul 8 hingga 5 petang tapi Buzz ok! Sila lah add me di Buzz :)
Automatik jika anda ada akaun email gmail :)



1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:




 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)