Monday, January 18, 2010

I'M Not V-Kool

Biasa kat kereta tampal I'm V-Kool kan.Bleh tak aku tampal I'M Not V-Kool? Hahaha.
Apa ke benda V-Kool ni? Ni jenama tinted film yang mahal la kan.Macam-macam ada.Air Cool La, Ais Cool la.Macam2 Cool la.Semalam, my hubby pegi tukar tinted film Cinta Bersulam Rindu :) Ho yeah! cerah masa depan! pandangan dari sisi dan belakang yang selama ni agak berbalam-balam sebab tinted dah rosak teruk!



Ini antara pilihan yang ada untuk kami pilih.

Dan my hubby pilih kaler Gold/Shine tu. Upah untuk buang tinted lama sahaja pun dah RM 80 kalo tak silap.Tinted satu kereta, kecuali cermin hadapan harganya RM 400++ .Mak aih.Mahalnya.



Sesungguhnya ini bukan Cinta Bersulam Rindu . Harap kaler kereta jer sama.hahaha.Yang ni konpem kena saman!

Perhatian!!

Kaedah 5 (1) dan Kaedah 5 (3),Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin cermin depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70%, manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%.

Pemilik atau pemandu kenderaan yang tidak mematuhi kaedah ini akan dikenakan denda :-
  1. Tidak melebihi RM 500.00 atau penjara tidak melebihi 2 minggu untuk kesalahan pertama;dan
  2. Tidak melebihi RM 1000.00 atau penjara tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan berikutnya.


source : SINI

Elok jer semalam lepas tinted , kitorang pegi cuci kereta, sekali ada sekatan JPJ.Maka berbondon-bondon kereta yang kena tahan sebab cermin kereta gelap! so berwaspadalah kawan-kawan yang ada cermin kereta gelap tu yer, diorang tengah buat operasi skang ni!! kalo dak melayang RM500 :) dari bagi polis, baik bagi aku, yer dak??




1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

 

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)