Al-Fatihah buat abang ipar , Umar yang meninggal hari Selasa yang lepas kerana serangan jantung dan strok.Al-Fatihah. 1957-2010.
Ini lah punca 2 hari aku tak sempat membelog.
Korang pernah kemalangan? Aku pernah.Ini pengalaman pertama aku kemalangan.Tarikh kejadian adalah hari Isnin yang lepas.Masa tu aku otw balik dari ofiz nak pegi amik my Nuha dirumah mak pengasuh dia.
'Apabila memberi signal ke kanan, saya perhatikan tiada kenderaan dibelakang dan dihadapan, dan bersedia untuk membelok ke kanan di hadapan Unit Kenderaan, semasa saya membelok, tiba-tiba ada sebuah motor melanggar sisi kereta saya.Saya ingin menyelesaikan masalah ini secara bersama ' - itu laporan yang aku buat di Unit Keselamatan UiTM. Ala-ala macam report polis gitu.
1. Jangan panik.
(p/s: aku amatlah panik sebab yang jatuh dari motosikal tu anak orang.kalo anak tekak ker, lain lah kan.huhuhu)
2.Alihkan kenderaan ke bahu jalan.Jangan menghalang lalulintas.Orang yang lalu lalang, kalo dah ada orang memberi pertolongan , korang boleh la beredar.Jangan kusutkan keadaan!
(p/s: aku menggigil, aku suh budak mana ntah bawak kereta aku ketepi)
3. Minta bantuan ambulans.Kalau parah, jangan mandai2 nak angkat,my hubby cakap, kalo tersilap angkat mungkin boleh menggadaikan nyawa orang yang kita nak tolong tu.Mesti kena ada basic keselamatan la kan.
(p/s: tapi kes aku ni tak parah mana kan, so diorang papah masuk dalam kereta saper ntah antar pi klinik uitm)
4. Berbincang tentang gantirugi.Jangan lupa mintak no telefon !
(p/s: my hubby cakap, biar jer la kita bayar sendiri, dia bayar dia punya(my hubby ckp motor dia 20 hengget jer).Setakat bawah rm500 , biasa polis buat dek jer dan insuran pun tak leh claim kan, so settle lah secara baik!)Kalo teruk, boleh la report polis dan claim insuran!
5.Tanya la khabar orang yang cedera tu! Tapi sampai hari ni budak tu tak reply SMS aku.Agaknya takut aku mintak duit ganti rugi untuk kereta aku! hihihi.Aku halalkan dik!Opss! My hubby halalkan :P My hubby redha lah agaknya.huhuhuhu
Sekian!!
Masih ingat IID 2009? Kami Menang Gold.Tahun ni , IID 2010 yang berlangsung pada 12-14 Januari 2010 dengan mempertaruhkan sistem E-Mesyuarat yang di develop by Ad, (aku tumpang nama sekali..hehehe) .Kami menang Silver pulak kali ni!Alhamdulillah!
Gina, aku nampak Daddy Jack, dia menang aper yer? Siap curik2 amik gambar lagi tuh.hahahaha