Thursday, December 10, 2009

La Hollywood rupanya...


Bukan Hollywood ni laa...Yang citer semalam tu kat SINI, pasal perfume tu.Bila aku tengok kotak pagi tadi, aku baca Hollywood nama dier..opss..tersilap info disitu.Memang tak leh jadik promoter btol la aku ni.
Tu pasal aku awal-awal lagik larik bila aku kena tipu masa interview kat pejabat area Jalan Yap Kwang Seng .Ada ker suh aku jadi pegawai pemasaran padahal tawaran kerja lain..chizz bedebah..Esok you jangan datang pakai kasut tinggi tau esok, kita nak pegi jalan-jalan..Aper ke jadah kan?



Eh, Terengganu tiru hollywood kan??hahahaha..larikss..Ampun MB :P

Semalam my hubby balik-balik umah ajak pegi makan kat luar...sebab dia malas nak fikir apa nak suh aku masak agaknya..hehehe.Perut dah kenyang kan semua? Takkan tak bfast lagik masa ni kan? Jom layan the lazatness of my dinner last nite (speaking Hollywood disitu :P) my Nuha yang order [ yer, tipu :P ]



Venue: Restoran Shid Seafood Kampung Jawa :) (Dekat dengan jambatan menghala ke Stesen Komuter Padang Jawa)
Menu: Ikan Kerapu Masak 3 Rasa, Kerabu Perut, Telur Dadar Timun dan Sambal Belacan
Harga: RM 40

Siap makan nasi bertambah gitu..nyesal tak masak nasi siap-siap bawak pegi kedai..hehehe..ampun..larikss.. Aku rasa naik harga sket makanan kat situ.Sebab selalu rasa macam 30++ jer lauk macam ni makan.Entahlah..hiks..mebi ikan tu besar sket kot..tapi memang sedap dan puas hati la.Servis pun cepat.

Bukan berchenta macam aku makan kat Hentian Rehat Chendor,Pahang tu [kedai belakang] masa otw balik Terengganu hari tu.Dah la lapar.Rupa-rupanya, diorang termiss order kitorang, terus laki aku ajak aku belah jer tanpa tunggu2 dah.Hampeh.Berniaga buat laa cara nak berniaga kan.Dah la roti marjerin yang sah-sah ada tanda harga 60 sen ko jual RM 1.50.Masa tu aku tak perasan lagi hubby aku bayar RM1.50 sebab aku tengah bagi Nuha makan roti tu.Bila Nuha nak lagi, aku dengar mak cik tu cakap RM 1.50 plak kat laki aku.aikkk..Aku tunjuk tanda harga kat my hubby, terus my hubby hangen, amik 3 biji lagi macam tu jer tak cakap kat makcik tu dah.rasakan...menipu pun berpada-pada laa wahai makcik.dah laa lembab amik order, lepas tu tak buat plak.Aku order Teh Laici, ko bagi air Laici..Apa ker jadahnya...
eh, emo lak tetiba apsal? kalo tak dapat tak per, malam ni kan malam jumaat..opss..larikss..

Yeay esok cuti...Happy birthday sul*tan selan*gor... you selebrate tanak ajak ai ker datang umah you..ai tak kisah kalo duk makan kat car porch jer pun..muahahahaha..sewel ke ko hari ni eliss?


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:
 





 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)