Thursday, October 01, 2009

Tips Untuk Rumah Terbuka

Hari ni aku nak berkongsi tips untuk mengadakan rumah terbuka (walaupun baru 2 kali aku buat rumah terbuka hari raya :P)


p/s:Tahun ni aku tak buat rumah terbuka sebab malas + budget yang sangat laa ciput :P (awal2 cakap)

1) Jemputan



kad jemputan rumah terbuka UiTM



contoh pelan lokasi..

Ni yang paling penting sekali..kalo tak nak buat kad jemputan, bagi laa email siap ngan peta lokasi sekali (esp utk kawan2 blogger @ yang tak pernah datang umah kiter..) mcm kat kad kawen tu :)

2) Hari


pic credit to :here

Pilih hari yang sesuai.make sure buat laa hari cuti..senang nak pegi kan, dan tak kelam kabut..Kalo Jamuan Raya UiTM , mesti pilih jumaat sebab lepas kul 3 tu ramai yang isi borang keluar kan, so untuk elak dorang balik awal, kul 3-5 tu baru diorang buat..so dari balik, baik pegi makan dulu :)
Aku cadangkan hari sabtu/ahad laa..tapi my hubby kalo sabtu tu leceh sket sebab dier kerja kan, biasanya aku buat hari Ahad..

3) Masa



pic credit to :here

Biasa rumah terbuka, buatlah tengah hari keatas laa kan..pagi tu leh prepare dulu apa yang patut..biasa aku beli lauk belah pagi biar fresh gitewh lauk pauk...nak2 sek 6 punya pasar tu,pagi2 fresh lagik lauk pauknya..
aku suka pegi time lunch,sebab lunch tak yah masak :)

4) Makanan



pic aku lupa cilok kat ner tadi..sorry erk empunya pic..

Aku cadangkan better masak sendiri laa kan kalo bilangan tetamu yang ingin dijemput adalah 30 orang kebawah..tapi kalo dah sebatalion, baik kamu upah saja katering..tapi pilihlah pakej yang sesuai dengan poket kamu yer :) kalo bleh, makanan berunsur hari raya la kan..aku tak puas lagi makan lemang, sate, kuah kacang, ketupat, biskut raya :) (siap request bagai)

5) Bekas Makanan



kalo rajin membasuh :)
pic credit to :here

Untuk jimatkan masa dan tenaga(air jugak) sediakan cawan atau pinggan kertas..Say no to polisterin k! UiTM dah sahut cabaran ni :P so kami tak akan jumpa lagi polisterin di dalam UiTM ni :P dan siap ada charge lagik kalo nak tapau makanan dalam bekas plastik yang digunakan...hampeh tol (ish..tersasar plak)
Sediakan plastik untuk buang sampah..senang, ikat2 terus buang dalam tong :)

6)Deko Raya



pic credit to :here
Untuk lebih feel hari raya kan,elok kalo hias dengan lampu lip lap atau tampal kad raya kat dinding atau tampal ketupat kertas ka..macam raya di perantauan gituh..hahaha:)

7) Duit Raya


pic credit to : here
Biasa kalo ada tetamu bawa anak, bagi laa duit raya..kalo tak mampu, RM1 pun ok la..kiter kan nak ikut saranan DSN , bagi singgit sudah lah...wahahahaha..

Tu jer tips untuk semua :) hehehehe..kalo ada nak tambah apa2,sila2 lah yer...




Dan untuk para mommies yang aku rasa banyak baca blog aku yang merepek meraban ni, tips ni berguna untuk kamu :) Tips Bagaimana Mengatasi Anak Meragam Di Rumah Terbuka
( credit to : here )

  1. Anda jangan panik dan cepat marah. Sebaiknya anda haruslah membawa sikecil atau anak anda ini jauh daripada orang ramai. Contohnya membawa si kecil ke bilik yang sunyi dan tidak sesak dengan orang ramai. Ini berkemungkinan dia menangis kerana kepanasan dan tidak selesa dengan orang yang berada disekelilingnya. Dengan cara ini ia akan dapat membantu meredakan tangisan anak anda.
  2. Bukan itu sahaja malahan si kecil menangis juga mungkin disebabkan kelaparan. Adalah wajar sekiranya, sebelum anda bersiap untuk keluar pergi ke rumah terbuka tersebut pastikan anak anda telah diberi makan terlebih dahulu. Jika perlu bawalah bekalan makanan kegemarannya sekali. Lazimnya hidangan yang disediakan di rumah terbuka tidak sesai dengan usia anak anda.
  3. Disamping itu juga tidur yang mencukupi turut mempengaruhi tingkah laku anak anda sewaktu majlis tersebut berlangsung. Pada amnya jika pola tidur anak anak tidak tetap seperti biasa ini akan membuatkan dia sentiasa meragam. Adalah sebaiknya anda pergi ke rumah terbuka tersebut selepas anak anda bangun dari tidurnya. Dan waktu yang paling sesuai adalah waktu pagi, ini kerana cuaca pada ketika itu tidak panas serta ia juga akan memudahkan anda untuk bergerak ke sana sini.
  4. Selain dari sudut persekitaran, pakaian juga boleh mempengaruhi mood anak anda. Elakkan memakaikan anak anda dengan pakaian yang tebal dan ketat. Ini kerana dalam suasana kemah yang memiliki kipas angin juga boleh mencetuskan keadaan persekitaran menjadi bahang. Sekali gus mewujudkan suasana yang tidak selesa kepada anak anda. Seeloknya pilihlah pakaian jenis kapas dan serap peluh. Ini akan membuatkan anak anda berasa selesa didalam majlis tersebut.
  5. Sekiranya keadaan semakin sesak, anda mintalah kebenaran kepada Tuan rumah untuk masuk ke dalam rumahnya yang mungkin mempunyai penyaman udara atau kipas angin yang sudah tersedia pasang. Selamatkanlah diri anda dan anak-anak. Dalam keadaan sebegini anda sebagai ibu bapa juga haruslah mempunyai persediaan mental yang cukup untuk mengendalikan karenah anak kecil meragam.
  6. INGATLAH janganlah terlalu lama berada di rumah terbuka. Selepas menjamu selera dan berjumpa sanak saudara atau sahabat andai, mintalah dulu untuk balik lebih awal sebelum anak anda meragam ini bagi mengelakkan perkara yang sama berulang kembali.
OK, aku dah bagi tips ni, korang jangan lupa naa, ajak aku rumah terbuka korang!! hahahaha..kalo sabtu , susah sket laa nak pegi, kecuali dekat area shah alam ni jer..laki mak kang keja sabtu :(

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)