Hari ni, check2 komen kat dashboard, ada dapat award.Datangnya dari Mama Nuha Umairah...hikss..terkebetulan, nama our dear princess hampir2 sama...tapi maksud berbeza tau. Blog nya di sini
erm..nak bagi saper erk ..4 laks tuh..ish...
4 mana cukup ni..list 1 Follow tuh gilak laa best...sila amik laa semua orang...
Ad,Aimi Husna,Anna,Azlin,Baby Nadrah,Bai,Ct linda,Dhia Coco,Elyn,Gina,Haslina,Husna,Jiey Mien,Kak Di,Liana Majid,Long @Bro,Mama Alesha & An nisa Abriza,Mamazana, Maya, Mel,Mummy Adam,MummyDania & Alisya,Niza, Nurhayati,Quenninmurni,Raa,Rhyaya,Rihanna,Sarah,Tiara Ayzan,Triplets Plus One,UmmiBatrisya,Wafaa, Zam,Zue,Zuris..
ada tertinggal ker??ampunn!!
SILA AMIK YERR...JANGAN TAK AMIK!!
Pagi tadi, lepas sahur aku tengok tv3..biasa time2 subuh sepie ni ada segmen yang papar headlines surat khabar kan..dan aku tertarik dengan berita seperti tajuk posting aku tu..ni berita nyer...
LONDON: Lelaki yang mahukan isteri setia disaran memilih wanita berdagu tirus kerana penyelidikan membuktikan wanita dengan dagu lebar cenderung menjalin hubungan sulit.
Rumusan dibuat berdasarkan penyelidikan yang dilakukan sekumpulan pakar psikologi. Mereka memilih sekumpulan wanita muda dan menyoal mengenai sejarah dan fantasi seks mereka.
Wanita berkenaan kemudian dinilai sekumpulan lelaki berdasarkan keinginan sebagai bakal pasangan.
Kumpulan lelaki itu tidak diberitahu mengenai soal selidik seks. Bagaimanapun, hasil menunjukkan wanita dengan dagu lebar lebih aktif dari segi seksual berbanding wanita berdagu tirus, tetapi mereka tidak menarik pada pandangan lelaki.
Saintis terbabit, empat daripada universiti di Amerika Utara merumuskan lelaki akan meminggirkan wanita dengan penampilan gagah apabila mencari pasangan jangka panjang kerana bimbang diduakan isteri.
Dagu besar selalunya disebabkan pengeluaran hormon testosteron banyak, yang wujud pada semua wanita dalam jumlah tertentu.
Lelaki bimbang wanita yang aktif secara seksual sebelum menjalin hubungan cenderung menjadi tidak setia pada masa depan.
Pakar psikologi percaya reaksi yang tidak mahukan wanita berdagu besar disebabkan kehendaki evolusi mahu memiliki pasangan yang setia, melahirkan anak hanya untuk seorang lelaki.
Rumusan itu kelihatan boleh dibuktikan dengan melihat dunia selebriti. Sebagai contoh, Camilla Parker Bowles, yang memiliki dagu besar, menjalin hubungan sulit dengan Putera Charles ketika masih menjadi isteri kepada suami pertamanya, Andrew Parker Bowles.
Sebaliknya, aktres Joanne Woodward, yang memiliki dagu tirus hidup bahagia dengan ikon Hollywood, Paul Newman selama 50 tahun sehingga kematian aktor itu pada usia 83 tahun September lalu.
Artikel kajian itu, yang disiarkan dalam jurnal Personality And Individual Differences, menyebut: "Hasil kajian adalah penting dalam menunjukkan bahawa persepsi wanita sebagai pasangan jangka panjang yang memberahikan dan boleh dipercayai diperoleh lelaki dengan cuma melihat penampilan paras mereka."
credit to Berita Harian
TIRUS TAK DAGU AKU!! Pang kena tampar laju2 dengan semua orang..hahaha..tapi aku setia..macam mana tuh??setia laa sangattttttttttttttttttttt!!!
Weekend,tak pegi mana2...duk jer umah layan Nuha..Hari sabtu lepas, pegi cucuk dier..sheann anak ummi...seb baik tak demam....Hari Ahad, pegi Bint*ng jer carik barang dapur sket...hiks..FYI, start dari hari ni, aku akan berpuasa selama sebulan...Insya Allah...ucapkanlah Selamat Berpuasa kat aku..aku nak kena pi carik kain ni, nak buat baju raya...Re-Raya..bleh? aper tak bleh??periksa bleh repeat!! ni tak adil!!