Izinkan aku copy paste..untuk menampakkan aku update hari ni..so bz mahh....
BEIJING: Seorang wanita di selatan China pekak sebelah telinga apabila teman lelakinya yang 'rakus' menciumnya terlalu kuat, sehingga menyebabkan gegendang telinganya pecah, lapor media tempatan.
Wanita berusia lewat 20-an itu dikejarkan ke sebuah hospital di bandaraya Zhuhai di selatan Guangdong dan disahkan pekak telinga kiri selepas ciuman itu.
Doktor yang melakukan rawatan berkata ciuman menyebabkan tekanan kuat di dalam mulut wanita itu mengakibatkan gegendang telinganya terkeluar dan pecah. Beliau berkata dengan rawatan sempurna pendengaran wanita itu dijangka dapat dipulihkan dalam tempoh dua hingga tiga bulan.
p/s: To all pengantin baru & lama, nak cium tak per..jangan rakus2 sangat bley??muahahahaha....yang blom kawen, pokakkan tingo, butokan mato jo!
Credit to Berita Harian
Signature Cafe @ Glenmarie , Shah Alam
17 hours ago