Friday, January 17, 2014

DIY photobooth props dan goodies bag

Selamat bercuti semua ! Tak habis lagi kisah birthday my Nayla ni. Hari ini nak berkongsi macam mana nak DIY photo booth props dan goodies bag. Mula-mula DIY photo booth props dulu . Bahan asas yang diperlukan : Kertas berwarna, Chopstik , Gunting , Pita Pelekat dan Pisau. 



Korang boleh buat carian gambar photo booth props yang macam mana korang nak buat. Gambar-gambar yang saya punya hari tu korang boleh download kat sini : 

https://docs.google.com/file/d/0B8bFKYmEWcFTX3ctZFBQbTN0Z1U/edit  ( berwarna) 
https://docs.google.com/file/d/0B8bFKYmEWcFTYVZjUGduMDR1Vnc/edit ( outline)
https://docs.google.com/file/d/0B8bFKYmEWcFTTExubWpHV2ZCNnM/edit (hitam )

 Lepas dah print tak reti-reti nak potong? hehehe. Kalau pakai kertas tebal sket lagi bagus. Boleh recycle untuk next event kalau ada .Yang saya dah selamat dikerjakan anak-anak. 


Testing kat diri sendiri dulu :p 

Kalau perasan, ada flag yang berwarna warni kat belakang meja makan tu kan. Yang tu pun saya buat sendiri. Beli wrapping paper 3-4 warna dan potong bentuk segitiga. Lekatkan pada tali dengan pita pelekat.Tapi tulisan happy birthday tu beli ajer.Tali pun beli kt situ gak.Tulisan tu RM9.90 kat Clover Craft , Seksyen 9 Shah Alam. Berhadapan dengan Restoren Zam Zam tu. FB : Clover Craft

Ini photo booth yg simple saya  siapkan.
Bolehlah amik gambar kan...

   
My Nuha dengan salah satu props yg saya buat

My Nayla pulak beraksi


Seterusnya pasal goodies bag ni. Yang ni memang jimat kos .Yang diperlukan paper bag ,pita pelekat dan tulisan untuk tampal.

Paper bag tu kalu perasan yang letak makanan tu kan. Tak silap cuma RM3 untuk 100 paperbag.Lagipun anak-anak suka jajan kan bukan paperbag.hehehe

Macam mana idea DIY photo booth props dan goodies bag ni? Boleh jimatkan kos kan?

Thursday, January 16, 2014

Buat strawberry celup coklat sendiri di rumah , tak perlu pergi Cameron Highlands

Hari tu masa birthday Nayla ingat nak buat coklat celup buah-buahan dan mashmallow tapi tak sempat pulak nak sediakan. So projek cicah coklat tu menjadi projek makan sendiri. Dah lama teringin nak pergi Cameron Highlands, entah bila wishlist satu ni nak tercapai pun tak tahu lah. Harap-harap tahun ni jadilah.Hint kat hubby ;p


Mula-mula sekali, bahan yang diperlukan adalah buah-buahan. Saya beli Strawberry ni kat Checkers RM7 untuk satu pek ni. Saya ada juga beli mashmallow,  anggur seedless dan pisang. 


Yang kedua bahan yang paling penting ni. Yang ni pulak saya kirimkan kat ofiz mate untuk belikan kat kedai bakery. Terima kasih kak Aishah. 
Milk Compound jenama Beryl's Gourment . Satu kilogram ini berharga RM14.90

Semestinya HALAL !

 Saya cuma gunakan suku dari coklat tu ajer.

Panaskan secara double boiler diatas api yang perlahan. Sebab coklat ni mudah hangus. So control api elok-elok yer. kalau takut hangus, bila agak-agak dah panas air tu tutup api jer. Kacau sampai coklat cair. Yang best tu tak perlu tambah apa-apa dah. 


Bersihkan buah-buahan dan jom kita celup dalam coklat . 

 Saya cucuk kat pisang sebelum masuk dalam freezer sebab x nak bagi coklat tu melekat. Lepas 5 minit boleh dikeluarkan dah boleh makan.


Try letak atas muffin kosong ni. Sedap pulak rasanya de:)

 Lepas coklat dah keras. Boleh lah makan. Menggiurkan tak ? lalalarikss...



Korang pernah buat strawberry celup coklat sendiri kat rumah ? 



Wednesday, January 15, 2014

Sambutan Birthday Nur Nayla Hazeeqa Yang Pertama

*Awas entry ini mengandungi banyak gambar

Terlebih dahulu , Salam Maulidur Rasul buat semua yang beragama islam. Dah berzikir ker hari ni ? #pencetusummah #jomzikir #maulidurrasul

Ok, teruskan dengan kejadian sabtu lepas. Buat sambutan birthday Nur Nayla Hazeeqa yang pertama. Buat kecil-kecilan sahaja dan minta maaf tak dapat nak jemput semua kawan-kawan. In sya Allah, kalau ada rezeki lebih nanti saya jemput yang mana tak terjemput yer untuk birthday Nuha mungkin. Harap tak der yang berkecil hati. Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan majlis. Terima kasih kepada bagi hadiah dan duit untuk my Nayla. Terima kasih buat photographer of the day. Terima kasih Kak Long dan Long  orang kuat belakang tabir :) Jom layan gambar !

 Sebelum acara potong kek harus amik gambar satu family dulu


Nayla tengah potong kek #birthdaygirl

 Dah mula seronok nak potong kek #birthdaygirl


Masak sendiri dibantu oleh Kak Long saya. Yang beli kek dan roti jala. Menu of the day - Nasi Minyak & Gulai Ayam Terengganu, Sambal belacan dan acar, sambal udang, Roti Jala  dan Kuah Durian,  Agar-agar santan.Cupcakes dan muffin sponsored by Kak Long,


Cake of the day. Chocolate cake with rainbow creamcheese
RM70 dalam 2kg +-
Untuk tempahan : Fida Bakery https://www.facebook.com/afida.ariffin.3


Contoh main dish . Menggiurkan tak ?

 #partyishere #goodiesbag #kidsonly


Lepas tu sessi amik gambar anak-anak pulak ! Siap ada photobooth lagi . Simple ajer.Idea last minute .   

Ni props photobooth untuk bergambar buat sendiri. Idea rumah sukan hari tu :)
 #photobooth #props# 

  #photobooth #props# 
Kemain nuha suka la kalau dapat bergambar kan  #photobooth #props# 
Nayla susah nak pandang kamera #photobooth #props# 
Tapi tetap comel kan  #photobooth #props# 
  #photobooth #props# 

Ayah Nayla
 Ibu & Kakak Nayla 
 Ni geng terbaru Nayla. So ada geng dah rumah ibu pengasuh dia :) Sama baya laa ni. 
Ayah geng nayla yang baru :)
 Ad and me :) 

 Nayla nak jadi photographer pulak 

 Nayla tengah buka hadiah , kemain lagi. 


Siap ternganga tu..hehehe
 Tiga dara pingitan . Atia dan Shahirah. 


Birthday girl dah penat 

Chef bagi thumbs up nasi minyak :) suami kak ila .  

 Sharina, mantan boz
anak dara kak ila 
 kawan-kawan my hubby. ada yang tak tersnap 

Anz datang solo 
 Kak Ila 
Suami sharina dan Zara 
 Anak jiran sebelah . 

Terima kasih my Kak Long yang banyak membantu dibelakang tabir :)


Terima kasih buat Azham , photographer untuk hari tersebut :)
Berminat ? Boleh berhubung terus dengan Azham
   http://azhamshaari.com/main/index.php
FB  : http://www.facebook.com/azham.shaari


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)