Wednesday, February 12, 2014

Power Bank , berbaloikah beli ?

Korang ada powerbank tak ? Bagi saya kalau jenis yang tak banyak online guna smartphones dan senang nak dapatkan sumber untuk caj bateri on the go tak perlu rasanya ada powerbank. Tapi bagi yang selalu online guna smartphones dan selalu keluar jalan-jalan, powerbank memang rasa perlu sangat. Nak-nak kalau balik kampung ke Terengganu tu . Bila tablet my Nuha habis bateri memang dia tension lah sebab bosan dalam kereta kan. Kalau saya kesian , smartphones saya lak jadi mangsa. Bagus jugak kalau ada powerbank bagi yang selalu travel jauh-jauh ni.

Tapi berbaloikah beli powerbank ? Berbaloi jika boleh caj 3-4 kali dan harga pulak murah kan. Tapi skang memang banyak orang jual powerbank online. Tapi risau jugak ada banyak kes tipu jual yang fake kan. Hari tu hubby saya beli powerbank untuk saya di Plaza Alam Sentral jenama Yoobao.Korang boleh semak powerbank korang beli tu original ke fake kat sini http://www.yoobao.com/en/Services.asp?lgy_id=193

Terima kasih sayang. Isteri suh beli kabel charger dibelinya power bank. Terima dengan tangan terbuka.Siap sorok tu tak menahan. Surprise mak sampai tak terkata. 
Ni saya punya. Kotak dah simpan. Saya just keluarkan kabel untuk charge smartphones saya jer..


My hubby beli Power Bank yang ini iaitu 11200mAh. RM140. Katanya RM160 harga asal.
Saya punya Samsung Mega kapasiti bateri dia 3200mAh. Boleh la caj 3 kali guna power bank ni. 
Mungkin kalau banyak kali caj lagi berbaloi tapi kena kira budget jugak kan.hehehe
Sumber : http://www.yoobao.com/en/product.asp?b_id=143&m_id=217&a_id=295


Ada 2 slot untuk charge sekali harung. Tak berebut dengan anak.

Ada beza slot kiri dan kanan. Tengok manual yang belah kanan untuk smartphones seperti HTC, Samsung , Blackberry, dll lah.


Yang belah kiri untuk ipad, iphone, android tablet dan sebagainya.

Banyak kabel yang dia bagi tapi handphone sejenis ja, so satu ajer guna.


Korang dah ada power bank ? Jenama apa ? Berbaloi kah ? 



Tuesday, February 11, 2014

FreezerMate Purple dari Katalog Tupperware Malaysia

Semalam kalau ada yang terbaca status Facebook saya berkenaan tupperware.  Inilah koleksi terbaru saya iaitu FreezerMate idaman hati. Koleksi tupperware terbaru saya daripada Katalog Tupperware Malaysia. Advertiser yang setiap tahun tidak jemu menyambung pengiklanan di elissmie.com. Berminat beriklan di elissmie.com ? Klik sini untuk maklumat lanjut.



Apa yang ada dalam beg tupperware ni...


Tadda...Gembira sangat :) 4 pcs Freezer mate!!!


Mungkin lepas ni kena aim yang modular mates warna sama ni pulak...hahaha

Sebenarnya dah lama berkenan dengan set ni sejak katalog untuk Krismas tu lagi. Kalau beli masa tu, set yang freezerMate diberikan percuma. Nyesal pulak tak beli masa tu. hahaha. Tapi hujung tahun hari tu anak nak masuk sekolah kan. Banyak pakai duit..So kita pendam dulu kan. Padahal masa tu dah rembat bekas bawang..Pun dari Katalog Tupperware Malaysia

Nak tengok katalog tupperware 2 Januari - 15 Febuari 2014 : klik sini


Harga asal  Freezermate tu RM147.60 tapi harga lelong di Katalog Tupperware Malaysia cuma RM90 sahaja !! Memang berbaloi kan ? 


2 pcs bernilai RM70 harga runtuh !! 1 pcs dah bagi my ma :)

Rugi korang kalau tak like Fb Katalog Tupperware Malaysia sebab selalu ada jualan lelong dan tupperware terkini sentiasa dikemaskini !  Cepat-cepat like !


Dapatkan tupperware idaman hati sekarang  !Tak perlu tunggu lagi !

 Boleh berhubung terus dengan Nini yer :)

PM or Whatsapp Ninie at 0123007313!






until 2014 

Kalau kot-kot lain kali nak beli tupperware, korang boleh saja klik banner ni kat sidebar tu..Akan merelip-relip sepanjang tahun tau ! :)


* This is sticky note advertorial entry. Sila skroll kebawah untuk entry yang terbaru  :) Advertise here?  


p/s:

Ada tak sesiapa berminat nak mengiklankan blog peribadi  atau blog bisnes  serendah RM 36 setahun disidebar ? . Tiada blog / facebook ? Boleh dapatkan khidmat write ups bernilai RM20 sahaja satu entry!!!
Terendah dipasaran. Tak dapat kat belog lain punya 
Kalau beriklan  6 bulan dan keatas, korang akan dapat satu write ups yang bernilai RM20 secara PERCUMA.
Tiada Banner? Boleh saya designkan  sekali siap animation seperti contoh kat sini atau sidebar.



Monday, February 10, 2014

Kos pos motosikal Honda EX5 Shah Alam - Kerteh SkyNet dan Cek Nuffnang ke 14

Sabtu lepas, my hubby cuti sebab nak settlekan urusan pengeposan motosikal kesayangan dia yang dah tak berapa nak boleh berkhidmat jalan jauh tu ke Terengganu. Mula-mula pergi Nationwide tapi hubby cakap tak der sorang pun kat pejabat . Lepas tu dia bawa motor ke SkyNet di Dataran Otomobil Sekyen 15. Nationwide lak seberang jalan tu jer. Kos penghantaran motosikal adalah RM210.Tapi hubby tak sure dia ikut apa harga pos tu sebab ada pelanggan sebelum tu pos ke Kemaman RM210 jugak. Punyalah mahal. 

Dulu masa pos motor ni dari Terengganu ke Shah Alam tak sampai RM200 pun tapi tu dah 6 tahun lepas kan.Yang tu guna Nationwide. Semua dah naik harga agaknya skang ni. Ingat lagi saya yang kena pergi amik dengan Ad. Kan Ad. @Nostalgianya . Masa tu tunang saya( hubby skang) masih di terengganu. Motor sampai dulu. Tuan tak sampai lagi.Tapi kecewa jugak dengan servis mereka,  side mirror patah, minyak kering dan no plate pun patah.  


Motor ini akan dibalut sebelum dihantar. Terima kasih kerana banyak berjasa kat kitorang. 
Tuan ko dah mula rindu kat ko. Jelez mak !
Nanti tuan ko nak beli motor baru, mungkin kurang sket rasa rindu tu ;p

Cermin dan no plate pun diorang akan cabut kemudian. 

Semoga selamat tiba ke Kerteh. Tempat collect yang paling dekat dengan rumah my FIL. 


Korang pernah pos motosikal ? Servis apa yang digunakan ? Berapa kosnya?

SkyNet Shah Alam
Address: 45-G Ground Floor, Blok 16,
Jalan Pahat K 15/K, Seksyen 15,
40200 Shah Alam .
Phone: +603-5524 3366
Fax: +603-55243322
Alhamdulillah. Rezeki tengah bulan ..Cek Nuffnang ke 14. Boleh la dari tak der kan :)

Friday, February 07, 2014

Kos servis aircond, perlukah servis ?

Masa beli aircond hari tu ingatkan bila kita cuci filter setiap 2 minggu tu, dah cukup lah. Punyalah menderita sejak dua menjak ni sebab tidur dalam bilik aircond tapi tetap panas even tak berselimut. hahaha. Akhirnya, hubby panggil tukang servis aircond datang untuk servis aircond kami yang dah lebih 2 tahun tak berservis ni. Bila tukang servis tu datang , dia bagitau yang aircond rumah kita perlu diservis 8 bulan sekali. Lepas ni kena buat reminder lah yer yang :) Tambahan : Lagi satu katanya kalau rumah berdekatan dengan jalan raya utama, kilang papan, memang cepat kena servis. 


Jom la tengok kerja-kerja servis aircond dijalankan di rumah saya kelmarin.

Hubby tengah jadi mandor..hehehe

Dalam proses pembersihan


Tengok kat dalam tu...Mak aihh...2 tahun tak servis. 
Tukang tu cakap kena servis sebab tak nak motor tu rosak sebab terlalu banyak habuk dalam tu. Nanti dia bekerja keras dalam tu , yang tu boleh rosak . Macam tu la ayatnya. Kalau tak faham nasib lah..hehehe

Close up sket...

Dibasuh dengan air sebelum di sembur dengan chemical. Lepas tu tak amik gambar dah sebab nak masak..hehehe

Yang ni pun sama. Tengok la bilah-bilah kipas yang berkeladak dalam tu. 

Total Burst : RM180
Blog Cahaya Kesyukuran Services : Klik sini

Barulah dapat tidur dengan lena sekali sebab aircond sejuk macam baru-baru pasang aircond dulu.

Korang pulak berapa kerap servis aircond kat rumah  ? 


Beli tupperware dan tupperware harga lelong : klik sini laju-laju
Basuh kereta hari minggu di Tip Top Services Auto Spa@ Seksyen 7, Shah Alam klik sini laju-laju

Wednesday, February 05, 2014

Nasi Padang @ Sari Ratu Restaurant, Desa Pandan , Kuala Lumpur.

Selagi sistem untuk negara ni tak siap, selagi ni lah hati tak tenteram. Nak mengadap blog pun tak kuasa mak. Hari ni gagah jugak update sebab saya sayang sponsor saya yang merelip-relip kat sidebar tu. hahaha. Dah tengah hari apa kata kita up pasal jalan jalan cari makan @ elissmie kan. Bukan jauh sangat pun. Kat KL sana ajer.Ni adalah sambutan ulangtahun untuk my Long (26.1 ) dan hubby terchenta ( 2.1) .

Kali ni nak cuba nasi padang. Authentic Nasi Padang katanya kan. Sari Ratu Restaurant. Masa sampai tu tak ramai orang sebab hari cuti kan. Saya pergi hari sabtu lepas. Kalau hari biasa memang penuh kawasan ni dan susah nak parking Long saya cakap. Kami boleh parking betul-betul depan kedai gitu kan. 

Saya memang dah pernah makan nasi padang ni sebab kat area ofiz hubby ada banyak kedai minang. Selalu la dia tapau lauk dari kedai minang. Sari Ratu ni saya memang selalu tengok kat Subang Parade tapi tak pernah pun masuk. Jom layan gambar . 


Yang Diraikan...My beloved hubby


My beloved Long

 Posing-posing sebelum makan :)


Nasi putih RM 1.80 sepinggan ( tambah RM1.50 ) 
Gulai Kikil  RM 20 Urat lembu ni )
Dendeng Batakok  RM 14 
Ikan Nila Goreng (ikan talapia ) RM20
Sambal Hijau RM3.50
Sayur RM 4.00
Air Teh Ais/Nescafe Ais RM4
Air Teh O Ais RM 3.50
Air Mineral RM2
 Ice Teler RM8

Total Burst : RM 111.50 termasuk service charge 5% dan gov tax 6%


Ni hah ikan talapia dia. Digoreng rangup. Penyedap dia sambal kicap kat tepi tu. 


 Ni lah rupa Ice teler tu. macam abc tapi yang ni siap ada kelapa,nangka, avokado dan sago. 

 Dah kenyang !! :)

Pandangan saya biasa-biasa sahaja rasanya seperti kedai-kedai minang biasa. Cuma tempat ni nampak eksklusif. Artis dan selebriti selalu datang Long saya cakap. Masa saya tengah makan Boy Iman masuk. Tapi buat tak tahu ajer..hehehe. Sekali sekala boleh lah menjamu disini sebab bagi saya agak mahal.  

 Ni tempat ambil lauk. Kena pergi pilih sendiri nak lauk apa. 

Ni ruang makan bahagian dalam ( Berhawa dingin ) Kat luar restoren pun ada jugak tempat makan . 




Korang pernah ke cuba makan nasi padang ni ? 




Sari Ratu Restaurant
No 26-28, Jalan 4/76C,Desa Pandan,
55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-9285 8811


Thursday, January 30, 2014

Cuba menu baru pizza, Golden Fortune @ Pizza Hut, Seksyen 7, Shah Alam

Ini kejadian tengah hari semalam. Majlis makan-makan sempena farewell Puan Isdayanti yang akan berpindah ke pangkuan suami terchenta , kampus Jasin, Melaka. Selamat berkhidmat dengan cemerlang di tempat baru Is ! Sebelum makan kita posing-posing dulu . Makanan pun nak posing jugak tau ! Lepas tu kita baca doa makan yer..hehehe . Ini kira JJCM @ elissmie.com sekali lah yer. 

Is diapit oleh saya dan Ad. Is ni orang kampung Ad :) First time berkenalan kat Kg Gajah dulu kan Is. Rupanya kita 3 orang mengenali orang yang sama...kecik betul dunia ni . Kejap jer kenal ko kan. Dah nak kena pindah balik Melaka. Nanti sampai Melaka, aku carik ko yer :)

 Tak cukup korum lagi yang join  farewell ni...

Macam janji-janji pulak kaler baju korang yer..


Wajah empunya belog pun nak menyelit ;p Geng baju uniform :p

Sementara tunggu bil  pun sempat lagi posing 

Semalam, pizza paling last sampai. Padahal meja belakang semua dah licin makan. Hangen jugak satu badan. Asyik terkena ajer dengan pizza hut Seksyen 7 ni. Tapi situ jugak pergi sebab paling dekat nak balik ofiz kan. Sudahnya lepas kul 2 jugak abes makan. Kami order set Golden Fortune 2 dua set untuk 8 orang makan. RM 57.90 satu set. Total burst : RM 150++

Inilah pizza yang dinantikan. Golden Fortune. Sedap makan panas-panas. Sejuk dah kurang sedap.Cheese cepat muak kan. Memang tak boleh lawan dengan my all time favourite - Super Supreme, i love you :p
Yang ni pizza dengan fake crab bak kata Dayana ;p

Ala Carte Golden Fortune Pizza  RM28.90 Regular, RM37.90 Large 

 
Fortune Fizz . Kalau Ala Carte RM5.20 


Fortune Platter. Ala Carte RM 13.90 . Yang fishball tu sedap pulak. Siap ada suun dalam dia. Yang macam quiche tu apa ntah namanya pun sedap jugak. Garlic bread boleh cicah sup.  


 Add on soup of the day  RM2.80 semangkuk 


Korang dah cuba ker pizza Golden Fortune Pizza Hut ni ? 

p/s:

Korang bercuti ke mana  weekend ni ? Selamat bercuti !!

Wednesday, January 29, 2014

Masih boleh tebus rebate Touch N Go & tempat baiki Smart Tag rosak

 Hari tu ada ura-ura cakap dah tak boleh tebus rebate Touch N Go kan. Tapi program tu masih diteruskan hingga tak tahu bila. Diorang cakap akan umumkan kalau dah stop. So sementara boleh tebus ni, baiklah cepat-cepat tebus yer. Nak semak rebate, korang boleh check kat sini https://privilege.touchngo.com.my/ Beberapa hari lepas my hubby tebus rebate tu. Nah sekali tebus dapat RM90 lebih.

Tapi hairan kenapa masih ramai yang menggunakan lane tunai ? Bila dah pakai smart tag ni, lane touch n go pun saya rasa kenapa la tak beli smart tag kan. Jimat sket masa.Dah la banyak lane untuk smart tag kecuali di Tol Bukit Raja tu. Bila ntah nak tambah banyak sket smart tag lane.  Saya beli masa promosi dulu. CNY tak der ker promosi smart tag murah ? 

Resit top up touch n go hari tu.

Sebab berlagak sangat, hamik . Smart tag saya dah rosak. Hari tu hubby tanya kat kiosk petronas, diorang boleh terima smart tag rosak tapi nak dapat balik lepas repair tu makan masa. Diorang suh terus pergi Bangsar South, tapi hubby tak tanya pulak details tempat nak kena repair tu. Diorang cakap kalau pergi hantar terus kat situ diorang akan bagi unit pinjaman smart tag. Bawah ni hasil carian di google tapi semua feedback yang ada mengecewakan cakap lama nak dapat balik smart tag yang dibaiki dan tiada cakap pasal unit gantian. 


Touch 'n Go Hub Bangsar South The Sphere, Bangsar South
 Operating Hours
Monday – Friday : 8:30am to 5:00pm
Saturday : 8:30am to 1:00pm
Sunday & Public Holiday : Closed


Ada sesiapa pernah pergi hantar repair smart tag tak ? Lama ker servisnya ? Dapat unit pinjaman smart tag tak?




Tetiba teringin nak masak nasi minyak lagi. Ni nasi minyak ulangan hubby request lepas birthday Nayla hari tu. Tapi hari tu terlembik pulak nasi dia. Tapi masih sedap kan sayang..hehehe

Nanti saya kongsikan resepi nasi minyak style saya dan gulai ayam rempah terengganu ibu saya kat sini ok !!

Monday, January 27, 2014

Suntikan Imunisasi 1 Tahun dan Kos Imunisasi 1 Tahun @ Klinik Ajwa, Seksyen 7

Fuh..fuh..Tiup sawang belog. Seminggu tak sempat jenguk belog. Hari ni nekad jugak nak update sket even banyak lagi kerja tak siap ni. Citer pasal suntikan imunisasi my Nayla untuk 1 tahun.Sebelum cucuk doktor tanya samada anak kita ada alahan apa-apa dan menerangkan suntikan ini untuk apa. Suntikan MMR ni untuk menghalang penyakit Measels (Campak), Mumps (Beguk)  dan Rubella.Macam biasa, kali ni pun pergi Klinik Ajwa, Seksyen 7 Shah Alam untuk ambil suntikan. Nasib baik hari tu tak ramai orang.

Mula- mula ok lagi ceria . Tak tahu nak kena cucuk katakan.Terima kasih Ibu Ana bagi baju ni.

Masa timbang pun ok lagi. 

Berat terkini. 7.85 KG. Doktor kata kalau ikut berat badan dia kurang tapi since dia makan ok , kira tak aper lah.

Chewah..Santai nampak dik duk atas bed. 

 Masa ni control lagi.
 Lepas tu baru bermula drama


 Kos yang dikenakan. Tapi tak perlu bayar sebab ini klinik panel UiTM.

Lepas dah cucuk ok jer . Air mata pun tak der. Jerit jer lebih tadi.

Balik rumah sambung main macam biasa. Alhamdulillah tak demam. Progress terkini dah boleh melangkah satu langkah dan berdiri sendiri tanpa bantuan. Cepat sket jalan yer dik ! Ummi belikan kasut baru yer ! Gigi pun dah tumbuh lagi 2 batang jadi 4 batang.

Korang vaksinkan anak ?  Terpulang kepada hak individu.Anak amanah Allah, pandai-pandai lah korang menilai baik dan buruk dan terbaik untuk anak-anak korang yer.Tapi pandangan saya , saya vaksinkan anak-anak saya.

Bawah ni pandangan doktor-doktor untuk rujukan :-
Walaupun dalam negara kita kebanyakan anak-anak kita telah disuntik vaksin ( 95% ) dikatakan bahawa hampir mustahil anak-anak kita dijangkiti virus ini, tetapi penyebaran semula penyakit-penyakit ini di Malaysia telah mula berlaku akibat kebanjiran pendatang asing yang membawa penyakit-penyakit tanpa disedari oleh sesiapa. Mereka ini boleh sahaja menjangkitkan anak kita yang tidak dilindungi oleh vaksin - Selamatkah vaksin untuk bayi kita ? - Dr Zubaidi
I strongly feel that we need to have these issues tackled at national level and it is the responsibility of the Ministry of Health to allay parental concerns regarding vaccination. The community needs to be educated and myths and misconceptions regarding vaccination should not be allowed to spread, or we would to have to suffer the consequences in the future http://barelysupermommy.com/2013/07/11/vaccinations/
Tahukah anda, sebelum vaksin MMR diperkenalkan, terdapat lebih 2 juta kematian setiap tahun kerana demam campak? http://doktorbudak.com/2013/09/15/adakah-vaksin-mmr-selamat/

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)