Wednesday, May 07, 2014

Dating breakfast @ Restoren Soto Shah Alam, Seksyen 8

Dah petang baru nak update pasal dating breakfast pagi tadi dengan my hubby terchenta. Kali pertama dating tahun ni rasanya kan sayang. Kali ni JJCM @ elissmie breakfast kat Seksyen 8. Sebelum ni memang pernah datang juga makan kat sini beberapa kali . Kat kedai ni memang banyak pilihan makan pagi dan tengah hari.

Kitorang breakfast Nasi Dagang hari ni. Rasa boleh la terima . 3 / 5 bintang . 
Nasi dagang RM 5 - 5.50 

Hubby pun dah pandai amik gambar makanan :p Maklumlah ada geng whatsapp dah skang..hihihi

Tepung pelita. Siap tapau nasi tengah hari iaitu Nasi Kerabu dan Ayam Percik . RM7


Ni gambar selfie semalam..kekeke. Nak jugak letak gambar empunya blog. 



Ni gambar cilok kat foursquare. Bersusun gitu lauk nya.. Ni time tengah hari.Bersusun lauk sampai rambang mata. Tak silap Kak Ema mula-mula bawak kami makan kat sini. 

Ruang makan...Dah banyak beza dari dulu...



Dari Depan kedai . Itu bukan Cinta Bersulam Rinduku ..Cantik pulak kan warna merah. Hubby cakap kalau nak cat merah boleh, nanti 2nd car nak warna putih jugak..Adoiiiyaii...


Korang pernah makan kat Restoren Soto Shah Alam ni ?

p/s:




Restoren Soto Shah Alam, 
No. 12, Jalan Liku B 8/B, Seksyen 8,
 40000, Shah Alam, Selangor
03-5512 3489

Monday, May 05, 2014

Dapat Percuma Charm Pandora

Sekarang musim orang gilakan charm pandora kan ? Saya pun minat jugak tapi untuk pelaburan jangka panjang, terpaksa la tahan nafsu. Korang dengar jer perkataan PERCUMA mesti laju klik kan. Dah namanya percuma kan siapa yang tak nak kan.Tapi ni bukan charm Pandora yang sebenarnya. Jangan marah nanti kena jual . Charm yang dapat percuma kalau beli pad Libresse. Lama dah promosi ni. Tak tahu lah ada lagi tak promosi ni. 




Model Libresse belengas baru sudah main. 
My Nayla , 3 hari lagi nak masuk 1 tahun 4 bulan. 


Ni hah charm nya..


Sebab tak der bracelet pandora kan , letak la dulu kat gelang emas yang ada ni..hehehe

Ada juga bracelet untuk pembelian pek berkembar tu. Yang saya beli dapat charm ni yang ada 16 pcs kat dalam pek tu. 


Rupanya boleh juga berangan angan kat website pandora untuk design bracelet dengan charm yang kita suka... Korang pergi kat link kat bawah ni kalau nak cuba yer ...hihihi . Berangan tak kena bayar...




Part yang paling best, boleh hantar hint kat suami korang atau pakwe ker untuk belikan bracelet atau charm yang korang suka ..hahaha


Korang dah ada gelang pandora ? 




Friday, May 02, 2014

Tudung Labuh Online Murah Fesyen Terkini Untuk Muslimah Moden

Assalamualaikum . Inginkan fesyen tudung terkini dan yang patuh syariah ? Jemputlah berkunjung ke blog Tudung Labuh Online . Kami adalah pengedar sah untuk tudung labuh muslimah bagi pengeluar tudung jenama Nur dan Modern Hijab Exclusive.

Tudung Nur dan Pelbagai Fesyen Tudung Labuh Terkini keluarannya.

Insyallah, semua produk keluaran tudung nur patuh syariah dan berkualiti tinggi. Tudung bidang 60 dan aneka saiz menurut citarasa anda ada terdapat disini. Antara koleksi tudung labuh keluarannya ialah : - 


1. TUDUNG DAISI


fesyen tudung terkini muslimah

Tudung Labuh Daisi diperbuat daripada kain koshibo, nama dah macam nama jepun kan. Kenapa bagus sangat kain Koshibo ni? Mesti ada dari kita rasa yang memakai tudung labuh ini tidak selesa bukan? Disinilah pentingnya pemilihan kain untuk pembuatan tudung. Bahan yang betul akan membantu wanita muslimah mentup aurat dengan sempurna.


tudung labuh online
Terdapat lebih daripada 35 pilihan warna untuk anda.

Dan pada masa yang sama kelihatan anggun, sopan dan selesa. Kelebihan kain koshibo adalah:

1. Selesa untuk pemakainya
2. Tekstur yang lembut
3. Semestinya Sejuk dan tidak merimaskan
4. Tidak berbulu apabila dibasuh mesin/handwash
5. Bahan yang ideal untuk tudung
6. Warna kain koshibo tidak luntur dan kelihatan lusuh walau dibasuh berkali-kali

Sememangnya pilihan muslimah sebagai gaya tudung raya 2014


2. TUDUNG FRANCE SATIN

fesyen tudung labuh terkini

Tudung Pengantin France Satin sering menjadi pilihan pengantin muslimah yang ingin kelihatan jelita di hari bahagia. Tampil anggun dan sopan di mata suami semasa majlis walimatul urus.


selendang tudung pengantin labuh muslimah
Rekaan tudung ini sangat cantik dan semestinya menutup aurat

Tudung satin ini selesa di pakai dan didatangkan dengan 16 warna untuk digandingkan bersama busana muslimah.Pasti menjadi kenangan yang terindah buat pasangan suami isteri


Selendang pengantin labuh muslimah
Fesyen Selendang pengantin pelbagai corak dan warna 

Selain pilihan tudung, kami juga mempunyai koleksi tudung dan selendang pengantin muslimah.

Cik puan boleh klik link di atas untuk selendang pengantin labuh yang cantik untuk digunakan semasa hari bahagia.

3. TUDUNG SEKOLAH 

tudung sekolah online nur

Tudung sekolah juga ada disediakan untuk kegunaan pelajar. Kain tudung dari jenis tissue.


tudung sekolah labuh

Tekstur kain yang lembut dan selesa. Pilihan warna disediakan untuk kegunaan yang berbeza (Persatuan dan kelab di sekolah)

4. TUDUNG AZILEA



tudung labuh azilea cantik

Tudung Azilea memberikan sahabat sahabat semua 44 warna pilihan untuk tudung tanpa corak (plain).


  tudung azilea ungu labuh berdagu

Dengan kain peach chiffon sebagai bahan tudung, anda semua pasti terpukau dengan sentuhan kelembutan kain tundung Azilea.

Menutup aurat dengan sempurna, tidak jarang, rasa nyaman dan segar kepada pemakainya.

5. TUDUNG ZUHAIRAH

beli tudung zuhairah butik online


Tudung Muslimah Zuhairah dengan motif bunga bungaan kecil sebagai hiasan.

Zuhairah bermaksud bunga-bungaan kecil dan dihiasi taburan batu-batu jernih kecil membuat tudung ini lebih berseri...


tudung labuh zuhairah berdagu
Corak corak dan warna yang pelbagai pada tudung zuhairah
Ciri Ciri Menarik Tudung Zuhairah :
1. Warna Plain - Nampak ringkas dan sopan
2. Berkualiti - Dengan harga berpatutan
3. Tidak Jarang - Mentup aurat dengan sempurna
4. Tahan Lasak - Tidak mudah koyak
5. Sejuk - Memberi keselesaan kepada muslimah
6. Senang Dibentuk - Menjimatkan masa pemakaian
7. Mesra Cucian Mesin - Ibu dan suri rumah bekerjaya pasti menyukainya
8. Kasual & Santai - Sesuai untuk pelbagai kegunaan

tudung zuhairah awning
Tudung zuhairah awning didatangkan dengan 16 warna dan 4 pilihan corak bunga sulam

Berita baik untuk cik puan semua, rekaan tudung zuhairah awning juga terdapat untuk memudahkan anda mengenakan tudung dengan kemas dan pantas.

6. TUDUNG HANAN

jual tudung hanan online terkini

Tudung Bidang 60 Hanan mempunyai 14 pilihan warna untuk kesesuaian anda.


tudung bidang 60 hanan

Diperbuat daripada kain wool peach dan tudung hanan didatangkan dalam bentuk tudung empat segi, selendang bundar dan bulat.

7. TUDUNG JAUHARI


tudung muslimah jauhari moden

Tudung Labuh Jauhari untuk wanita muslimah yang versatil. Tudung ini mempunyai 2 corak dan memberikan lebih banyak pilihan kepada pemakainya.Dapat dipadankan dengan lebih banyak pakaian muslimah. Sangat sesuai untuk muslimah bekerjaya.


tudung labuh jauhari raya

Menjimatkan masa dan wang ringgit, tidak perlu membelanjakan wang untuk tudung yang banyak.

Tudung Jauhari menggunakan kain kapas (cotton) yang sejuk, mudah dibentuk dan memberi keselesaan untuk dipakai.

8. TUDUNG MAWAR

tudung mawar butik online


Tudung Labuh Mawar diperbuat dari kain New Wool Peach. Buat sementara ini mempunyai 2 pilihan warna sahaja iaitu putih dan hitam.


tudung labuh mawar online


Ciri ciri tudung mawar
1. Warna Plain
2. Sejuk
3. Senang dibentuk.


9. TUDUNG OMBRE


kedai tudung ombre labuh muslimah

Tudung Ombre diperbuat dari kain Gauze dengan ciri ciri berikut
1. Sejuk
2. Ringan
3. Ada Tekstur
4. Tidak Licin
5. Mudah dibentuk


tudung labuh ombre merah

Rekaan fesyen tudung ombre memaparkan perubahan tona warna yang menyegarkan mata. Pada masa yang sama memberikan banyak kemungkinan kepada anda untuk memadankan dengan mana mana fesyen pakaian muslimah yang bersesuaian dan tema majlis.

10. TUDUNG HELWA


tudung helwa labuh


Tudung Labuh Helwa adalah tudung labuh muslimah kegemaran ramai. Buktinya, tudung ini mendapat permintaan yang sangat menggalakkan.Alhamdulillah kali ini, ada LAPAN warna BARU menjadikannya 15 warna kesemuanya untuk pilihan sahabat semua. 15 warna ini terdiri daripada tudung labuh berwarna terang,  lembut, dan warna gelap untuk pilihan pelanggan. 


tudung helwa berdagu labuh terkini


Ciri Tudung labuh Helwa yang paling dominan ialah warna tudung ini mempunyai Dwi- rona warna . Jenis kain digunakan pula daripada jenis Peach Chiffon/ sama jenis dengan kain Azilea.


11. TUDUNG DELIMA


tudung delima labuh online

Tudung Bulat Delima menggunakan bahan kain Coast White dan mempunyai banyak pilihan warna.


tudung delima fesyen muslimah terkini


Itulah dia antara fesyen tudung terkini keluaran pengeluar tudung labuh terkenal Tudung Nur.

12. TUDUNG KAKTUS

Selain itu, stok tudung kaktus juga ada disediakan. Boleh klik untuk maklumat tudung muslimah tersebut.

13. TUDUNG SAFFRON


tudung saffron labuh online terkini jubah muslimah

jubah muslimah online
Tudung Raya Terkini 2014Koleksi Tudung Saffron Yang Kemas Selesa Dan Patuh Syariah

Dengan ketibaan hari raya aidil fitri tahun ini, koleksi tudung raya 2014 yang memenuhi citarasa semua orang pasti menambahkan lagi suasana hari kemenangan umat islam berpuasa sebulan di bulan ramadhan.

Mazni pasti sahabat semua ingin menutup aurat dengan tudung yang sopan selesa dengan fesyen terkini Tudung Saffron .Insyaallah, inilah tudung labuh online shop yang memenuhi kehendak saudari semua.

p/s: 

* This is sticky note advertorial entry. Sila skroll kebawah untuk entry yang terbaru  :) Advertise here? 
p/s:

Ada tak sesiapa berminat nak mengiklankan blog peribadi  atau blog bisnes serendah RM50 setahun disidebar ? Terendah dipasaran. Tak dapat kat belog lain punya . 
Kalau beriklan  6 bulan dan keatas, korang akan dapat satu write ups yang bernilai RM100 secara PERCUMA.
Tiada Banner? Boleh saya designkan  sekali siap animation seperti contoh kat sini atau sidebar.

Friday, April 25, 2014

Tips beli Power Bank dan Power Bank Murah

Dua hari lepas tak dapat bersiaran sebab berada di luar kawasan ofiz yang tidak mempunyai kemudahan wifi.Mobile data handphone saya memang tak jalan. Simkad ni problem. Bila ntah nak pergi Celcom Service Centre.Start hari Isnin hari tu ada jualan kat bawah ofiz tu. 3 P bak kata Niza, the kancilbiru bila nak update blog. Pesta Perabis Pitis .

Kat situ ada orang jual Power Bank. Tengok-tengok ada Power Bank RM10. Jenama Power Bank 2600 mAh. Boleh la nak letak dalam beg kan. Bila guna memang hampeh jer. 20% ajer baterinya. Tak tahu lah macam mana dia kira. Sebab RM 10 tu kira redha jer la. Boleh la backup sebelum balik rumah kalau kat luar kan.  

Macam-macam pilihan warna yang menarik ada. 


Kat Lazada pun ada jual. RM15 kalau nak beli . 

Ini saya punya. Hitam itu menawan gitu :p

Bila google ini jawapan soalan saya kat atas tu.

A 12000mAh REAL CAPACITY power bank, able to charge a 1500mAh capacity phone for 8 times full?
This is a common mistake make by most of the people. For rough calculation of the total charge time, kindly use this formula
REAL CAPACITY * conversion rate * phone battery health / phone capacity = total charge times
EXAMPLE: 12000 x 0.8 x 0.8 / 1500 = 5.12 charge times (0.5-1 times plus minus)

Boleh baca selanjutnya : https://www.facebook.com/notes/stylefree-asia/dont-buy-power-bank-before-you-read-this/168991523289769

Hari tu dia ada tunjuk jenis Power Bank yang baru yang lebih ringan menggunakan bateri Lithium-Polymer macam handphone kita. Yang biasa sekarang bateri jenis Li-Ion . Memang meruntun jiwa jugak nak beli tu. Semalam dah gaji kan..hehehe . Dah la ringan kan dan size pun tak besar sangat. Nipis lak tu. 




Macam ni lah lebih kurang . Nipis dan ringan.  Ni kat Lazada. 

Korang dah ada power bank jenis Lithium Polymer ?


Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]  

Tuesday, April 22, 2014

Fridge Magnet dari Turkey , Terengganu dan Koleksi Pelapik Gelas

Hari ni entry Koleksi Fridge Magnet yang saya dapat hari tu. Yang dari Turkey dapat dari kazen saya yang pergi melancong free ke Turkey hari tu. Syoknya dapat melancong free. Agak-agak kalau kerja kerajaan dapat tak melancong oversea free kalau dapat Anugerah Pekerja Cemerlang ? Apa pun tak boleh..hehehe

Instanbul aku datang :p

Istanbul is the largest city in Turkey, constituting the country's economic, cultural, and historical heart. Wikipedia

Ni pulak dari my Hubby. Muzium Terengganu. Belum pernah masuk lagi...kelakar sungguh nak mengaku orang terengganu. 

Muzium Negeri Terengganu yang ditubuhkan pada tahun 1976 ini merupakan muzium yang terbesar di Asia Tenggara. 
 Hari ni saya nak perkenalkan koleksi saya yang seterusnya iaitu Koleksi Pelapik Gelas atau Coasters.Ada lagi koleksi lain seperti tisu dan penyangkut tombol pintu hotel tu saya buat koleksi. 

Ni koleksi yang ada yang saya simpan kat ofiz. Yang lama-lama dulu kat mana ntah simpan. Biasa saya rembat kat hotel , event dan restoren.  Termasuk dalam servis charge ni kan ? hehehe

Ni yang terbaru saya dapat dari my Nuha . Comel kan ? 

Pelapik gelas buatan sendiri. Ceria sangat muka dia bila saya cakap saya buat lapik gelas kat ofiz. Malam tadi dia buatkan lagi satu dan letak dalam beg saya. Sweet sangat anak dara saya :)


Korang ada koleksi pelapik gelas ? 
#koleksipelapikgelas

p/s: 




Monday, April 21, 2014

Macam mana nak dapatkan salinan MC @ DEMC

MC pertama 2014 boleh pulak hilang yang asal. Yang ada cuma gambar hari tu la. HR tak terima kalau bukan MC original dan suruh dapatkan salinan dari DEMC. Terpaksa lah pergi DEMC untuk dapatkan salinan MC yang asal tu.Nak amik salinan MC kena pergi Bahagian Rekod. Naik Lif , pergi ke Level B2. Kat situ ada Bahagian Rekod. Waktu operasi ( Isnin - Jumaat 9.00 pagi - 5.30 petang ) Sabtu sampai 12.00 Tengah hari. Sebelum tu pergi hari selasa lewat 10 minit staf dah balik. Ni pergi balik hari Jumaat lepas. 


Nanti staf Bahagian Rekod bagi satu borang untuk kita buat pembayaran kat kaunter Pembayaran kat dalam farmasi tu.

Dah settle bayaran kat sini, turun balik ke Bahagian Rekod untuk dapatkan salinan MC. 
RM 5 dikenakan untuk salinan MC yang hilang. RM5 untuk sebuah kecuaian.

Bil untuk salinan MC. Tunjuk kat staf Bahagian Rekod. 

Inilah salinan MC yang diperolehi . 
Moral of the story :  Lepas ni kena beringat untuk simpan MC elok-elok bila dah dapat tu. 

Korang pernah dapat MC untuk tahun 2014 ? #bukanMCbeli #MChilang

p/s:


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)