Wednesday, January 15, 2014

Sambutan Birthday Nur Nayla Hazeeqa Yang Pertama

*Awas entry ini mengandungi banyak gambar

Terlebih dahulu , Salam Maulidur Rasul buat semua yang beragama islam. Dah berzikir ker hari ni ? #pencetusummah #jomzikir #maulidurrasul

Ok, teruskan dengan kejadian sabtu lepas. Buat sambutan birthday Nur Nayla Hazeeqa yang pertama. Buat kecil-kecilan sahaja dan minta maaf tak dapat nak jemput semua kawan-kawan. In sya Allah, kalau ada rezeki lebih nanti saya jemput yang mana tak terjemput yer untuk birthday Nuha mungkin. Harap tak der yang berkecil hati. Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan majlis. Terima kasih kepada bagi hadiah dan duit untuk my Nayla. Terima kasih buat photographer of the day. Terima kasih Kak Long dan Long  orang kuat belakang tabir :) Jom layan gambar !

 Sebelum acara potong kek harus amik gambar satu family dulu


Nayla tengah potong kek #birthdaygirl

 Dah mula seronok nak potong kek #birthdaygirl


Masak sendiri dibantu oleh Kak Long saya. Yang beli kek dan roti jala. Menu of the day - Nasi Minyak & Gulai Ayam Terengganu, Sambal belacan dan acar, sambal udang, Roti Jala  dan Kuah Durian,  Agar-agar santan.Cupcakes dan muffin sponsored by Kak Long,


Cake of the day. Chocolate cake with rainbow creamcheese
RM70 dalam 2kg +-
Untuk tempahan : Fida Bakery https://www.facebook.com/afida.ariffin.3


Contoh main dish . Menggiurkan tak ?

 #partyishere #goodiesbag #kidsonly


Lepas tu sessi amik gambar anak-anak pulak ! Siap ada photobooth lagi . Simple ajer.Idea last minute .   

Ni props photobooth untuk bergambar buat sendiri. Idea rumah sukan hari tu :)
 #photobooth #props# 

  #photobooth #props# 
Kemain nuha suka la kalau dapat bergambar kan  #photobooth #props# 
Nayla susah nak pandang kamera #photobooth #props# 
Tapi tetap comel kan  #photobooth #props# 
  #photobooth #props# 

Ayah Nayla
 Ibu & Kakak Nayla 
 Ni geng terbaru Nayla. So ada geng dah rumah ibu pengasuh dia :) Sama baya laa ni. 
Ayah geng nayla yang baru :)
 Ad and me :) 

 Nayla nak jadi photographer pulak 

 Nayla tengah buka hadiah , kemain lagi. 


Siap ternganga tu..hehehe
 Tiga dara pingitan . Atia dan Shahirah. 


Birthday girl dah penat 

Chef bagi thumbs up nasi minyak :) suami kak ila .  

 Sharina, mantan boz
anak dara kak ila 
 kawan-kawan my hubby. ada yang tak tersnap 

Anz datang solo 
 Kak Ila 
Suami sharina dan Zara 
 Anak jiran sebelah . 

Terima kasih my Kak Long yang banyak membantu dibelakang tabir :)


Terima kasih buat Azham , photographer untuk hari tersebut :)
Berminat ? Boleh berhubung terus dengan Azham
   http://azhamshaari.com/main/index.php
FB  : http://www.facebook.com/azham.shaari


Monday, January 13, 2014

Homestay Banglo @ Kemaman, Terengganu , Nurbayu Guest House

Korang ada bercadang untuk percutian keluarga di Kemaman Terengganu tapi ingin merasai sedikit kelainan ? Jika inginkan pengalaman bercuti di banglo homestay dalam ciri kemodenan dan suasana yang bersih dan damai , boleh lah merasai pengalaman ini di Nurbayu Guest House yang terletak di Kampung Gong Limau Kemaman iaitu lebih kurang 5 minit perjalanan dari Bandar Cukai. 



Berikut adalah serba sedikit makumat berkenaan dengan  Homestay Nurbayu ini.Homestay banglo setingkat ini mempunyai 2 wing untuk disewa. Terdapat kawasan lapang yang boleh digunakan untuk aktiviti keluarga seperti sukaneka atau BBQ. 

Alamat Homestay Banglo :

Nurbayu Guest House
2551 Lorong Limau Nipis, Kg Gong Limau, 24000 Kemaman , Terengganu.

1) Wing A

Kemudahan yang disediakan :

  • 1 ruang tamu besar dan 1 ruang tamu sederhana
  • 3  bilik tidur  dan 2 buah tandas
  • Dapur dilengkapi peti sejuk, meja makan dan multipurpose cooker ( tong gas tidak disediakan)
  • TV dilengkapi Astro disediakan
  • Kadar : RM350/sehari

2) Wing B

Kemudahan yang disediakan :
  • 1 ruang tamu 
  • 4 bilik tidur  dan 2 buah tandas
  • Dapur dilengkapi peti sejuk, meja makan dan multipurpose cooker ( tong gas tidak disediakan)
  • TV dilengkapi Astro disediakan
  • Kadar : RM350/sehari

Bahagian depan 


Bahagian tepi 


Bahagian laman tepi

Bilik tidur


Bilik tidur

Kemudahan asas di bilik tidur

 
Ruang tamu


 Tandas

 Ruang dapur

 Kawasan lapang 



Kenapa perlu menyewa di Homestay Banglo ini ? 
  • Kedudukan yang sangat strategik
  • Berdekatan dgn Bandar Cukai (5minit sahaja)
  • Berdekatan kedai makan dan kedai runcit
  • Berdekatan dengan kemudahan asas ( bank, hospital dan pasaraya ) 
  • Di dalam kawasan kampung yang aman dan tenang
  • Sesuai untuk percutian keluarga yg besar dan  ramai dengan kos yang berpatutan
Homestay ini bukan sahaja boleh di sewa untuk percutian keluarga malam boleh di sewa untuk majlis perkahwinan atau sebagai rumah persinggahan bagi yang datang dari luar Kemaman yang berkahwin dengan orang Kemaman untuk majlis perkahwinan.

Pakej Perkahwinan 
  • 3 Hari 2 Malam - RM2900.00
  • Khemah Jamuan disediakan
  • Kemudahan Lobi untuk pelamin ( pelamin tidak termasuk didalam pakej)
  • Ruang untuk makan beradab
  • Kami juga ada menyediakan khidmat jurugambar dengan photobook ( tidak termasuk didalam pakej )
Tempat-tempat yang menarik di Kemaman untuk dilawati 
  • Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman
  • Pantai Teluk Mak Nik @ D'Monica Bay
  • Pusat jualan keropok, satar dan otak-otak serta hasil laut di Geliga Kemaman
  • Kedai Kopi Hai Peng
  • Pantai Kemasik
  • Pantai Telaga Simpul
  • Hutan Lipur Air Menderu
  • Pantai Penunjuk
  • Kelip Kelip Sg Yak Yah

Untuk tempahan boleh hubungi :-

* Deposit RM100 untuk pengesahan tempahan (Akaun bank dimaklumkan melalui telefon).
* Baki bayaran boleh dibuat semasa daftar masuk.
Mimi - 0179243422 ( WhatsApp / SMS / Telefon) 

Thursday, January 09, 2014

Yazid Supersized Burger @ Seksyen 7, Shah Alam

Hari ni JJCM @ elissmie.com bawa makan burger. Nak tak ? Ada ker orang suka makan burger kat sini ? Tapi tak elok sangat kalau makan selalu kan. Sekali sekala boleh la. Kali ini lokasi JJCM adalah di Yazid Burger @ Seksyen 7 Shah Alam. Dalam food court Seksyen 7 betul-betul belakang .Sama tempat lah dengan D'Arab Cafe yang menyajikan pelbagai pilihan nasi Arab tu. 
 Harga untuk saiz 1kg - RM40 Harga untuk saiz 500g - RM20 Harga untuk saiz 250g - RM10 .Tengok depan cashier tu ada contoh saiz burger. So pilihlah yang mana berkenan dan larat nak habiskan.  So kami pilih yang 500g untuk kongsi bertiga. Total burst RM20.
 Kami tapau jer. So sementara menunggu burger siap amik gambar dulu. Tuan belog harus enterframe kan. 
 Ni lah burger dari pandangan atas. Siap dibungkus dalam kotak kek lagi. 
Yang ni basic jer la. Tak tambah apa-apa. Tapi dah cukup rasa dah. Patty dia pun berjus ajer. Lepas ni boleh la cuba lagi. Hubby boleh habiskan separuh. My Nuha suku jer. Yang selebihnya saya makan. Kalau lapar tahap kebulur mau habis satu biji ni.hehehe 


Korang dah pernah makan Yazid Supersized Burger ni ? 



Wednesday, January 08, 2014

Happy 1st Birthday Nur Nayla Hazeeqa, pengalaman caesarean kali kedua


Hari ni tahun lepas sedang pening-pening di ofiz akibat tekanan darah yang meningkat yang sudah kekal darah tinggi hari ini. Lahirnya puteri kedua secara c-sect untuk kesekian kalinya jam 1019 pm.. Happy Birthday anje Ummi ,adik cendawan, koala bear Ummi, Nur Nayla Hazeeqa Yang Pertama. Semoga jadi anak yang solehah yang boleh menjamin kami ke syurgaMu Ya Allah.. Ummi, kakak dan Abah sayang adik ketat2 :* - Status FBku pagi ni

Tak sangka. Rasa macam baru semalam tulis kat blog pasal Pengalaman Casesarean kali kedua [ boleh baca balik kat sini ] . Rupa-rupanya dah setahun ianya berlaku. Cepat betul masa berlalu kan ? Budak yang panjang 49CM tu skang dah besar. 

Nur Nayla Hazeeqa. Dari halus mulus sekarang dah berisi sket. Tapi masih maintain duduk dalam newborn carseat. Dulu mandi dalam bekas tupperware, sekarang mandi kat sinki. Dah pandai hulur pipi bila sebut sayang. Dah pandai berebut barang dengan kakak. Dah pandai buat muka bila sebut busuk atau geram.Dah pandai merajuk. Tapi masih meraung lagi bila Ummi nak buat kerja. Koala bear Ummi ni. Adik jangan cepat sangat besar.Nanti Ummi rindu baby lagi terpaksa bagi adik kat Nayla pulak.hehehe. 

 Buat busuk . Ni lah rambut cendawan. Rambut baru bangun tidur..hehehe

 Buat geram


Pandai main masak-masak

Pandai merajuk
 Newborn carseat still muat
#benihbenihcintasaya

Happy 1st Birthday Nur Nayla Hazeeqa ! #partyishere



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)