Wednesday, August 13, 2014

Usaha kecil menjaga keindahan pantai di sekitar Dungun

Sebagai seorang anak kelahiran Terengganu, saya ingin mencadangkan usaha kecil kita dalam menjaga keindahan pantai di sekitar Dungun.  Sebenarnya ini adalah inisiatif my hubby yang saya rasa bagus untuk dikongsikan. Semasa kami nak berhenti makan di tepi pantai di Dungun hari tu, memang ada banyak pondok yang disediakan oleh Majlis Daerah Dungun tapi kebanyakan tempat kotor. Memang tak lalu nak duduk. Ada saya tengok bawa tikar sendiri dan duduk berkelah bawah pokok sebab tak selera nak duduk kat pondok yang disediakan.

Pemandangan pantai di sekitar Dungun. Cantik kan ? 

Sekarang diorang tengah buat tambak kat pantai di Dungun selepas kejadian hakisan yang teruk hari tu. Makin sempit kawasan pantai. 
 
Ni kat area Teluk Gadong tepi UiTM Dungun. Sayang kalau tak terjaga kan. 

Sempat pekena air jagung float. 


Jom pekena CT.. 
CT = Celup Tepung lah kan.


Cadangan saya, apa kata setiap kali selepas menggunakan pondok tu, apa salahnya bersihkan pondok tersebut untuk kemudahan pengunjung seterusnya. Lagi satu , apa salahnya buang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan kat situ. Tak patah tangan pun kan..
Setuju ? #sayangipantaikita #pantaidungun #iniwilayahpantaitimur

Posing dengan anak-anak sebelum pulang :)


Dikesempatan ini, saya mengucapkan happy dating anniversary kita yang kesebelas sayang yang telah lepas ( 2.8.2003- 2.8.2014) iaitu bersamaan dengan hari lahir anakanda yang pertama :) Semoga kita kekal bercinta dan berbahagia sampai ke jannah...Aku ingin menjadi ketua bidadarimu dunia dan akhirat...Aaaminnn...
p/s:


Tuesday, August 12, 2014

Review Portable Air Conditioner Morgan

Balik kampung hari tu, memang panas jugak .Suhu lebih kurang 32℃ . Mula lah datang risau puteri lilin kami yang sorang tu. Berapa kali dah pengalaman tidur dalam kereta kalau balik kampung ni angkara puteri lilin kecil kami yang tak tahan panas tu.Masa kat sini lagi kami survey harga portable air conditioner ni. Harga dalam lingkungan RM1K .


Sampai kat Paka, esoknya keluar nak pergi beli aircond. Biasa kitorang beli kat satu kedai ni. Sales person dia suggest beli jenama Morgan sebab katanya brand ni yang kurang problem. Harga yang dia letak RM1400 tapi bila dah nego dia bagi RM1200. Kitorang nak survey lagi mana tahu dapat lagi murah kan. So pergi kedai lain pulak. Bila tanya Sales person dia kata RM1100. Terus kitorang nak beli la. Teruja dapat jimat RM100 dari kedai yang sebelum ni. hahaha. Sekali kerani dia pulak kerek semacam , dia kata betul ker RM1100, you check betul-betul dulu dia cakap kat Sales person yang offer kami tu. Rupanya betul salah harga. Dia suruh tambah lagi RM30 . Ok la, jimat RM70 dari kedai yang offer sebelum tu.hahaha. Rupa-rupanya dua kedai tu owner yang sama. Kitorang kena pergi amik barang tu kat kedai yang sebelum ni. Tak per la, janji dapat jimat kan.hahaha.


Inilah aircond yang kami beli tu. 1HP.Memang bulky. Letak kat bonet terus tak boleh letak apa-apa. Kitorang memang tak angkut balik sini. Senang nak angkut balik rumah my ma dan my mil..
Sales person tu cakap bulky sebab ada compressor. Kalu tak nak bulky dia suggest air cooler tapi kena isi ais pulak yang tu. Leceh pulak.Dan sejuk dia tertumpu dan tak menyeluruh macam portable aircond ni.

Kat rumah my hubby dah tak de tingkap bilik, so kena tebuk lantai untuk halakan hos udara panas tu. Nasib lah tukang rumah kan.

Ni kat rumah my ma ok lah sebab ada tingkap, hos tu keluarkan kot tingkap. Kena tiup angin panas la cili my ma kat tepi bilik tuh..hahaha

Review saya , Portable Air Conditioner jenama Morgan ni memang sejuk macam aircond biasa cuma tang berat (29 KG) dan saiz ( 88 x 39.4 x 49.4)  tu macam gedabak sket. Tapi jangan bimbang ada roda boleh tolak sebelum angkat ke kereta .Bunyi agak bising tapi tak ada lah sampai menggangu tidur. Boleh bagi 2 bintang per 5 bintang. 

Puteri lilin kami tidur tak bergerak pun malam tu. Punya lah syok tidur dalam aircond. Tapi bil elektrik tak tahu la macam mana. Harap-harap tak melambung. 5 hari jer pun kan. hahaha.
Ni seronok main dalam bilik aircond. Duduk kat luar panas berdenting meragam. Masuk bilik senyap.Sentap mak !!



Tengok kat lazada tengah ada sales tu. Harga RM969.00 sebijik sama macam saya punya.


Korang pernah beli portable aircond ? 


Monday, August 11, 2014

Lunch @ Restoren Jemari , Seksyen 7 , Shah Alam

Hari ni episod JJCM@elissmie.com kembali bersiaran setelah berhenti rehat sebulan pada ramadhan yang lepas. Sekali jer makan kat luar ramadhan yang lepas iaitu kat Hotel Concorde,Shah Alam tapi tak sempat nak buat entry lagipun sibuk berbuka puasa tak sempat nak amik gambar. Makan free jangan disia-siakan.hahaha


JJCM kali ni bertempat di Jemari, Seksyen 7, Shah Alam yang ditaja oleh Faidah. Terima kasih mantan boz ku :) Jemari ni menghidangkan makanan kombinasi ala Thai dan melayu. Ni pertama kali saya makan disini dan makanan yang dihidangkan tidak mengecewakan .

Kami makan ni hidangan set iaitu Set B ( RM79.90)  iaitu 4 nasi putih, Set Tomyam Campur, Ikan Siakap 3 Rasa, Ayam Cili Kering, Asparagus Oyster ( hari tu ditukar kepada Kailan Daging Oyster) dan Kerabu Mangga.

Mula-mula tayang tukang belanja. Faidah dan Ad, tukang makan .

Empunya belog merangkap tukang makan jugak dan Kak Ema.Gambar sengaja menyorok sket belakang Kak Ema untuk efek yang kurus ...hahaha

Deko dalam jemari ni.Simple jer kan.

Ada deko sempena hari raya sekali .Siap pelita lagi tu.

Ada seater yang empuk jugak untuk duduk .

Antara juadah yang berjaya disnap.

Tomyam dia memang sedap ! Ikan Siakap 3 rasa sampai lambat, x sempat dah nak snap.hahaha

Korang pernah makan di Restoren Jemari ? 



Restoren Jemari,
18, Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7, Shah Alam, 40000 Selangor
03-5523 5413
Lokasi kedai belakang bangunan Jakel, sederet dengan Fareeda Nyata Jelita .


Friday, August 08, 2014

Pengesahan sekolah anak tahun 1 2015 sebelum 30 Ogos 2014

Alhamdulillah, settle sudah pengesahan sekolah untuk tahun 1 2015 my nuha.Kononnya hari selasa lepas kami cuti nak settlekan pengesahan sekolah dia pagi tu tapi semua masih kepenatan sebab baru sampai dari Terengganu hari sebelumnya membawak ke petang. Mujur jugak tak pergi pagi tu sebab dalam pukul 11 macam tu , posmen hantar surat yang mengandungi butiran dokumen yang diperlukan untuk pengesahan sekolah. Antara dokumen yang diperlukan untuk pengesahan tahun 1 seperti berikut :

1 salinan surat beranak ( Yang asal pun perlu dibawa )
1 salinan IC ibu bapa/penjaga
1 salinan slip gaji ibu / bapa
4 keping gambar
1 envelope berukuran 4' X 9'  beralamat sendiri dan dilekatkan setem 80 sen 
1 salinan buku imunisasi



Ini surat yang diterima untuk pengesahan.


Nasib baik masih simpan lagi buku cucuk imunisasi my nuha ni :)



Bila pergi sekolah , terus ke pejabat pentadbiran untuk buat pengesahan pendaftaran. Nanti kerani sekolah akan buat pengesahan dan dia ada cop kat surat beranak anak kita tu.Kat sekolah anak saya hari tu, siap-siap dia bagi borang untuk buat lencana dan tanda nama. Then bayar terus. Nanti boleh collect dalam bulan 12.Settle sekolah kebangsaan. Pasal sekolah agama pulak. Mula-mula ingat nak hantar sekolah agama sekali dengan anak yang pengasuh my Nayla jaga,  sekali diorang kata sekolah kat situ belah pagi bagi Tahun 1.Kemungkinan my Nuha sekolah pagi di sekolah kebangsaan, so terpaksa la jugak daftar dia kat sekolah dekat sekolah kebangsaan dia. Mana-mana lah janji boleh sekolah.

Untuk sekolah agama pulak, dokumen yang diperlukan adalah :-

4 keping gambar bertudung
2 salinan surat beranak
1 salinan kad pengenalan gaji ibu / bapa

** Sebab dah lewat register sekolah agama ( sepatutnya bulan 3- 6 ) , kami kena pergi Majlis Agama Klang terlebih dahulu untuk mendapatkan cop sokongan untuk penempatan sekolah agama ,then kena pergi sekolah agama yang ingin dimohon.


Ni borangnya. Amik kat sekolah agama yang dipohon sebab lain-lain sekolah lain dokumen yang diperlukan.Bulan september kena pergi balik sekolah agama untuk pengesahan. Lepas ni nak kena fikir van sekolah pulak ! Hurmm...




My Nuha with her cat ,Kiki mother of 4 : Lala, Koko, Cici dan Nana .Stray cat yang menumpang kasih di rumah kami siap mengandung beranak bagai. Si jantan pulak kucing jiran belakang. Kiranya dah jadi kucing kami secara official tinggal tak angkut balik kampung hari tu jer. Tak kuasa mak aihh..Beli bekas makanan dan buh makanan banyak-banyak dan air, nasib baik survive mereka tu.Anak-anak lahir sehari sebelum tragedi MH17 hari tu.  Sebelum ni tak der nama, hari tu baru letak :p


Korang dah buat pengesahan sekolah tahun 1 2015 ker ? 


Thursday, August 07, 2014

Hari Raya Aidilfitri 2014, Perkelahan Raya @ Pantai Kemasik dan Sambutan Hari Lahir my Nuha ke 6

Hambik. Sekali harung kita update. Sebab tak banyak gambar pun raya kali ni sebab orang yang suka amik gambar raya beraya kat Kedah tahun ni. Masa pagi raya pulak, tak der sapa nak suruh amikkan gambar yang ada anak buah hubby . Gambar banyak yang goyang. Dah la tak tengok dulu. Nak posing balik semua dah tukar baju dah..huhuhu. Tunggu raya haji pulak lah nampaknya.


Tahun ni tema kami maroon purple gitu lah. Dan tema adalah jubah. Jubah Nayla tu sebenarnya bukan jubah tapi dress siap seksi tang lengan tu sebab cari warna sedondon tak der untuk saiz dia. Ni pun dah beli jubah yang warna lain baru jumpa dress tu. Kira boleh la..Dia dah la x boleh panas-panas kan..hahaha


Nayla dengan background my ma dan abah. Tu la baju yang dibeli sebelum dress Korea tu :p MIL dan FIL tak bergambar tahun ni sama jugak my ma dan abah..ni pun gambar masa kitorang nak balik sini...Letak sekali gambar Long dan adik saya yang beraya di perantauan tahun ni..kekeke..Family Ngah lak tak dan bergambar raya hari tu sebab balik rumah diorang dah habis raya :p
  

Hari raya ketiga lak, pergi ikut hubby jumpa kawan-kawan sekolah lama dia kat Pantai Teluk Gadung, Sura Hujung iaitu depan UiTM Dungun. Sementara tunggu dia sembang, kita amik la gambar dengan anak dara :)


Pantai Teluk Gadung, Sura Hujung @ Raya ketiga


Hari raya keempat pulak, Ngah ajak pergi berkelah kat Pantai Kemasik. Dalam setengah jam lebih  jugak dari rumah kitorang. Menu hari tu, Nasi Kuning yang disediakan oleh my SIL, kak cik. Saya tak mandi jer. My Nuha jer mandi dengan sepupu-sepupu, Ngah dan Tokki dia :) Cuaca pun redup ajer. 



Tanggal 2 Ogos 2014, genaplah usia my Nuha yang ke enam. Beli kek dan makan bersama dengan family belah my hubby pulak. Tapi dia tak puas hati sebab birthday dia tak de deko macam birthday adiknya hari tu. Nampaknya kena buat jugak ni kat sini..Tengok budget dulu la macam mana..hahaha


Nur Nuha Humayra, Semoga menjadi anak yang solehah dan sentiasa mendamaikan hati Ummi dan Abah . Semoga dirimu sentiasa di bawah rahmat dan lindungan Allah selalu . 

Macam mana raya korang  ??

Wednesday, August 06, 2014

Beli Blender Shake N Take cuma RM21 dengan MilkAdeal

Dah lama dah berkenan nak beli Blender Shake N Take ni. Terliur sangat tengok kawan-kawan yang dah beli tuh. Siap buat macam-macam juice on the go lagi. Mak pun tak nak kalah la. hari-hari tengok promosi dari MilkAdeal. Register MilkAdeal di sini secara percuma yer :) Dah register, promote kat kawan-kawan dapat 1000 point tau (nilai dia RM10)  ! Lepas tu nanti dapat banyak point leh la redeem barang dengan harga luar biasa. 


Akhirnya, Blender Shake N Take di dalam genggaman :) Terima kasih my hubby tolong bawa balik sebab pos ke ofiz my hubby. Harga asal RM63.Tapi bila tolak point terkumpul, cuma perlu bayar RM21 sahaja. Berbaloi baloi kan ? 


Alhamdulillah , barang yang diterima dalam keadaan baik . 


Terus buat float coklat untuk anak dara buat berbuka hari tu :) Sebab masa blender ni sampai, stok buah-buahan memang tak de nak di jus kan. Tapi gatal nak cuba jugak kan. Bancuh jer air coklat dan masukkan beberapa ketul ais. Sedap sungguh baq ang :p 


Esoknya, beli tembikai pulak. Mak aih..Nyaman sangat ni. Terus rasa petang ni nak pi beli tembikai nak buat jus tembikai . Tapi kalau buat coconut shake sedap jugak kan ? hihihi

Korang ada blender Shake N Take ? Jus apa yang korang paling suka buat ? 

Friday, July 25, 2014

Minyak Angin Roll On Aromaterapi , pernah cuba ?

Korang pernah guna minyak angin ? Minyak Angin Roll On Aromaterapi ? Biasanya kalau perjalanan jauh especially balik kampung atau pergi bercuti , mesti kita selalu bawa bersama minyak angin kan. Lepas tu mesti ada adegan tumpah menumpah minyak angin dalam kereta. Satu kereta bau minyak angin kan. Tapi dengan sedikit inovasi, tidak ada lagi tumpah menumpah minyak angin dalam kereta dengan  Minyak Angin Roll On Aromaterapi . Sangat praktikal bagi saya .

Minyak Angin Roll On Aromaterapi ini mengandungi bahan-bahan seperti mentol 4grm, Champor 0.4grm, Minyak Essential 0.5ml. Senang nak guna, korang cuma rol pada bahagian yang korang sakit. Macam pakai deodorant tu la kan kekdahnya . Untuk kegunaan luar sahaja. Jangan korang pergi minum pulak yer . Minyak Angin Roll On Aromaterapi digunakan sebagai minyak angin yang menyegarkan untuk membantu meringankan sakit kepala, perut kembung, masuk angin, mabuk perjalanan, gatal kerana gigitan serangga serta sebagai aromaterapi. 




Comel kan packaging minyak angin ni ? Macam perfume pun ada dan yang pasti senang nak bawa.  Harga RM20 sebotol. Harga tidak termasuk kos penghantaran. Bagi yang berminat boleh PM/SMS 019-333 0900 sekarang!! Sudi-sudilah lawat page mereka di http://www.facebook.com/MinyakAnginRollOnAromaterapi dan jangan lupa LIKE ya!!




Nak jadi agen Minyak Angin Roll On Aromaterapi pun boleh :)

Jangan lupa PM mereka seperti disini yer untuk maklumat lanjut : http://on.fb.me/Wv4LPy


* This is sticky note advertorial entry. Sila skroll kebawah untuk entry yang terbaru  :) Advertise here? 
p/s:

Ada tak sesiapa berminat nak mengiklankan blog peribadi  atau blog bisnes serendah RM 36 setahun disidebar ? Terendah dipasaran. Tak dapat kat belog lain punya . 
Kalau beriklan  6 bulan dan keatas, korang akan dapat satu write ups yang bernilai RM50 secara PERCUMA.
Tiada Banner? Boleh saya designkan  sekali siap animation seperti contoh kat sini atau sidebar.

Thursday, July 24, 2014

Bubur lambuk pantai timur style dan E- Kad Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014 buat pembaca elissmie.com

Akhirnya, merasa jugak makan bubur lambuk pantai timur style ramadhan kali ni. Kalau tak tunggu balik terengganu baru dapat merasa. Hari tu masa Nuzul Quran, Long saya balik terengganu. My ma kirimkan pucuk midin dan daun-daun lain untuk buat bubur lambuk.Ulang tayang balik resepi Bubur Lambuk Pantai Timur Style.


Resepi Bubur Lambuk Pantai Timur Style. 

Bahan-bahan

Beras 2 cawan
Pucuk midin ( Paku pakis merah)
Daun kunyit sehelai
Daun halia sehelai
Daun ulat bulu
Pucuk kaduk
Kangkung
Daun kesum
Pucuk manis
Santan kelapa (sekotak)

Bahan untuk ditumbuk

4 ekor ikan sardin(orang terengganu panggil ikan selayang) direbus dan diambil isinya
6 ulas bawang merah
lada hitam (secukup rasa)

Cara-cara

Jerang beras dengan 4 cawan air (sukatan dier 1 cawan beras 2 cawan air) hingga jadik bubur..(pekat)
Masukkan pucuk2 yang ada kat atas...
Masukkan  bahan tumbuk ,garam,gula secukup rasa...
Masukkan  kelapa parut di goreng samapi kekuningan dan ditumbuk tapi bukan sampai jadi kerisik pulak Masukkan  santan dan biarkan mereneh seketika.Sedia untuk dihidangkan.

Tambahan : budu dan perahan asam limau. Tapi hari tu saya masukkan sekali budu terus dalam bubur tu macam mak mentua saya buat tapi my ma buat tak letak budu lagi. Budu masuk masa makan tu so boleh la ikut citarasa nak masin atau terlebih masin..hehehe.

Selamat mencuba !
Daun-daun kayu yang hampir layu sebab seminggu stranded kat KL ;p

Telan air liur pulak menengoknya..hahaha


Korang pernah makan bubur lambuk pantai timur style tak ? 



Sempena Syawal yang bakal tiba, saya , suami dan anak-anak mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri . Maafkan salah silap kami dan doakan perjalanan kami selamat pergi dan kembali .Hati-hati di jalan raya yer korang yang mana beraya di kampung tu.Pastikan rehat yang secukupnya sebelum memulakan perjalanan! Esok dah cuti !! Yeay!



Wednesday, July 23, 2014

Rod langsir kayu patah , spare part boleh beli kat PSM Home Centre @ Jalan Meru, Klang

Setelah hampir 3 tahun, rod langsir kayu saya ni berkhidmat, akhirnya kecundang jua minggu lepas. Pagi tu , my Nuha tengah tarik langsir, sekali bunyi bedebuk. Rupanya tombol rod dia sebelah kiri patah.Jenis asal yang kepala bulat tu. Mula-mula pergi kedai hardware belakang rumah, dia recommend satu kedai kat Jalan Meru,Klang iaitu PSM Home Centre. Kalau biasa lalu ke Setia Alam, akan nampak kedai ni kat belah depan Mc Donald's Klang Sentral tu.


Ni lah kedainya. 

Spare part yang dicari.Tombol rod langsir . RM 21 untuk sepasang lepas less 30% (Harga asal RM30). Ingat nak cari yang macam asal iaitu jenis bulat tapi tak der , so beli yang separuh ni jer lah. 

Ingat nak beli blind untuk dapur. Sampai sudah tak beli. Lepas ni boleh datang melawat sini lagi yer sayang.hehehe

Berkenan tengok para ini tapi harga 300-400 jugak satu set. Ikea ada jugak kan.

Best pulak tengok Momento Special Effect Paint ni. 
Lepas raya lah projek cat baru yer sayang . 

Close up sket. Cun kan ?

Macam-macam ada dalam PSM Home Centre, dari dapur, tandas , pintu , cat .Semua barangan keperluan rumah ada lah senang cerita. 

 Cantik Dilihat, 
Cantik Dipegang,
 Sekali Pecah, 
Duit Melayang :) 

Pantun tak jadi. Patutnya Cantik di Keleh :p ( Keleh = Lihat dalam loghat kelantan )



Korang pernah sampai PSM Home Centre @ Jalan Meru, Klang ?



Lot 5083, Off 5 Miles, Jalan Meru, 41050, Klang, Selangor 41050‎
Tel 03-3392 4685 /82
Fax 03-3392 4598

Alang-alang dah patah tu, moh ler kita basuh langsir.Seminggu hantar dobi baru siap basuh.Punya la ramai hantar langsir untuk raya katanya.
RM28.80 untuk langsir dan day curtain ni.


Seminggu buat langsir dengan cadar :p



Terima kasih my hubby tolong pasangkan langsir dan baiki rod yang patah tu :) Yeay dah boleh raya. Eh :p



Monday, July 21, 2014

Top 5 iPhone apps to help your kids at school




A lot of parents are faced with a challenge these days: should we prevent our kids from using too much technologies such as smartphones and tablets and focus on homework and reading instead, or should we, on the contrary, encourage our kids to use them to make sure they are up-to-date with technologies, that are an ever-growing presence in our lives? Well, the truth is: you don’t have to choose! You can for example use smartphone apps to help your kid at school. Here is a top 5 the team of smartphone specialists at PricePanda recommend.

5. Teach Me: Kindergarten



Teach Me Kindergarten is an app that focuses on spelling and mathematics exercise for kids. The interface is easy and fun so it makes it very easy for them to understand. Parents can monitor the app and make sure the level is appropriate: you can change the number of good answers your kids need to get a reward for example. Teach Me Kindergarten is perfect for holidays, for kids to keep on exercising their brain and even improve, in a more relaxed and familiar environment. 

$1.99 

4. MathGirl: Number Garden



This app is really great because it is designed especially for little girls, from the design to the exercises themselves. Your daughter is going to love doing mathematics! MathGirl Number Garden offers basic math exercises for girls aged 3 to 7. Counting rabbits, flowers, trees and other pets will definitely makes math easier and more attractive to all little girls! I am not sure it can help improve the lack of women in engineering and computer science but from a kid app to a career, there is only training!

$1.99 

3. Little Red Riding Hood by Nosy Crow


Little Red Riding Hood is an app that takes on the classic fairy tale but allows your kids to choose different paths within the games and eventually different endings. This is a quest game designed for kids that has a fantastic story-telling and a rich, detailed design. How will it help your kids at school, you ask? Math isn’t everything: developing creativity is key to develop one’s brain and personality, especially for young children. The story is immersive and your kids are going to love it!

$2.99 

2. TicTic


TicTic is great app that helps you kids learn foreign languages. Before the age of 7, the brain of kids is like a sponge: it means that it is the perfect time to stimulate them with knowledge and languages. They will grasp the words very quickly and will start language class at school with a fair advance. TicTic is a little girl and she teaches English, Spanish, French, German, Italian, Chinese, Russian, even Thai and Japanese! 
Free 

1. Endless Alphabet



This app is perfect to teach alphabet to pre-schoolers. Endless Alphabet also teaches them words: an adorable monster-teacher is here to do the demonstration and explain the meaning of each word. What I like to the most about this app is that your kid can interact with the app at his or her own pace: there isn’t any time limit, score or points. It is just about learning new words! Great, right?

$4.99 


What is PricePanda?

PricePanda is a price comparison tool that allows you to find the best price currently available on the market. If you are looking to buy an iPhone, feel free to take a look at PricePanda’s iPhones page. You will find the best price opportunities offered by the most trusted online shoppers. In addition to help you saving your money, PricePanda also makes shopping easy, fast and fun!

If you want more information about all the apps you can download on your iPhone or Android smartphone, you can read this great article from The Guardian : http://www.theguardian.com/technology/appsblog/2013/sep/11/best-android-apps-for-kids-2013

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)