Tuesday, October 22, 2013

Pantai Teluk Cempedak dan koleksi fridge magnet dari pahang dan Jepun

Hari ni entry mengimbau nostalgia. Masa praktikal sem akhir diploma di Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, boleh kata setiap hari jumaat kitorang lepak kat Pantai Teluk Cempedak . Dekat jer pun masa tu dari ofiz tapi sekarang ofiz tu dah pindah Bandar Indera Mahkota. Kitorang datang pantai ni lepas check in kat Hotel Seri Malaysia untuk lunch.



Ni saya 10 tahun lepas di Pantai Teluk Cempedak.Nostalgianya :)


Pantai yang tenang.Masih tidak berubah.


Lepas lunch, makan aiskrim kat situ :p


 Gambar saya amik tadi kat belakang tuh la..
Tak berani nak amik gambar kat situ sebab hutan dan my Nayla kan kecik lagi :p

 My Nuha seronok dapat main buai dengan angin pantai sepoi-sepoi bahasa tu..


 Tak sangka datang sini balik dengan anak-anak dan boyfriend yang kini dah selamat menjadi suami ..


 Ironinya, saya pakai baju kurung hari tu dan 10 tahun lepas jugak masa bergambar di sini :p

With my Nayla

 Sempat bergambar dengan jeep classic ni :)

Korang pernah sampai Pantai Teluk Cempedak ? 

p/s:
my nuha cakap macam nama makanan kan tempat ni :p

Tujuan asal kesini sebenarnya nak beli fridge magnet sebab tak banyak pilihan di Cherating sebelum tu. Jom tengok koleksi FM yang saya beli untuk koleksi peribadi.
 
Koleksi terkini setakat 22/ 10/ 2013 :)


Ni FM yang paling saya suka sebab sekali dengan bottle opener tu. FM Kuantan.


 Yang ni beli di Kuala Kemaman. Batu Bersurat Terengganu. 


Teluk Chempedak dan Pulau Tioman ni beli di Pantai Teluk Chempedak. 


 Ni pulak FM dari Jepun dari mantan boz dulu, Faidah . Terima kasih ida :)



Monday, October 21, 2013

Percutian ke Kuantan,Hotel Seri Malaysia,Kuantan

Percutian ke Kuantan ni sempena Ulangtahun Perkahwinan kami yang dah masuk tahun keenam pada 14.10 yang lepas.Anyway,Happy 6th wedding anniversary to my beloved hubby.Terima kasih sayangku, untuk rasa cinta kasih dan sayang. Semoga begemerlapan hingga ke syurga abadi. Amin. 


Pagi-pagi lagi dah gerak dari Terengganu. Sebab nak singgah kemaman dan Cherating.Singgah di Kuala Kemaman untuk cari stok keropok dan Cherating untuk cari fridge magnet. Tapi dekat Cherating tak banyak sangat pilihan fm jenis getah. Hubby singgah solat jumaat di Chendor dahulu sebelum kami check in di Hotel Seri Malaysia Kuantan. Saya dah booking hotel minggu sebelumnya melalui Booking.com dan tiada bayaran booking dikenakan.

Saya booking standard twin bed RM230 nett semalam termasuk sarapan pagi.Kena tambah RM12 untuk my Nuha untuk brekfast. Tapi pilihan tak banyak sangat pun untuk breakfast. RM 15 jer pun sekepala untuk dewasa tu pasal tak banyak pilihan agaknya.

Proses check in dan check out cepat jugak.Terima kasih staff yang bertugas walaupun kurang senyuman.
Tiba-tiba teringat rancangan The Apprentice Asia :p

 
Ini no bilik kami.214


key slot.

 Bilik yang selesa. Sesuai lah untuk kami 4 beranak.
Aircond berfungsi dengan baik tu paling penting sebab dua-dua pun puteri lilin.   

Tapi TV masih lagi zaman dinosour . Mohon upgrade ke LCD/LED lah yer.  
Ada peti ais. Safety box tak der.

Almari besar jugak. Semalam jer pun, tak guna.

Toilet - Panorama view . X der bath tub. water heater ada la. Tapi anak-anak mak tak reti mandi air panas ni :p

Kalau nak refill teh / kopi / gula ada caj dikenakan. Tak sempat pun minum teh.

Siap ada welcome fruits gitu

 Suka hati yer ko nak duduk dalam bilik aircond. Duk kampung melalak meraung sebab panas :p

 Curi dosa ! Nak beli barang hotel situ ada senarai harga .
Ok, mak suka rembat penanda bilik hotel tu buat koleksi.

Ada kerusi urut tapi kena masukkan duit lah bukan percuma.

Kolam renang ada, untuk kanak-kanak jer tapi.

 
Boleh la buat lepas kempunan my Nuha nak terjun kolam .

Sila jaga anak masing-masing.

Safety route.

 Menu breakfast, Nasi Minyak Ayam Masak merah.

 My lovely hubby. Tq sayang for this sweet vacation. 

 My Nayla makan bubur nasi.

My Nuha makan mee goreng dan coco crunch ajer.



 Posing sebelum balik dulu...

 Gambar yang disnap oleh my Nuha. mak tengah membebel :p

Korang pernah ker bercuti di Kuantan ? 

Friday, October 11, 2013

Resepi paling mudah buat aiskrim dirumah

Masih ingat entry buat aiskrim dirumah hari tu ? {klik sini} . Ni nak cuba resepi yang pertama yang saya kongsikan hari tu. So ulang tayang resepinya yer..Tayang banyak-banyak kali lagi mudah ingat kan.


Resepi Aiskrim Mudah  (Resepi yang ni tekstur dia sama dengan aiskrim dalam bekas tu)
Susu UHT ( 500 ml)
2 Cawan coffe mate
** Kalau kurang manis pandai-pandai la kreatifkan resepi ini yer :p
Bancuh dua-dua ni masukkan dalam blender sampai halus. Lepas tu masukkan dalam peti sejuk dan chill dalam sejam gitu biar keras. Boleh la makan macam biasa.

Masa kat kedai tu cuma ada susu yang dalam kotak ni. Saya rasa kurang manis berbanding yang dalam botol. Mungkin kena tambah sedikit susu manis. Atau pun saya terlebih letak coffee mate tu. Kena try and error la.

Bila dah blender sampai halus macam ni. Korang rasa dulu samada manis ke tawar. Kena try and error sebab resepi pun kadang-kadang berbeza mengikut citarasa kita.Bila kurang manis tu, saya teringat ada milo nuggets my nuha dalam peti. Saya amik satu plastik nuggets tu hancur kan dan tabur dalam ni. 

Milo Nuggets - credit pic to nestle
 

So jadilah chocolate nuggets ice cream :p Resepi kat atas tadi boleh muat sebekas aiskrim Nestle ni.


 Masa buat aiskrim tu acuan ni ada satu tu jer sebab yang lain buat aiskrim ribena. 

Bila nak makan tu, nak pagi nampak best sket saya letak chocolate rice dan biskut belanda tu.

Close up sket

 Cawan ni hadiah hari lahir my nuha last year..Siapa ntah bagi :p Tak perasan..hehehe.
Siap ada penutup dan sudu lagi.Comel sangat. Tq pada yang berkenaan.

my happy customer :p

Korang pernah cuba resepi ini ? Nantikan kongsikan disini yer :)

 
Tupperware untuk hari raya haji dan tupperware lelong pun ada : [ klik sini]
Basuh kereta untuk pulang beraya : [klik sini]
 

Thursday, October 10, 2013

Pengalaman pertama shopping di Zalora

Entry yang ditunggu-tunggu oleh kaum hawa. Eh, tapi ada jugak kaum adam yang minat shopping online jugak kan? Jarang kedengaran tapi diorang lebih advance kot. Bukan shopping baju  tapi kalau my hubby shopping online spare part motor dia. Sabar jerlah mak. Beratus-ratus tu sekali beli kan. Tapi saya tidak lah. Seratus lebih tu rasa mahal sangat kot. 
 Kalau shopping di Zalora yang kedekut macam saya ni, korang boleh terus siap-siap pilih pembelian bawah seratus kat ruangan price tu (RM50-99) . So korang tak der ler terlebih budget gitu kan.Kalau korang baru first time nak shopping kat Zalora siap boleh dapat RM20 voucher percuma tu.Tapi kena la sign up yer. Dah dapat confirmation email boleh la shopping :) Free shipping lak kalu beli atas RM75 ajerr :p Kalau dak, korang tambahlah RM5 untuk kos penghantaran tuuu..Bukan semua free..


 Memang mudah la shopping kat sini. Bila dah checkout tu, korang kena masukkan la segala mak nenek maklumat penghantaran dan diorang akan terus proceed dengan pembayaran.Pilih laa nak bayar guna kad kredit , COD , online banking dan paling cikai Cash Deposit / ATM transfer pun boleh. Lepas tu mudah-mudah jer dapat RM25 less utk pembelian kedua valid sampai 3 bulan.Yahooo :p


Jom sessi tayang menayang hasil shoppingku yang pertama. Saya tidak la beli mahal pun, cuma beli skirt yang dah lama berkenan tu kan. Tapi asyik la tak terbeli-beli. So bila dapat voucher percuma ni haruslah dimanfaat. Terima kasih Zalora. Lagi satu memang cepat dan tuntas gitu, hari ni beli, esok alih-alih dah sampai. Dah la hantar kat ofiz my hubby, sekali dia texting tanya ada beli barang ker? Duk memikir barang apa, sekali dia texting balik cakap skirt..hahahaha

 Inilah skirtnya...Kaum hawa kan kepochi...Mesti nak tengok dengan jelas kan...
Paisley Rayon Jersey Maxi Skirt


 Ni hah model skirt :p My Nuha


Sangkut kat buaian my Nayla pun boleh . Pencahayaan ok sket.

My Nayla yang lebih seronok dan berkenan dengan plastik pos laju tu..hehehe

 Rasanya inilah pertama kali shopping saya dapat kertas pos laju untuk pemulangan kalau tersalah beli terbesar ker terkecil kan . Hebat betul. Yang pasti kos pemulangan percuma.

Korang pernah shopping di Zalora ?

p/s:

Skirt untuk hari raya aidil adha kekdahnya..hehehehe


Wednesday, October 09, 2013

Tips pasang dan tanggalkan roadtax kereta dan Cek Nuffnang ke 13

 

Tipsnya mudah sahaja. Beli plastic holder roadtax untuk roadtax kereta.
 Cermin kereta anda tidak lagi comot bila nak tanggalkan :p
 


Rezeki untuk Aidil Adha..Boleh la buat shopping online..hehehe

Teaser :p Nantikan kemunculannya entry esok.. 
Duit tak bank in lagi dah shopping. Macam mana tu? :p



Edisi Less Words @ elissmie.com

Tuesday, October 08, 2013

Punch card terakhir dan salam takziah

Terlebih dahulu, marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada keluarga Ad atas kehilangan bonda mertua terchenta malam tadi. Al-Fatihah..Jenazah dengar khabar akan dikebumikan lepas zohor. Jika kawan-kawan berada disekitar kota bharu, boleh la pergi melawat. Mati itu pasti,itu janji Allah...


Tak sangka ini pertemuan pertama dan terakhir saya dengan arwah..
Gambar ni Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kelantan { entry ini }  

 
Punch card terakhir bagi Kak Ema setelah 38 tahun berkhidmat dengan UiTM...Fuhh..Satu perjalanan yang panjang yang saya tak tahu sempat ker tidak ni..Memang terasa sangat kehilangan kak ema sebab pagi-pagi memang breakfast sekali dan ada masa keluar hari jumaat berfoya-foya. huhuhu. Apalah kak ema buat kat rumah tu yer..Oh baru reply msg, tengah menjaga cucu rupanya :)


Video send off kak ema boleh tonton disini :)


Ofiz korang masih guna lagi ker punch card ni ?


Atau dah guna thumbprint macam ni ?

Dua-dua fasiliti tu ada kat ofiz saya tapi yang thumbprint tu tukun tiruan ajer..hahaha..larikss :p

p/s: 

Teringat kat ofiz lama dulu di Wisma Selangor Dredging, punch in dan punch out kat pc jer guna sistem. Save the resource dan x leh curi2 punch untuk orang :p



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)