Thursday, November 14, 2013

Nasi Lemak Ayam @ Labana Tomyam, Tanjung Lumpur, Kuantan

Ini episod JJCM @ elissmie.com cum nostalgianya@elissmie.com jugak lah. Kalau di blog ni, tempat makan ni versi ulang tayang la sebab dulu pernah cover pasal ni kat entry ini. Ni pulak yang kami pergi bulan lepas.Ini port makan kali pertama my hubby bawak keluar masa saya di Kuantan.Masa tu kitorang tak couple lagi.Keluar pun dengan kawan- kawan dia lepas tengok spring test.Saya ni follow ajer, tak suka sangat tengok lumba-lumba motor ni kan. hahaha. Masa tu saya praktikal kat Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Kuantan. Tapi malam tu dah rasa 'berbunga kat hati' masing-masing tapi dua-dua pun tak berani nak luahkan perasaan lagi sehingga 2 Ogos 2003(Tersama pulak dengan birthday my Nuha) . Abes kisah nostalgia. Tak leh panjang-panjang nanti muntah pulak.


Malam tu menu kami nasi lemak ayam yang simple tapi sedap. Sedap part sambal dia tu. Mula-mula nak makan nasi minyak tapi dah habis pulak.

 Mula-mula my Nayla ok lagi.

 
Makan nasi lemak lagi.Lepas dah kenyang mengantuk nak tidur pulak. Tak sempat sotong celup tepung sampai. 
So tapau sotong tu makan kat hotel.hehehe

 My Nuha memang hantu nasi lemak.

 Memang meriah orang malam tu. Tapi servisnya cepat jugak lagipun kami order yang dah ada kan kecuali sotong tu lambat sket . 

Ulang tayang kat sini Sotong Celup Tepungnya :p 

Labana Tomyam, Jalan Tanjung Lumpur, Kuantan
Lokasi : Foursquare

Untuk tempahan boleh hubungi mereka : 
012 945 7171
012 960 9729

Korang yang pernah sampai Tanjung Lumpur,Kuantan restoren apa yang korang selalu pergi ?
 
p/s:
 
Kalau orang KL mesti Ana Ikan Bakar Petai kan :p 
 
 Hari ni berpuasa ganti sekali harung sekali dengan puasa sunat asyura kan. Tetiba rasa nak makan bubur lambuk pulak..haishhh...Mana nak cari pucuk midin kat sini atau orang KL sebut pucuk paku merah. Dulu-dulu pernah tengok di Pasar Seksyen 6 , Shah Alam tapi jarang sangat lah ada. 

Ini bubur lambuk ulang tayang yang my ma buat masa balik raya aidil adha hari tu. 


Kalau ada sotong besar kat kedai hari ni, rasa nak buat ketupat sotong lagi.



Wednesday, November 13, 2013

Saya telah bergelar nenda buat kali kedua, FM dari Australia dan Cameron Highlands

Drum rolls plz :)

Cucunda saudara terbaru. 23/10/2013. Mohd Haqiff Danish. Terima kasih sebab dah buat diri saya menjadi nenda buat kali kedua , nenek saudara tapi .  Ini my hubby punya cucunda saudara .


Korang dah ada cucu ? 

Koleksi terkini FM dari kawan-kawan my hubby. Terima kasih kawan-kawan my hubby :) Terima kasih daun keladi, kalu holiday kemana-mana lagi jangan lupa belikan lagi..hehehe


Dari Australia dan Cameron Highlands.


Koleksi FM terkini setakat 13/ 11/ 2013



Tengok tangan-tangan kecil tu sementara kakaknya duk posing sakan tu :p 



Edisi Less Words @ elissmie.com

Tuesday, November 12, 2013

Spa treatments cuma RM29 @ Jemari Spa & Beauty House, KL yang saya perlukan hari ni

Weekend yang letih sangat sebab diserang demam akibat tonsilitis start hari Sabtu. Dapat MC hari Isnin setelah menunggu selama hampir 2 jam di Klinik Ajwa Seksyen 7 hari Ahad lepas. Sabtu tu dah pergi tapi  tak lalu nak tunggu sebab penuh orang .Rupanya sama jugak hari Ahad tu. Dah macam klinik kerajaan dah ni. Apa yang saya perlukan hari ini adalah treatment @ spa please ! Tengok-tengok kat Milkadeal ada tawaran Facial + Back Massage + Shoulder Massage + Lymphatic Neck Massage + Scalp Massage for RM29 at Jemari Spa & Beauty House, KL. Aduhai. Kenapa bukan di Shah Alam.Kalau nak dapatkan tawaran yang hebat ini, REGISTER PERCUMA DISINI dulu then boleh view disini. Terima kasih.


MC Pertama tahun ini .MC yang tak rehat pun sebab buat kerja-kerja rumah tertunggak 2 hari.

Simple ajer deko diruang menunggu spa ni kan ? 



Ni tempat yang saya dambakan hari ini..


Wajah dibelai-belai..Buang segala white head dan black head kat muka ni. Boleh terlelap ni .

Sedapnya kalau diurut-urut belakang badan ni. Bila tonsilitis ni, belakang jadi sakit semacam ajer..Leher pun tegang ajer tapi BP normal ajer. Ingat darah naik. Cuma nadi jer la laju semacam sebab sakit doktor cakap.



Korang pernah  pergi SPA ? 

Boleh baca pengalaman pertama saya ke SPA disini :p


Jemari Spa and Beauty House - (001974440K)
ADDRESS
No 82G, Jalan 4/6B Pandan Indah
Kuala Lumpur 55100
Malaysia
PHONE
019-229 4383

Sunday, November 10, 2013

Mainan pendidikan berkualiti alternatif untuk gadget terkini

Sekarang ni anak-anak kita memang dilambakkan dengan penggunaan gadget terkini. Kadang-kadang asyik duk layan kartun kat you tube atau main games sampai lupa nak makan. Dan ada sesetengah games tu kadangkala boleh jugak merangsang minda. Tak semua tak elok kan. Nak anti gadget sangat tu kadangkala tak boleh jugak sebab kalau di Terengganu memang sekolah bekalkan netbook untuk sessi pembelajaran kan.

Bagi yang nak mencari kepelbagaian dalam mendidik anak-anak korang boleh beli mainan pendidikan yang berkualiti seperti kat bawah ni dari Muslim Kids Store. Dan yang paling best, setiap LIKERS akan mendapat DISKAUN RM2 untuk setiap item tau.Selain itu, produk ini bukan sahaja sesuai untuk kita sebagai ibu bapa, malah pengusaha tadika dan taska pun boleh jugak beli untuk kegunaan anak-anak di tadika atau taska kan :)

Jom kita tengok mainan apa yang ada di  Muslim Kids Store ni .Untuk pengetahuan korang jugak,produk-produk baru akan dikemaskini dari semasa ke semasa so jangan lupa like page ini yer :)

Clock Wooden Toys

Material kayu
Bentuk nombor yang berwarna-warni
Belajar mengenal waktu
Untuk 3 tahun dan keatas
Kelebihan
-jam mainan ini membantu anak anak mengenal nombor 1-12
-jam mainan ini membantu anak anak mengenal bentuk
-jam mainan ini membantu anak anak mengenal waktu
-warna warna yang menarik pada jam ini membantu anak anak lebih seronok belajar



Animal Clutch Plate


Kelebihan
  Ransang kecekapan memori bayi seawal 12 bulan!!
Keluarkan bahagian tertentu, dan minta bayi suaipadankan untuk melengkapkan gambar. Ketika umur setahun setengah campurkan kesemua bahagian untuk kelima-lima gambar, dan minta Si manja suai padankan untuk menghasilkan gambar haiwan yang lengkap. Lihat bertapa cekap nya mereka!

Sesuai untuk Umur 12 bulan ke atas
Saiz 14cm X 14cm

Harga : RM45.00 Free Postage

Shape Digital House

Material Kayu
Untuk Umur: 3+
Harga Jual: RM50 termasuk Pos


Peg Puzzle

Cara Bermain

- Suaipadankan bentuk yang berbeza pada 4 tiang
- Setiap tiang mempunyai 5 blok yang bewarna yang berbeza untuk penyelesaian yang berbeza
- Blok-blok juga boleh digunakan untuk aktiviti menyusun atau membina

Kelebihan
- Meningkatkan kebolehan berfikir, idea dan kreativiti
- Meningkatkan kebolehan penyelesaian masalah
- Membezakan bentuk dan warna
- Melatih motor halus

Material: Kayu
Untuk Umur: 2+
Saiz: 16cmx16cm
Harga : RM42 termasuk Pos

Wisdom Box

Material: Kayu
Untuk Umur: 3+
Harga Jual: RM60 termasuk Pos
Saiz: 16cmx16cm


Untuk mendapatkan  mainan pendidikan berkualiti tinggi ini bolehlah berhubung terus dengan :
Facebook : https://www.facebook.com/muslimkidsstore
SMS ONLY : 019-2318853


Kot-kot lain kali korang nak beli mainan pendidikan berkualiti tinggi ini, dan nak lebih mudah, korang boleh klik pada banner disidebar seperti kat atas ni jugak :)
 
p/s:


* This is sticky note advertorial entry. Sila skroll kebawah untuk entry yang terbaru  :) Advertise here? 


p/s:

Ada tak sesiapa berminat nak mengiklankan blog peribadi  atau blog bisnes serendah RM 36 setahun disidebar ? Terendah dipasaran. Tak dapat kat belog lain punya . 
Kalau beriklan  6 bulan dan keatas, korang akan dapat satu write ups yang bernilai RM20 secara PERCUMA.
Tiada Banner? Boleh saya designkan  sekali siap animation seperti contoh kat sini atau sidebar.

Friday, November 08, 2013

Kabinet dapur terkini dengan pintu aluminium kalis air

Segmen deko@ elissmie.com dah lama tak ada sejak dua menjak ni kan. Ok kita update pasal deko penutup minggu ni ok? Hari ni saja jalan-jalan cuci mata di Tesco Shah Alam dengan Ad selepas lunch kat food court kat situ . Sekali termasuk kedai kitchen kabinet namanya Alviva Aluminium Kitchen.Pertama kali tengok pintu kabinet dapur tu dengan aluminium. Biasa kat bahagian tepi aluminium tu pernah la tengok. Yang best ianya kalis air, tahan anai-anai dan mesra alam katanya.

 Yang ni harga dalam 6K - 7 K ++ ( 6 kaki X 6 kali )

Tapi yang paling teruja adalah kabinet ni .Yang ni  9 kaki tinggi 10 kaki lebar ni dengan 3 pintu. Memang menepati citarasa untuk buat store idaman ni.  Yang ni kos dia dalam 7K-8K ++ macam tu. Kena menabung lagi lah nampaknya.

 
Memang boleh buat storan penyimpanan ni...

 
Tengok,kalis air kan. kalis air jer..kalis air kan. hahaha

Kalau korang-korang nak usha boleh la pergi outlet diorang :

Tesco Shah Alam
Lot 21 , First Floor , No 3 Jalan Aerobik 13/43
Seksyen 13, Shah Alam
www.aliva.com.my


 p/s;
Hangen ajer makan Claypot Yee Mee tomyam seafood di food court tesco tadi. Udang seekor dan hirisan sotong 3 helai 1 inchi dan ayam ? Ayam tu seafood ker? huhuhu . Kata claypot sekali mangkuk ajer dia serve. lupa nak snap pic..
RM7.90 tak berbaloi2

Jom beli tupperware  : [ klik sini]
Basuh kereta hari minggu disini : [klik sini]
 

Wednesday, November 06, 2013

Breakfast @ Restoren Mak Uda Selera Timur, TTDI Shah Alam

Selamat hari Rabu :) Ada yang monday blues ker pagi rabu ni ? hahaha. Apapun selamat menyambut maal hijrah. Moga tahun baru ini merubah kita menjadi manusia yang lebih baik dari semalam. Amin. Minggu ni dimulai dengan segmen JJCM@elissmie.com. Kali ni kita breakfast ala pantai timur pulak yer. Sebenarnya saya tahu pasal kedai ni dah lama cuma baru ada kesempatan nak pergi.  Inilah nasi minyak yang saya selalu makan pada bulan Ramadhan yang jual di PARAM, Seksyen 7 , Shah Alam dari tahun 2010 tak silap saya. Pelbagai pilihan masakan pantai timur ada kat restoren ni. Yang mana mengidam nak pekena makanan selera pantai timur tu boleh la terjah restoren ni.  


 Ada nasi kerabu. Ikan celup tepung pun ada pelengkap nasi kerabu tu. 

 Nasi minyak adalah our all time favourite lah kiranya. Lengkap dengan gulai ayam, sambal dan acar mentah. 

Ada nasi dagang dengan kuah ikan tongkol siap ada belimbing buluh lagi. Buat teringat kat masakan ibu mertuaku ni. 

 Tu kat depan tu gulai ikan tongkol . Dan ada jugak pulut kuning dan pulut cawan. Lagi satu pulut lepa yang intinya serunding ikan tu. Tak seperti yang ada kat sini pulut udang kan yang inti kelapa tu.

 Oh lagi satu laksa dan laksam kuah putih pun ada tau. Kami macam biasa tapau ajer.

Makanan dia susun berderet kat situ, layan diri.


Siap ada plak jalan-jalan cari makan lagi. 

 Close up sket :p

 Inilah kedainya.Satu lagi cawangan di Subang Bestari. 
 Semua sekali borong hari tu RM60 .5 bungkus nasi minyak dan ayam gulai 6 ketul , 1 bungkus nasi dagang , 2 pulut cawan, 10 keping pulut panggang, pau kaya dan 1 bungkus laksam .
Biasa di pasar malam nasi minyak dia tu RM5 sebungkus .

My Nuha pagi-pagi dah kena angkut pergi beli breakfast dengan tak mandinya . Dah ada sebatang gigi. Yeay !

Korang suka ker breakfast selera pantai timur ni ? 



Restoren Mak Uda Selera Timur
Jalan U2, U2/L, TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor
Foursquare : 
  

Friday, November 01, 2013

Cheesy Bites Trio @ Pizza Hut , Biri-biri dan FM dari New Zealand

Hari ni lambat sket bersiaran. Pagi tadi settlekan kerja yang mana tak sempat siap. Sekejap pulak minggu ni sebab 2 hari berbengkel di luar ofiz dan makan percuma. Hari ni tengah hari makan percuma lagi meraikan geng pakatan hari lahir kami yang baru bersara, Kak Ema. Minggu ni baru dia free nak belanja kami. Orang baru balik New Zealand you..hehehe


 Yang diraikan dan belanja kami :) Terima kasih kak ema dearest :)

 Tengah buka tab nak tunjuk gambar-gambar dia kat New Zealand. Baru tengok sekerat makanan dah sampai.Lepas tu sembang sampai pukul 2 lebih. Lupa pulak tengok balik.Tadi tengok sket pun dah teruja dah..

 Ad dan Kak Ema..

 Haruslah tuan tanah kedaung tumpang berposing..

 Mestilah kami request dari Kak Ema nak pekena menu terbaru Cheesy Bite Trio ni. Kena makan masa masih panas baru umpph..Kalau tak tak sedap lah.Kalau saya sebagai veggie lover, yang ni kurang best sket lah topping dia..Tapi orang belanja, habis ajer..hehehe

Dan yang paling best haruslah souvenier dari New Zealand. Seekor kambing biri-biri dan yang terpaling best adalah Fridge Magnet Dari New Zealand. I heart You lah Kak Ema :)

Comel kan ? Harus jadi hak milik my Nuha lepas ni..hehehe
Macam tau-tau cabaran sebagai fridge magnet collector semalam, dapat FM New Zealand bukan jenis seramik :) 

Selamat Menyambut Maal Hijrah buat seluruh Muslimin dan Muslimat



Jom beli tupperware dan nantikan jualan lelong yang best disini : [ klik sini]
Basuh kereta hari minggu disini : [klik sini]

Thursday, October 31, 2013

Cabaran sebagai fridge magnet collector


 Masih ingat koleksi fridge magnet terkini saya yang lepas ? Kalau korang perasan, peti ais dua pintu saya menempatkan dibahagian atas pintu dengan jenis seramik (mudah pecah)  dan bahagian bawah dengan jenis getah.Korang rasa apakah cabaran terbesar sebagai fridge magnet collector ni ?


 Cabaran yang paling utama bagi saya adalah warga paling cilik dalam rumah kami yang dah pandai berdiri dan tertarik dengan koleksi fridge yang pelbagai warna ni. Siapa lagi kalau bukan Nur Nayla Hazeeqa yang bakal menginjak ke usia 10 bulan pada 8/11/2013 nanti.

 Hai semua reader blog Ummi :) Saya baru selamat jatuhkan 2 keping magnet Ummi.Masa ni Ummi baru perasan apa yang saya baru buat sebab sebelum tu dia tengah goreng keropok.Patut senyap Ummi cakap.

Nampak tak keropok kat atas kabinet tu. Saya nak cabut yang ketiga pulak.Ish apsal kuat sangat melekat ni.

Ok dah jatuh yang ketiga...Cuba yang ni pulak..Menarik ni...
4 sudah untuk hari ni. Yang lain kita cuba lagi lenkali. Sebab Ummi telah angkut saya pergi layan Mr Arrogant I Love You ;p

Korang pulak apakah cabaran sebagai fridge magnet collector? 



Wednesday, October 30, 2013

Putu Bambu, anyone?

Saya memang sudah jatuh cinta sama putu bambu.Dulu pandang ajer macam tak terliur.Rupanya sedap eh putu bambu jika tak kedekut gula melaka.Kalau tak memang tak sedap.Dan makan panas-panas memang syok habis.



 Ni my hubby beli kat hulu langat..memang terbaik.sejuk pun sedap...



Tengok tu dia punya gula melaka...alahai...terliur..harga tak silap RM 2.50 tak silap..nanti my hubby betulkan kalau salah dan lokasi kat mana yer..hehehehe

Update blog dr smartphone mmg mencabar.Masih lagi berbengkel di luar ofiz tapi masih dlm uitm..hai kak su!!!hahaha

 Korang suka makan putu bambu tak?

edisi less words @ elissmie.com


Tuesday, October 29, 2013

Supper @Melting Pot,Concorde Inn,KLIA

Ni edisi jjcm@elissmie.com. Sebenarnya kami kesini sebab nak jumpa kazen my hubby dan keluarga yang akan bertolak balik ke Qatar.Setahun 4 bulan diorang tak balik.Hari tu masa kat terengganu tak sempat jumpa.Ada jugak rezeki nak jumpa.Kalau tak tahu la bila boleh jumpa balik. Jom la layan gambar kitorang kat situ.

                           
My hubby dan kazen dia

      Saya dan isteri dan anak-anak kazen my hubby

Saya minum teh o ais ajer.Dah la cair gila.mamak tengok menangis ni.RM7.

Concorde Inn Kuala Lumpur International Airport
Jalan KLIA 1/60, KLIA, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel:  +603-8783 3118     Fax: +603-8783 1211


Sempat beli fridge magnet kat situ.Tapi mahal btol la seketul.RM 12.90.Yang saya beli kat situ yang Muzium Negara tu.Yang lain-lain tu saya dapat minggu lepas.Sarawak dari Azhar,masa konvo my nuha tu ngecek MBSB yang buka booth kat situ dan satu lagi Cherating lupa nak tayang hari tu.


 Koleksi terkini fm setakat 29/10/2013

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)