Wednesday, April 08, 2015

Grading taekwondo Tali Pinggang Kuning 2 ( Yellow Belt 2)

Awal tahun hari tu, my Nuha sambung balik Taekwando kat sekolah dia yang kebetulan under jurulatih yang sama jugak macam tadika dulu, Sir Rizman Riduan. Untuk pendaftaran dikenakan yuran RM30 dan RM 30 bulanan. Promosi awal tahun, cuma RM150 untuk 6 bulan. Jimat duit mak RM30.Latihan cuma seminggu sekali iaitu pada hari sabtu dari pukul 5 - 6.30 petang kat dewan sekolah kebangsaan dia. 


 
Yang buat dia lagi teruja nak join sebab dapat jumpa bff masa tadika dulu, Aimi. Ada jugak kawan satu sekolah dia tapi tidak sama tali pinggang sebab latihan ikut warna tali pinggang.

Rekod Yuran. Dah bayar untuk grading Level 8  iaitu RM50. 


Masih ingat kali pertama my Nuha grading hari tu? Dia dah dapat tali pinggang kuning 1 (Yellow Belt 1). Kali ni grading untuk Tali Pinggang Kuning 2 dan kena hafal Taegeuk 1 (Taegeuk IL Jang). Ingat kena buat sorang-sorang masa grading. Rupanya sama jugak macam grading putih ke kuning dulu, ada orang bagi arahan dulu baru dia ikut. Kali ni lama jugak nak kena tunggu giliran  sebab ramai peserta yang tali pinggang putih naik kuning. 



Taegeuk 1 yang my Nuha kena persembahkan hari tu.

credit : https://poomsae.files.wordpress.com/2013/12/poomsaet1_3d.png

Menunggu untuk grading. Pukul 1 dah kena datang sebab nak susun ikut nama tapi pukul 2.40 baru mula . Macam tahun lepas jugak, grading kat Dewan Sekolah Kebangsaan Setia Alam. 

Masa ni instructor dia suruh dia buat Taegeuk 1 sorang-sorang kat depan. Untuk training sebelum bermula kejap lagi.

Pukul 3.40 sampai giliran my Nuha persembahkan Taegeuk 1 kepada Ketua Jurulatih, Mr Sivam.

My Nuha in action

My Nuha giliran yang pertama untuk Yellow Belt 1, so cepatlah jugak kami balik . Sebab dah habis boleh terus balik . Result mungkin sabtu ni baru tahu. Harap ketua jurulatih buat-buat tak nampak jer la step-step yang tersilap sket-sket tuh. hahaha


Korang pernah tengok grading taekwondo?

Friday, April 03, 2015

Photobook Percuma dari Photobook Malaysia

Akhirnya settle jugak redeem Photobook Percuma dari Photobook Malaysia. Punya lah malas nak design kan baru boleh submit. Mesti nak edit-edit jugak. Hahaha. Tapi kali ni, pilih template yang cun sket dan edit lah senang citer. Nak buat from scratch tu tak sempat dah.Kalau nak pilih template yang dah ada dari Photobook Malaysia, just klik kat sini http://www.photobook.com.my/readybooks


Jom tengok photobook yang telah saya submit. Pilihan saya untuk 2 photobook percuma kali ni Air Asia Holiday Snapshot dan Easy Peasy ABC. Untuk trip A Famosa hari tu , saya guna template Air Asia Holiday Snapshot dan Easy Peasy ABC untuk gambar my Nuha di tadika. 

Ni cover depan belakang untuk photobook trip A Famosa Resort, Melaka .
Bawah ni antara page yang ada dalam photobook ni. 













 
Ni pulak cover depan belakang untuk photobook kenangan my Nuha di tadika dia tahun lepas .
Bawah ni antara page yang ada dalam photobook ni. Kemain diorang ni posing amik gambar masa last day sekolah tadika hari tu. Cikgu-cikgu diorang yang suh posing agaknya.hehehe













Tahun ni tak der lagi beli photobook percuma. Kena tunggu offer lah ni.Tak tahu lah kena GST ker tak ni. Kena check kat photobook la nampaknya. Bagi korang yang belum pernah buat photobook, dapatkan voucher RM64 dari PIXAJOY, klik kat sini yer :) So korang berpeluang dapat :
Product: 36 Pages, Mini Softcover 
Size: 6”x6”, Square 
Cover: Fully Printed with Gloss / Matte Lamination 
Content: Art paper 150gsm with Gloss / Matte lamination




Korang dah pernah buat photobook dari Photobook Malaysia ? 



Wednesday, April 01, 2015

Danny Homestay, Di Pekan Kuah, Langkawi

Korang ada bercadang untuk bercuti ke Langkawi ? Musim sekolah dah nak kunjung tiba tak berapa lama lagi kan iaitu pada awal bulan 6. Kalau bercadang untuk bawa satu keluarga yang ramai ke Langkawi yang semestinya syurga shopping, mungkin homestay adalah pilihan yang amat sesuai . Budget yang lebih tu boleh buat shopping kan.

Salah satu homestay yang ada di Langkawi iaitu terletak di Pekan Kuah, ialah Danny Homestay.  Danny Homestay menawarkan penginapan yg murah , selesa dan bersih. Lokasinya terletak kira-kira 5-10 minit dari Jeti Kuah dan 2-5 minit ke Idaman Suri dan HIG Kompleks. 



Alamat homestay : lot 601 taman rima emas kuah,07000  langkawi

Kadar Bayaran : 

Hanya RM 160 semalam, RM 190 semalam  , Cuti Sekolah dan Cuti Umum

Antara kemudahan yang disediakan : 

    -   3 bilik ( aircond bilik utama ) 2 bilik air

- Televisyen dengan siaran ASTRO NJOI
- Peti sejuk
- Mesin Basuh Automatik
- Meja Makan
- Kettle, Iron,Iron Board, Rice cooker
- Sofa, sejadah
- Kelengkapan memasak disediakan
Maksimum 10 pax termasuk kanak-kanak ( Toto, bantal dan selimut disediakan)


Ruang tamu 

Bilik tidur utama

Bilik tidur kedua

Bilik tidur ketiga

Dapur dan tandas serta mesin basuh



Ruang makan



Bersebelahan playground


Antara tarikan utama di Pekan Kuah:

Shopping Street
Langkawi Saga Shopping Center
Plaza Langkawi 
Makam Mahsuri


Untuk mengelakkan kekecewaan, boleh la membuat tempahan dengan segera yer.

Untuk tempahan dan pertanyaan boleh hubungi :-

PM / WhatsApp = Muhaini : 018.766.2967



Korang dah pernah sampai Langkawi ? 

p/s: 

Lama dah tak jejak Langkawi. Last sekali masa tahun 1999, lepas SPM masuk matrik kat ITTAR Langkawi.Tu pun cuma 3 bulan jer.hehehe. Panjang untuk dikisahkan. 



Tuesday, March 31, 2015

Akok Open, Paka , akok terbaik dari ladang

Kalau balik terengganu, memang tak pernah lupa beli akok. Ada banyak tempat jugak jual akok di Paka ni. Salah satu tempat kegemaran beli akok adalah kat bawah ni lah.Sebenarnya, kedai akok ni kepunyaan kawan sekelas menengah my hubby, Kak Fizan.Resepi akok ni dari nenek dia. Resepi turun menurun gitu lah kekdahnya yer.Selain Akok terengganu, ada jugak dijual akok nisan (  akok style kelantan) , kuih beker ( bingka) , kuih bakar dan kuih bahulu ( gula dan nisan) . Nisan tu gula melaka bagi yang tak tahu.




http://www.instantstreetview.com/@4.652692,103.41999,57.88h,-16.92p,0z



Kalau buka, macam ni la rupanya yer. Yang kat google street view tu gerainya tutup 



Kalau nampak banner ni, dekat dah tu nak sampai Akok Open :)

Siap dengan pandangan depan lagi ni, kalau salah jugak tak tahu lah yer 


Ni dia tokey Akok Open kita . Kak Fizan dan suaminya. 

Akok Nisan 1 pc 60 ¢


Beker ( bingka)  2 pc RM1


Kuih bakar 5pcs RM2


Akok Terengganu pun 1 pc 60 ¢

Ni lah akok terengganu kegemaran kami:) Sedap, lembut dan tentunya manis sesuai untuk orang yang manis :) Kat shah alam dan sekitar memang tak pernah jumpa yang sedap gini. 


Waktu operasi : 8.30 pagi sampai habis akok

Kalau nak mudah, boleh call/whatssap untuk buat tempahan kalau tak nak kecewa

0136115740/0129260470 (call/whatssap)

Facebook : https://www.facebook.com/azmi.ahmad.39904

My Nuha & Nayla | Aku Bukan Chef

Monday, March 30, 2015

Kedai Alatan Jahit Expertailor, Seksyen 7, Shah Alam

Macam susah jugak nak jumpa kedai alatan jahitan kat Shah Alam ni. Hari tu, misi pencarian lace untuk baju Ad tapi sampai sudah tak jumpa lace yang dia nak.Mula-mula ingat nak pergi Jakel tapi ternampak satu kedai alatan jahit yang terletak bersebelahan dengan bangunan JAKEL dan selang sebuah dengan Restoren Wong Solo. Kedai ni baru je beroperasi katanya.


Kedai Alatan Jahit Expertailor

Antara servis yang ditawarkan

Pelbagai warna benang yang ada. Lebih dari 880 warna gitu 

Model tidak berbayar alatan menjahit..hehehe

Border lace dan aplique pun ada jual. Tak sangka mahal jugak border lace yer. Ada yang RM40 lebih semeter.

Saya cuma beli jarum jahit, penetas kain, tape dan butang baju sekolah untuk my Nuha. Baru 3 bulan sekolah, butang baju sekolah pun dah hilang.Lasak sungguh anak dara. Hahaha


Yang best pasal kedai alatan jahit ni sebab pembelian boleh secara runcit dan borong. Penghantaran juga ada disediakan, untuk segala pertanyaan atau tempahan boleh whatsapp di nombor 013-2707510 EXPERTAILOR.

Kedai Alatan Jahit Expertailor terletak di :- 
No 4G Jalan Plumbum P7/P, 
Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam.

Instagram : https://instagram.com/expertailor_
Blog : http://kedaialatanjahitanexpertailor.blogspot.com/


Korang suka masuk kedai alatan jahit tak?


*This is NOT a sponsored post.Ini bukan iklan berbayar. 


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)