Thursday, November 11, 2010

Aku mengandung? Bersediakah?

Weekend hari tu, mak aku telefon. Soalan cepu emas "Ko dah mengandung ker ? " Mari kita gelak beramai-ramai. Ma, Eliss planning ler.Insya Allah, kalo tiada aral, tahun depan eliss mengandung.Awal tahun 2012 ,Insya Allah , Nuha dapat adik.hehehehe.Terang, jelas, tepat dan penuh keyakinan aku jawab..hahahaha

Apsal tetiba tanya pasal mengandung ni ? Sebab mak aku mimpi aku mengandung ! Wohaaa !
Jom sayang ! [Wah, tetiba ! :p mentang-mentang malam ni malam jumaat, sunat beb! ]

Pagi ni ada tazkirah pasal Aidil Adha dan Hikmah Tersirat. Ustazah tu ada selitkan sekali pasal kursus perkahwinan dan seksualiti yang dia hadiri hari tu kat UPM.Katanya, nak dapat anak pun, jantina pun boleh kita pilih. Nak jugak aku tahu, tapi dia tak cakap pulak masa tazkirah.Lari topik pulak kan.

Hasil pencarian aku selepas mengugel :p Aku terjumpa e-book yang diberikan percuma ni, korang boleh download [kat sini.]

Since, aku teringin pulak nak anak lelaki, nama pun dah ada kan, so marilah kita praktiskan cara ni yer bang...hahahaha.

Tips Mendapatkan Anak Lelaki


1. Berdoa sebelum bersama dgn niat usaha utk mendapatkan bayi lelaki.

2. Bersama suami pada waktu tidak subur isteri (antara hari dua puluh satu hingga hari kedua puluh lapan /hari sebelum period dr kiraan hari pertama selepas waktu subur) Kenapa dlm waktu tidak subur isteri sahaja? Sbb suami ni aktif 24 jam, so sperma dia sentiasa banyak dan gen X/Y yg perlu dikumpulkan perlu lebih sedikit pada waktu ini. Hanya dalam waktu tidak subur ini saja, hormone suami perlu lebih aktif dari isteri. Agak susah nakdapatkan bayi lelaki tapi depends gak.. (kebanyakan pasangan baru berkahwin selalu dapat bayi perempuan sebab first time bagi si isteri melalui “aksi itu” terlalu excited terlebih sikit… tapi kalau merancang, memang mudah dapat bayi lelaki).

3. Suami melepaskan/merembeskan 100% air maninya di dalam rahim isteri dan sedalam mungkin.
(Tujuan : mengizinkan kesemua sperma disalurkan ke dalam rahim isteri supaya gen XX lebih banyak dr XY; Suami membawa XY, isteri membawa genX - so penentu jantina bayi adalah dari sperma suami)

4. Selepas bersama, amalkan tidur beralih ke kanan (sekiranya membelakangkan suami, minta izin terlebih dahulu takpun cuba ubah tempat tidur supaya tidak membelakangi suami tapi masih dlm keadaan beralih ke
kanan)

5. Berdoa.

Amalan Pemakanan 1-4 bulan kandungan (dlm proses pembentukan janin):

1. Banyakkan makan laut (seafood) serta daging
2. Banyakkan makan yg berasid
3. Amalan minuman kurang manis

Amalan Perbuatan 1-9 bulan kandungan :

1. Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf utk kuatkanbadan dan bayi, lebihkan mengamalkan surah Maryam utk pembentukan minda bayi) * lebihkan/kekerapan kepada surah Yusuf.

2. Mengurut kandungan/perut dan bercakap dgn bayi dalam kandungan dgn memanggilnya dgn nama “Muhammad” atau “Ahmad”/”Amin”

3. Berdoa selepas solat (biasalah kan….) Fizikal ibu yg mengandungkan bayi lelaki - perutnya membesar atau meruncing ke hadapan.
 
Selamat mendapatkan baby pilihan anda! Kita hanya merancang dan berikhtiar, tapi Allah swt yang tentukan…

Tak sabar lah pulak nak tunggu tahun depan !

Terbau-bau pulak wangi seorang bayi baru lahir :)

Korang bila lagi ? Jantina apa yang korang teringin nak pulak ?


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)